Pegasus Blog
mantan PARA
Tugas diutamakan
photo

“Sebagai orang luar dari kelompok para pendidik dan perajurit, saya melihat wujud perbezaan yang amat ketara dari segi budaya pemikiran dan minda antara pendidik dan perajurit negara.

Semenjak berita kehilangan pesawat Nuri tersebut, rata-rata rakyat mempersoalkan umur Nuri yang menjangkau usia 39 dan 40 tahun tapi masih digunakan oleh para perajurit negara tanpa sebarang penolakan atau memorandum kepada kerajaan memohon pesawat baru.”

MISJIJAH MARUL,Kajang, Selangor.

Kami perajurit dari 10 Bgd Para yang mengunakan pesawat untuk melaksanakan latihan, seperti Terjun Bebas, Terjun Statik, Pass roping, dan Abseiling. Kami tidak mempertikaikan kemampuan Nuri, C130 atau CN. Kami dengan bangga mengunakan pesawat tersebut tanpa memprotes atau berfikiran seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), kami tentera tidak mempunyai Kesatuan kami mengikut sahaja keputusan pihak kerajaan. Dalam melaksanakan latihan saya pernah mengalami pesawat Nuri bermasalah dan melakukan pendaratan cemas tapi semua itu tidak dicerita kepada orang awam dan tanya kepada anggota 10 Bgd Para atau anggota 17 RAMD Para yang menjumpai pesawat tersebut, bagaimana keadaan mereka sebelum melaksanakan latihan penerjunan terutama penerjunan statik. Terima kasih kerajaan Malaysia atas keprihatinan yang ditunjukkan. Saya pasti pihak tentera khususnya TUDM serta 10 Bgd Para bersyukur dan bersemangat dengan keputusan Kerajaan ini.

NANZ

2007-07-21 15:06:40 GMT


1