Pegasus Blog
mantan PARA
Setiap Penerjunan Bersamaan Dengan Lapan Jam Waktu Berkerja
photo

Bagi paratrooper (pasukan payung terjun tentera), setiap kali melakukan penerjunan adalah bersamaan dengan lapan jam bekerja. Ini adalah kerana banyak aktiviti dan tugas-tugas sampingan yang perlu dilaksanakan sebelum melakukan penerjunan. Apa yang paling penting bagi paratrooper adalah kecergasan fizikal berada ditahap yang paling maksimun. Persiapan awal bagi seseorang penerjun merangkumi empat perkara utama iaitu:

Ø Pengendalian, penyusunan dan pengambilan payung.

Ø Latihan pemanasan untuk mengingatkan kembali kawad-kawad sebelum keluar dari pesawat, pengendalian payung ketika di udara dan ketika mendarat bertujuan untuk menerapkan langkah-langkah keselamtan kepada penerjun.

Ø Pemakaian payung untuk penyesuaian kepada penerjun.

Ø Raptai dan pemeriksaan keselamatan oleh jurulatih yang berkelayakan.

Paratrooper berbeza dengan pasukan penerjun awam. Ini adalah kerana paratrooper sentiasa berada di dalam keadaan tertekan. Tekanan berlaku dari semua segi, antaranya adalah seperti tekanan fikiran, mental dan fizikal dan sebagainya. Selain mesti sentiasa memiliki tubuh yang sihat dan kecergasan yang tinggi, paratrooper juga mesti mempunyai ketahanan berfikir kerana di setiap saat perintah dan arahan dari pihak atasan sentiasa boleh berubah dari masa ke semasa mengikut keadaan.

Ketika berada dalam pesawat, paratrooper yang tidak biasa dengan keadaan pesawat akan bersara lemah dari segi mental dan fizikal. Ini kerana setiap juruterbang perang akan melakukan penerbangan taktikal. Tidak keterlaluan mereka akan mengalami keadaan mabuk udara dimana anggota akan bersasa hendak termuntah. Ini merupakan satu cabaran kepada setiap paratrooper. Untuk mengatasinya ada anggota cuba untuk melelapkan mata tetapi tidak berupaya berbuat demikian kerana bunyi enjin pesawat yang bising ditambah lagi dengan perasaan berdebar dan bercampur aduk adalah sukar untuk mententeramkan diri dalam masa yang singkat. Ketika ini ketahanan mental dan fizikal memainkan peranan penting.

Kesimpulan dari tajuk ini, setiap kali melakukan penerjunan kudrat dan tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan lapan jam bekerja. Ini diakui sendiri oleh pakar perubatan.

2006-07-17 04:38:16 GMT


1