Pegasus Blog
mantan PARA
Paratrooper Jatuh dari Pesawat
photo

ALOR STAR 4 April – Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalami kecederaan apabila terjatuh daripada helikopter Nuri ketika latihan operasi fast-droping atau terjun menggunakan tali di pekarangan Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, hari ini.

Anggota terbabit, Prebet Yahaya Ahmad, 23, dari Batalion 17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Briged Para, Kem Terendak, Melaka dipercayai terlucut pegangan pada tali menyebabkan mangsa terjatuh kira-kira lima meter ke tanah.

Kejadian berlaku pada pukul 4.30 petang ketika mangsa bersama 20 anggota penerjun lain melakukan aktiviti terjun sambil membawa sepucuk raifal dan beg galas seberat 20 kilogram.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Pulau Pinang dan sedang menyertai program latihan tahunan itu berada dalam keadaan separuh sedar ketika dihantar ke Hospital Alor Star (HAS) oleh pesawat yang sama sejurus selepas kejadian.

Sementara itu, Komander 10 Briged Para, Brig. Jen. Suhaimi Mat Zuki ketika ditemui di perkarangan HAS di sini, berkata, Yahaya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan berada dalam keadaan stabil.

“Doktor sahkan tiada tulang yang patah dan beliau hanya mengalami kecederaan biasa dalam latihan,” katanya.

utusan malaysia
2007-04-09 13:26:43 GMT


1