![]() |
| Email: [email protected] |
| www.geocities.com/r4s_art_project// welcome to the world of PR4S :: |
| Apa tujuan dlm album Muqaddimah :: |
| Album Muqaddimah ialah album ep pr4s yg pertama, mereka senjaga membuat konsep yg sebegitu atas alasan segala pengalaman mereka yg telah mereka menjalaninya. Tercetus dijemala utk berkongsi pengalaman mereka kepada semua pengemar musik tanahair. Ia terlalu sulit utk menerangkan segalanya di dalam album Muqaddimah, disinilah pr4s hanya bisa menyampaikan penjelasan ke atas album tersebut. Idea Muqaddimah itu melambangkan seorang remaja yang telah terlupa atas tanggung jawabnya sebagai org yang berugama Islam. Kita sering dipesan oleh ibu bapa supaya membuat sesuatu yg baik dan menjauhi segala yang dilarang oleh Islam. Tetapi kadang, kita sebagai manusia biasa terlupa ataupun terlalai dengan tanggunjawabnya. Dari Idea itu, kita perlu mengingati satu sama yg lain. Insyallah. |
![]() |
![]() |
|
| Aktiviti Project R4S |
![]() |
![]() |
| Peristiwa Rifa'ah bila merakam lagu 'Silap'. |
| Lagu Silap yg dipetik dari album Muqaddimah. Lagu itu sudah tersilap langkah jadinya, Sebenarnya ceritanya begini, lagu ini dibuat oleh budak Rifaah selaku penyanyi pr4s. Dia sengaja mengambil key E minor utk lagu tersebut, bila sampai tempat studio dia pun terperanjat bila baru perasan apabila dia menyanyinya, terbukti lagu itu tinggi macam nak gila. Chong (sound Egineer album tersebut ) dan Rayhul ada juga sewaktu merakam suaranya.Mereka rasa macam nak terkeluar anak tekak si budak Rifaah ni. Bila Rayhul tgk Rifaah dari luar dah macam kena seksa. Kesian budak ni. Setelah selesai merakam lagu itu, Rifaah telah terkomen pulak, katanya " nie part ah lagi suka nyanyi lagu 2D.. lagi senang, tak payah nak tarik tinggi2 sangat... hai, apa la nisib.. kalau 10 lagu r4s cam nie.. ah rasa nak cari band baru la... he he (sambil ketawa)" Pada esoknya Si budak Rifaah ni kena sakit ketak..ha ha padan muka dia.. |
| 1 July 2005 * Untuk masa sekarang Project R4S sedang beraktiviti untuk album mereka yang terbaru di Kings studio Kuala Lumpur. Album ini mempunyai 5 track yang dikarang oleh mereka sendiri. 1. Wajahmu (Ciptaan :: Dengar&Kata :: Rifaah) 2. Terciptanya (Ciptaan :: Dengar :: Rayhul& Rifaah :: Kata :: Rusli) 3. Kataku ( Ciptaan :: Dengar &Kata :: Rayhul) ** Untuk pengetahuan semua Vox Project R4S Rifaah akan melangsungkan majlis persandingannya awal bulan September ini. Jika rakan2 yg lama tidak ketemu dan ingin melihat dia menjadi Raja sehari, sila email kepada PR4S. *** Rohaizad pemain Keyboard PR4S kembali ke sekolah. Sambungan Aktivity |
| Project R4S dan kata katanya. Setiap band mempunyai keinginan masing2. Ini yang terfikir pada setiap band utk mencapai sesuatu yang diingini. Kata kata yang akan disampaikan dalam album terbaru mereka, lebih tentang kerajaan dan sifat2 manusia menuju kejayaan. Itu yang akan disampaikan pada album tersebut. Mungkin jika tiada halangan mereka akan lancarkan album mereka pada tahun hadapan. Sesuatu Yang Ingin Dikongsi * Mengenai Musik, Islam hanya membenarkan gendang (contohnya seperti kompang dan sejenis dengannya) dan selain itu semua tidak dibenarkan. ** Nyanyian pula hendaklah berunsurkan pendidikan pada masyarakat dan untuk lagu lagu yang dimainkan haruslah memuji Allah, memuji Rasul. memuji pejuang Islam, memberi semangat dan mendidik masyarakat. Hanya itu digalakkan. Kata kata ini diambil dari buku 600 Jawapan Kemusyikilan Agama Jilid 1 oleh Ustaz Dato' Haji Isyak Baharom, Ustaz Haji Ismail Kamus, Ustaz Jaafar Salleh dan Ustaz Ahmad Baei Jaafar. |
| Semua hak pengeluaran dan pemilik dan pemilik adalah dipelihara. Oleh itu segala peniruan tanpa kebenaran adalah dilarang. project r4s website 2005 :: art_project :: vivace music |