Pegasus Blog
mantan PARA
Beret Merun dan Sayap Penerjunan
photo

Beret adalah pakaian kepala yang telah diperkenalkan pemakaiannya sejak meletusnya Perang Dunia Pertama oleh tentera-tentera negara bersekutu. Pemakaiannya telah dipraktikkan sehingga kehari ini oleh Angkatan Tentera hampir seluruh negara di dunia. Perbezaan yang terdapat pada warnanya melambangkan kor atau pasukan dimana anggota tersebut berkhidmat. Pada sesetengah pasukan, warna pada beret mereka melambangkan kemegahan dan kebanggaan selaku anggota dalam pasukan elit yang dianggotai oleh mereka. Dalam hal ini 2 warna yang biasanya dikenali oleh masyarakat antarabangsa yang dikategorikan sebagai warna elit iaitu hijau mewakili pasukan khas komando darat dan merun yang mewakili pasukan paratrooper. Walaupun disesetengah negara terdapat perbezaan dari segi penggunaan warna ini dalam pasukan elit mereka namun sebahagian besar negara di dunia mengiktiraf 2 warna tersebut sebagai warna kebanggaan pasukan elit mereka termasuk Malaysia.

Sejarah penggunaan warna beret merun bermula semasa Perang Dunia Kedua meletus. Tidak terdapat fakta yang tepat mengenai siapa sebenar yang memperkenalkan penggunaan warna merun bagi pasukan para. Namun melalui sejarah penubuhan pasukan para British terdapat kejadian sebenar yang menyebabkan penggunaan beret berwarna merun ini kepada pasukan Lintas Udara British.

Di Malaysia hanya satu pasukan yang diberi kepercayaan untuk menggunakan beret berwarna merun ini iaitu 10 Briged Para. Sejarah pemakaian beret berwarna merun ini di Malaysia bermula sejak tahun 1994 selepas formasi ini diiktiraf sebagai pasukan elit dan diletakkan sebagai salah satu komponen Pasukan Atur Cepat (PAC) ATM. Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Dato’ Sri Dr Mahathir Mohamad telah diberi penghormatan untuk menyarung beret merun ini kepada Panglima 10 Bgd Para pada masa itu iaitu Brig Jen Md Hashim bin Hussin. Bermula dari saat ini seluruh anggota formasi ini telah memakai beret ini menjadikannya sebagai lambang kemegahan 10 Bgd Para.

Selepas itu setiap pegawai atau anggota yang baru memasuki formasi ini dikehendaki menjalani latihan yang dipanggil Semangat Waja selama 2 minggu bagi mengiktiraf mereka untuk pemakaian Beret Merun dan Sayap Berdarah. Latihan keras ini diteruskan sehingga tahun 1999 dimana peningkatan terhadap silibus matapelajaran dan latihan ini telah dipertingkatkan dan ditukar nama Kursus Penyesuaian Beret Merun atau gelarannya PEGASUS (Kuda Terbang). Kursus ini berlangsung selama sebulan. Latihan keras dan lasak yang terpaksa mereka tempuh demi untuk mendapatkan pengiktirafan pemakaian beret merun menjadikan beret ini amat berharga kepada sesiapa sahaja yang layak untuk memakainya. Kesukaran ini menjadikan beret merun lambang kegagahan anggota para. Latihan keras ini meliputi latihan fizikal seperti jalan lasak 42 km, mendayung bot tempur, larian pengusung dan balak. Manakala latihan dalam kelas meliputi subjek operasi lintas udara (airborne), ikhtiar hidup dan persenjataan.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa individu tertentu yang dikecualikan dari menghadiri kursus tersebut namun layak untuk memakai beret merun. Mereka adalah pegawai dan anggota yang memegang jawatan sebagai:

1. Panglima.

2. Timb Panglima.

3. Peg Memerintah/Pemerintah Pasukan.

4. Sarjan Mejar Rejimental.

6. Peg dan anggota yang telah lulus Kursus Asas Komando.

2007-05-09 15:46:47 GMT


1