This website was developed using Microsoft FrontPage. Best to surf by Microsoft Internet Explorer version 5.0 or later. Please press 'REFRESH' for the latest display. Thank you.
| l | l |
l |
l | l | l |
|
Articles |
|
ARTICLE |
|
Pengenalan Minyak Pelincir Enjin adalah nadi untuk
sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin pula majoritinya menggunakan
bahan-bahan keluli yang melakukan pergerakan tertentu setiap kali enjin
beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini akan menghasilkan tekanan dan haba
yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen-komponen yang bergeser. Jadi,
untuk meminimumkan masalah ini, minyak pelincir digunakan. Secara asasnya, minyak pelincir akan berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Enjin-enjin yang berkapasiti lebih kecil (seperti motosikal 4 lejang) akan bergantung semaksimum mungkin kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.
Mengenali API dan SAE 'API' adalah singkatan kepada 'American Petroleum Institute' (Institut Petroleum Amerika). Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian ‘API’ untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.
Nota: Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pertubuhan-pertubuhan ini, sila lawat laman web http://www.api.org/ dan http://www.sae.org/ . Laman-laman web ini berguna untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah pengentahuan berkenaan perkembangan teknologi semasa industri automotif sedunia.
Gred Minyak Pelincir
Minyak pelincir untuk sesebuah enjin
kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu ‘monograde’ (gred tunggal) dan
‘multigrade’ (pelbagai gred). Minyak pelincir ‘monograde’ adalah minyak
pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau
panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak
pelincir ‘multigrade’ dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan
lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE
40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.
Sementara minyak pelincir jenis
‘multigrade’ pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar
kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih
pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis
‘multigrade’ ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis ‘monograde’
tadi. Selalunya, minyak pelincir ‘multigrade’ dapat dikenal pasti daripada
label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut. Minyak pelincir ‘multigrade’ adalah
dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50
dan sebagainya. Konsonan ‘W’ adalah bermaksud ‘Winter’ atau ‘Wet’ iaitu kadar
kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji,
minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting
bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang
adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin
panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir
itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin. Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir ‘multigrade’ ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik. Sumbangan: Azmi bin Abdullah Pengurus Pemasaran & Operasi Diti Marketing Services (RADZONE)
* Artikel ini pernah tersiar dalam Majalah OTOMANIA keluaran OKTOBER 2001 (Bil 15)
|
|
Last Update: 1st November 2002 |
This website was developed by: Diti Marketing Services (0012139493-D) No. 21, Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5511 9167 |