Pegasus Blog
mantan PARA
Paratrooper Jaguh menembak AASAM
photo

LKpl Rosli bin Awang telah mencatatkan sejarah buat dirinya sendiri dan Negara setelah beliau dinobatkan sebagai Jaguh Menembak kejohanan Australian Army Skill at Arms Meeting International (AASAM). Beliau telah muncul sebagai anak Melayu pertama yang menjadi jaguh bagi kejohanan tersebut.

Kejohanan (AASAM) kali ini di adakan pada 11 Nov 2004 hingga 25 Nov 2004. Ianya dilaksanakan di Singleton, New South Wales Australia serentak dengan ujian menembak TD Australia.

Mengimbau kembali sejarah penglibatan beliau, kemahiran menembak ini bermula apabila beliau telah ditugaskan sebagai penjaga benteng untuk Tim Penembak TD dimana beliau sering mengikuti tim tersebut menjalani latihan menembak di lapang sasar. Kesempatan melihat dan mengikuti latihan menembak menimbulkan rasa minat yang mendalam dihati beliau untuk menceburi bidang tersebut. Pada tahun 1994 beliau mengikuti latihan menembak peringkat 10 Bgd Para disitulah kemahiran menembak beliau terserlah dan dikesan oleh Sjn Fadzil yang bertugas sebagai ketua tim penembak 10 Bgd Para seterusnya beliau ditawarkan untuk menyertai tim tersebut .

Bakat beliau mula terserlah apabila beliau berjaya memenangi pertandingan menembak peringkat 10 Bgd Para Pada tahun 1994 dan menjadi jagoh menembak peringkat individu dipertandingan tersebut. Pada tahun 1999 beliau telah mewakili 10 Bgd Para untuk pertandingan Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat dan mendapat gelaran jagoh pada kejohanan tersebut. Kejayaan tersebut telah melayakan beliau menyertai Kelab Menembak Tentera Darat (MAST) di 17 RAMD Para pada tahun1994 hingga sekarang.

Kejayaan manis beliau apabila berjaya dijulang sebagai jaguh pada kejohanan menembak di Australia pada 11 Nov 2004 yang lalu. Kejayaan ini telah memberi semangat kepada beliau untuk terus maju di dalam bidang yang diceburi. Disamping itu, ianya juga membuka mata tentera asing bahawa TD Malaysia adalah setanding dengan mereka dari segi kemahiran mengendalikan senjata.

“Untuk menjadi penembak yang berjaya seseorang itu perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi serta minat yang mendalam terhadap bidang tersebut .” katanya semasa ditemu bual di Kelab Menembak Tentera Darat (MAST) di 17 RAMD Para.

LKpl Rosli bin Awang telah memasuki Angkatan Tentera Malaysia pada 26 Feb 1992, dalam Kor Rejimen Renjer DiRaja dan berkhidmat di Kem 10 Bgd Para.

Anak kelahiran Lubuk Kiab, Sg Petani Kedah ini telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Rosemarina bte Md Zin dikurniakan 3 orang cahayamata.

2007-04-05 13:53:23 GMT


1