.::OP-®üLê§::.

Pesanan Founder Dan Co-Founder
Kepada Semua Pemegang Xs Di Channel Ypm .

Sop,Aop&Vop

1.Kepada Sop,Tidak dibenarkan membuat mkick didalam channel, sekiranya diketahui oleh Founder Dan Co-Founder anda membuat mkick di channel tanpa sebab tertentu ataupun lebih mudah membuat mkick secara sengaja, xs anda akan dibekukan.

2. Tidak dibenarkan untuk mengaddkan user baru sebagai aop sebelum dimasuk kan kedalam list vop terlelebih dahulu.

3. Tidak dibenarkan menggunakan script  yang boleh menggangu ketenteraman user lain, seperti script yang tiada  voice & aop protection . Juga tidak di benarkan  mengaktifkan revenge anda didalam channel . Sekiranya anda didapati melanggar peraturan tersebut, pihak kami tidak akan teragak-agak untuk merampas balik xs anda dan xs anda akan dibekukan.

4. Kepada pemegang xs yang biasa tidak sembang didalam channel atau dengan kata lain nyer hanya park nick didalam channel dan bimbang dengan script anda yang sensetif itu yang boleh menganggu ketenteraman user-user yang sedang bersembang, anda digalakkan untuk meletakkan nick anda pada voice . Saya rasa itu tidak salah dan dari situ juga ia menunjukkan kita seorang pemegang xs yang berperihatin terhadap penggguna lain.

5. Tidak dibenarkan menginvite user lain didalam channel mahupun diprivate . Jika anda didapati melakukan perkara tersebut, xs anda akan dibekukan.

6. Jikalau ada user yang telah dibanned oleh pemegang xs akibat bersembang didalam channel, Sila unbankan user tersebut dengan secepat maner yang mungkin dan kasi user itu voice.

7. Kepada Sop yang hendak melantik aop baru didalam channel , Sila maklumkan hal tersebut kepada Founder @ Co-Founder terlebih dahulu . Sekiranya op yang anda lantik itu membuat masaalah didalam channel dan Founder @ Co-Founder dapat mengetahui Sop maner yang mengaddkan op tersebut . Dan tiada alasan yang kukuh terhadap peristiwa tersebut . Berkemungkinan xs anda akan dibekukan  dan diturunkan pangkat .

8. Limit-limit pemegang xs adalah seperti berikut adalah dibawah perancangan kami, Sop seramai 10 orang, aop seramai 150 dan vop tiada limitnya .Perhatian kepada Sop sekiranya limit aop telah cukup seramai 150, oleh itu anda tidak dibenarkan lagi untuk melantik aop . Sekiranya ada perlantikan baru dibuat anda perlu membuang senarai aop yang tidak aktif didalam channel dan turunkan pangkat aop yang tidak aktif tersebut itu vop.

9. Maner-maner aop yang tidak memasuki channel selama seminggu tanpa memberi memo@alasan yang kukuh kepada sop yang bertugas, xs anda akan diturunkan pangkat kepada vop.

10. Kepada Sop dan Aop, anda disarankan untuk menggunakan script untuk channel protection dan bukanlah script untuk war.Oleh itu skrip yang dicadangkan untuk dipakai ialah Putera Script oleh Putera_nov25, Air Laut Biru Dari Mayat, KapasteamInc Dari I_am_evil Dan Lain-lain script yang tidak dapat saya sertakan dekat disini kerana terlalu banyak .

 Pesanan Founder Dan Co-Founder
Kepada Semua User Di Channel Ypm .

1. Sekiranya anda hendak bersembang didalam channel, anda terlebih dahulu meminta voice daripada operator bertugas untuk mengelakkan anda di kick ban semasa bersembang.

2. Tidak dibenarkan memplood channel, mengeluarkan kata-kata kesat contohnya fuck, burit, lancau dan lain-lain perkataan yang saya tak sanggup untuk menulisnya. Harap faham-faham sendiri ler yek . Hehehehehehe.~!!

3. Sekiranya anda berkeinginan untuk menjadi channel operator dia Channel Ypm . Anda perlulah membuat permohonan kepada Sop yang bertugas untuk mengaddkan anda sebagai vop terlebih dahulu. Selepas itu anda perlu menhangtarkan gambar berserta bio di alamat [email protected] untuk diletakkan sebagai ahli YpM_ClanZ . Kami tidak meletakkan syarat pada gambar yang anda hangtarkan, anda bole memilih maner-maner gambar yang anda suka untuk diletakkan diletakkan didalam homepage selagi ia tidak melanggar peraturan YpM_Clanz 2001.

4. Selepas selesai semua tersebut anda perlulah mangaktifkan diri anda dichannel supaya semua user dan channel operator kenal anda dan dari situ ia akan memudahkan kerja sop untuk menilai anda sama ada anda layak untuk dilantik sebagai aop atau tidak . Perlatikan tersebut biasa dibuat tidak sampai seminggu, ia bergantung keaktifan anda didalam channel . Tapi ingat senang dapat aop dan senang kena del. Anda perlu ingat itu. Sebarang kesalahan perlulah dielakkan untuk mengelakkan xs anda ditarik balik .

5. Anda dialu-alukan untuk melaporkan sikap operator dichannel Ypm kepada [email protected],Tidak kira baik atau buruk .Contohnya ada operator tersebut menyalah gunakan kuasa yang ada padanya, ataupun membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh chanel operator.


Peraturan ini hanyalah tertakhluk untuk channel Ypm sahaja . Peraturan ini telah dibuat oleh saya(Putera_nov25) untuk channel Ypm . Oleh itu ia tidak ada berkaitan  dengan channel lain . Terpulang kepada channel lain untuk mengikuti peraturan yang tak seberapa ini atau tidak . Saya rasa peraturan tidak melanggar aturan server webnet . Hak cipta adalah terpelihara, sekiranya ada maner-maner channel yang ingin menggunakan peraturan tersebut boleh maklumkan kepada Putera_nov25 atau boleh menghubungi saya dialamat [email protected] . Sekian~!! Semoga anda bergembira Selalu.
 

.:: HØMê ::.






Hosted by www.Geocities.ws

1