INTEGER

INTEGER DAN GARIS NOMBOR

Nombor Bulat dengan tanda positif (+) di hadapanya iaitu +1, +2, +3,….. dinamakan Integer positif. Nombor bulat dengan tanda negatif (-), iaitu -1, -2, -3,…… dinamakan Integer negatif. Semua nombor bulat yang bertanda positif dan bertanda negatif, termasuk sifar, dinamakan Integer .
 
INTEGER
 
     
Integer Positif
Sifar
Integer Negatif
Contoh
-3, -45, -347

0
(bukan integer positif dan bukan integer negatif)

 
Contoh
+5, +58, +569
(tanda positif 
boleh diabaikan)
Bagi nombor seperti –2.3 atau +2.5 bukan Integer kerana ia bukan nombor bulat. Begitu juga dengan  bukan integer positif kerana ia bukan nombor bulat
Definisi Integer
 

GARIS NOMBOR


[IMAGE]

Garis Nombor di atas menunjukkan integer-integer dari –3 hingga 3, termasuk sifar. Didapati integer negatif berada di sebelah kiri sifar (0) dan integer positif berada di sebelah kanan sifar (0). Nilai-nilai-nilai integer ini bertambah dari kiri ke kanan iaitu integer-integer pada garis nombor adalah dalam susunan bertambah dari kiri ke kanan. Integer -3 dan +3 adalah berlawanan antara satu sama lain.

NOMBOR NEGATIF 1

Hosted by www.Geocities.ws

1