Pegasus Blog
mantan PARA
Melayang-layang seperti burung di udara
photo

Pernahkah anda terfikir yang anda akan melayang-layang seperti burung di angkasa raya. Pernahkah anda berangan-angan untuk menjadi seperti burung yang boleh melayang-layang dengan sebebasnya diangkasa ataupun pernahkah anda melihat semuanya ada didepan mata, anda dan saya sama-sama boleh melakukannya. Anda dan saya boleh melayang-layang seperti burung melayang-layang.

Itulah yang dinamakan payung terjun. Kini penglibatan payung terjun tidak hanya tertumpu untuk tujuan sukan ataupun operasi tentera. Ianya boleh dilakukan untuk bersuka-suka. Anda yang terlibat secara langsung didalam payung terjun semestinya telah merasai nikmatnya melayang-layang diangkasa raya. Ianya bermula daripada penerjunan statik seterusnya kepada penerjunan bebas. Bagi mereka yang bergelar penerjun bebas, sudah tentu dapat merasai bagaimana terapung-apung dan jatuh diangkasa raya sambil melayang-layang dengan semahunya. Disamping itu juga, mereka boleh membentuk barbagai-bagai formasi dan bentuk yang menarik.

Untuk lebih menampakan lagi perkara ini, pernahkah anda melihat pertandingan payung terjun di Menara KL atau di KLCC. Perhatikan bagaimana mereka terjun dengan bangganya dan untuk menaikan nama negara Putera UMNO telah berusaha terjun di kutub utara. Memanglah kalau dipandang dari satu segi ia kelihatan sangat merbahaya tetapi sebenarnya ia adalah satu pengalaman yang sangat menarik dan berharga.

Seekor burung yang terbang adalah merupakan lambang kebebasan dan kegembiraan disamping itu bunyi siulan adalah menyerlahkan lagi perkara itu. Begitulaha juga dengan penerjun-penerjun bebas yang membuat penerjunan di mana-mana sekalipun. Apabila mereka keluar sahaja dari pesawat, maka bermulalah kebebasan sebenarnya. Kebebasan disini adalah kebebasan daripada belenggu perasaan takut, gelabah dan risau. Tetapi apabila badan telah terawang-awang dan jatuh dengan lajunya di angkasa, disitulah terasanya kebebasan dimana diri kita dapat memandang ke bawah dan keatas, kekiri dan ke kanan, meniarap, berguling-guling, menjerit dengan sekuat hati menjunam dengan sesuka hati kita ditambah lagi dengan pemandangan yang begitu indah dari angkasa menambahkan lagi perasaan kebebasan itu. Memang ia tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan tulisan. Mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu serti nikmat itu sebenarnya seperti kata pepatah ‘Hanya jauhari yang mengenal Manikam’.

Hendak VCD tersebut kepada e-mel [email protected]

2007-04-09 13:13:03 GMT


1