Pegasus Blog
mantan PARA
'Usia Bukan Penghalang'
photo

Tanggal 5 Okt 2005, tersematlah sayap penerjunan di dada kiri seorang Pegawai Ikhtisas berpangkat Lt Kol (Dr) yang telah pun berusia hampir 50 tahun. Dilahirkan pada 16 Apr 1956 di kampong Kuang, Ipoh Perak. Pegawai tersebut adalah Lt Kol (Dr) Redzuan bin Mansor, Pegawai Memerintah Kompeni Perubatan Para telah berjaya di dalam misi menjalani latihan dan Kursus Asas Payung Terjun Siri AP 5/2005 mulai 18 Sep 2005 sehingga 28 Sep 2005 di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang Melaka.

Sebelum menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah, beliau telah bertugas di Markas Angkatan Tentera menjawat jawatan sebagai PS 2 Epiclemologi di Bahagian Perkhidmatan Kesihatan. Pada 2 Feb 2005, beliau telah ditukarkan ke Kompeni Perubatan Para menjawat jawatan sebagai pakar bius dan memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah Kompeni Perubatan Para menggantikan Lt Kol (Dr) Suhaimi bin Che Mat.

Dengan usaha yang gigih serta berbekalkan semangat juang yang tinggi meskipun sudah berusia menjangkau 50 tahun, beliau masih lagi boleh menjalani Latihan Asas Payung Terjun di PULPAK. Disepanjang perjalanan Kursus Asas Payung Terjun banyak pengalaman yang telah beliau pelajari dan salah satunya adalah teknik sebagai penerjun. “Tanpa keberanian, ketahanan fizikal dan mental yang tinggi maka seseorang itu tidak mampu melaksanakan penerjunan yang baik, “ kata beliau. Menurutnya, beliau sendiri telah mengalami kecederaan semasa penerjunan yang ke - 7 namun masih mampu melaksanakan penerjunan yang seterusnya. Ini adalah kerana beliau berpegang kepada prinsip siapa sahaja boleh melakukannya tapi mestilah berbekalkan semangat juang yang tinggi, tanpa kenal erti penat dan mampu memikul tanggungjawab yang diberi berbekalkan Moto 10 Briged Para, ‘Tiada Misi Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar Tugas Diutamakan’ - Azizan Halifah
2006-07-17 04:39:25 GMT


1