Pegasus Blog
mantan PARA
Paratrooper
photo

Sejarah peperangan dunia kedua telah menghasilkan banyak strategi ketenteraan yang baru bagi menghadapi kekuatan tentera Jerman di Eropah. Tentera British khususnya disamping pasukan Tentera Bersekutu, merupakan ketumbukan yang penting bagi menghalang penalukkan tersebut dengan sentiasa merangka strategi ketenteraan menghalang kemaraan tentera Jerman.

Setelah selesai menjalani latihan intensif pasukan ini telah diberi nama baru srebagai 11th Special Air Servise Battalion. Detasman dari unit ini merupakan detasmen pertama yang diaturgerakan bagi melaksanakan operasi paracut untuk Pasukan Bersekutu.

Pada penhujung Mei 1941, satu memorandum telah dikeluarkan oleh pejabat Ketua Staf Tentera Darat British untuk menubuhkan pula satu ketumbukan briged paracut. Pada awal bulan September 1941 ia telah dapat

direalisasikan dengan jayanya. Disamping itu, keperluan aturgerak trup secara glider juga teleh dilaksanakan dengan tertubuhnya briged glider yang mana turut bersama-sama melaksanakan operasi dengan briged paracut ini. Ekoran dari itu, Markas 1st British Airborne Division telah ditubuhkan di bawah pemerintahan Maj

Gen Frederick Browning. Markas ini ditempat di King Charles Street, London. Seterusnya pada awal tahun 1942, Briged Paracut Kedua telah ditubuhkan.

Pada pertengahan tahun 1942 setelah semua formasi ini diwujudkan dan bersiap sedia untuk diaturgerakkan ke medan pertempuran, Petempuran 1st British Airborne Division, Maj Gen Browning membuat keputusan bahawa formasi elit ini harus mempunyai pakaian kepala yang distinctive dan mempunyai emblem yang tersendiri bagi membezakan ia dengan lain-lain formasi. Bagi mencapai hasrat ini beliau telah memberi tauliah kepada seorang artis terkenal Bririts iaitu Edward Seago dengan memberikan pangkat mejar dan mengarahkan beliau untuk mencipta lambang tersebut.

Maj Edward Seago dengan daya kreativitinya telah meghasilkan satu rekabentuk emblem yang amat bersesuaian dengan kehendak Maj Gen Browning iaitu lambang pahlawan Greek Kuno Bellorophon Riding Pegasus. Dalam masa yang sama Maj Gen Browning memutuskan bahawa pakaian kepala yang bersesuaian untuk semua anggota paratrooper adalah beret. Beberapa warna telah dipertimbangan, namun tiada yang dapat diputuskan. Akhirnya warna merun telah dipilih sebagai warna yang bersesuaian untuk beret ini.

Sejarah British tidak menerangkan dengan tepat siapa sebenarnya yang memilih warna ini. Versi pertama menyatakan bahawa isteri kepada Maj Gen Browning sendiri iaitu Lady Dapne du Maurier seorang novelis yang memilih warna tersebut, tetapi beliau menafikannya. Versi kedua pula menyatakan bahawa beliau tidak dapat memutuskan apakah warna yang bersesuaian untuk beret ini. Beliau kemudian telah menanyakan pendapat dari seorang soldadu ketika pemilihan warna dilaksanakan. Soldadu itu telah memilih warna merun dan beliau telah bersetuju dengan pemilihan tersebut. Namun begitu apa yang jelas Beret Merun ini telah digunakan sebagai pakaian kepala pasukan paratrooper Tentera British.

Hasil dari catatan sejarah ini, maka wujudlah sejarah gemilang pemakaian Beret Merun oleh Tentera British yang menjadi lambang kemegahan mereka. Kebanggaan dan semangat juang yang tinggi sentiasa dipamerkan oleh pasukan elit Tentera British ini sejak dari perang kedua khususnya sewaktu operasi Market Garden. Pasukan paracut Tentera British terus unggul sewaktu Peperangan Falkland pada awal tahun 1980-an dalam menentang tentera Argentina. Kemegahan memakai Beret Merun dan lambang yang tersemat di beret mereka sentiasa menjadi azimat dan perasang untuk mencapai kemenangan di dalam setiap pertempuran.

Tradisi pemakaian beret merun yangt diwarisi dari sejarah gemilang pasukan paracut Tentera British ini telah menjadi ikutan kepada kebanyakan Airborne Forces oleh negara-negara lain. Pasukan Aturgerak Cepat Angkatan Tentera Malaysia khususnya 10 Briged Para turut mewarisi tradisi tersebut tetapi dengan emblem yang tersendiri sesuai dengan ciri-ciri dan etos ketenteraannya.

2007-04-01 15:31:54 GMT


1