
Untaian Rindu
Kuhamparkan
impian ke bumi
Melepaskan
citaku dalam kembara
Mengapai
lambaian sinar kasihnya
Daya menepis
segenap ruang lara.
Hanya kupinta,
Izinkan kuterus
menganyam
Baldu lenaku
bersama untaian rindu
Gemersik madah
dodoian manja senduku
Ranjang tidurku
tenunan damai pelukanmu ..
Dewi Nurazlin
Institut Pendidikan Nasional
Singapura
1.(Ini langit yang pernah retak
Dan mendung yang tak beranjak)
Bahwa bakau
akar ribuan senja
singgah di hatimu
singgah di hatiku
adalah sepi yang mati.
Sewaktu burung laut
muntah ikan-ikan
di retak tanganmu
Adalah api puisi.
Adalah sumpah kita
tertulis di buku-buku
di tubuh-tubuh lampau.
Tapi pasir, lumut hijau,
dan pahit gambut
mengajari galau.
Ia tumbuh seperti ubi,
seperti rambut semak
yang kacau.
Dan malam diam-diam
menjelma masa kanakmu
yang mengigau.
2.(Segala langit pun diam, menghidu
daun-daun busuk dari waktu)
Ketika musim mengawinimu,
kain penuh ingus dan
bulan yang hangus
menangis seperti bunyi
kertas yang robek.
Kau ingat, di parit sempit
air keruh mengaramkan
perahu kertasmu.
Air keruh menghanyutkan
harum bunga-bunga kopi,
putih mimpi yang kelak
tak kau mengerti:
“mainan apakah ini?”
Tapi luka tetap luka.
Serupa tusukan duri bambu
di ujung kaki, perihnya
sampai ke ulu hati.
Dan kau terus memaki:
“mainan apakah ini?”
3.(Angin memunguti rindu yang gugur
dari celah langit yang tertidur)
Kini segala sungai
melingkar-lingkar di kepalamu.
Seribu perahu kertas dari
sobekan buku berdebu,
sobekan masa lalu,
menjalari usiamu.
Bahwa tak ada rahasia
yang netes dari matamu
dari huruf-huruf
yang pernah kaubaca
di dinding kayu rumahmu.
Sebab ia hidup dalam gelap
yang meniduri mimpimu.
4.(Sembuhlah gila langit,
laut dan pantai telah terpaut)
Kalau kauseru gusar pesisir
di pangkal-pangkal nyiur,
tumbanglah petang
dalam genggamanmu.
Sebab hari-hari
kian kurus dalam diri,
memeram bayang-bayang
hantu masa depan
yang telanjang.
Sambil menghafal
nama-nama bulan
yang pecah di wajahmu
kaugarami hujan
yang tiba-tiba gugur
menggenangi kenangan.
5.(Dan langit hanya menunggu
perahu waktu)
Untuk bersiul
memadamkan sunyi
kau terkurung
di kediaman api.
Untuk berlari
meninggalkan api
kau terperangkap
di selubung diri
Untuk berdiam
menyembunyikan diri
kau tertikam
pisau mimpi.
Yogyakarta, Juli 2003
(05/11/2003)
Marhalim Zaini, lahir di Desa Teluk Pambang Bengkalis Riau, 15 Januari 1976. Selain
menulis puisi ia juga menulis cerpen dan esai budaya. Kini masih kuliah
semester akhir di Jurusan Teater ISI Yogyakarta. Menduduki pemimpin redaksi
jurnal Stambul dan Ketua Umum Rumah Seroja (Rumpun Mahasiswa Seni Riau
Jogjakarta). Buku puisinya yang telah terbit “Segantang Bintang, Sepasang
Bulan” (Yayasan Pusaka Riau, 2003). Sedang mempersiapkan antologi puisinya yang
kedua “Langgam Negeri Puisi.”
Lagi, Warkah Terluka Buat si Bush
Sudah, bukankah sudah kukhabarkan kepadamu , Bush
Lewat utusanku di lawang langit lazuardi ,
Bendera kemenanganmu akan mengibar darah
Darah hanyir yang ingin terus mengalir
Pada saat kau ikrar
Akan noktah perhentiannya .
Betapa langit Tuhan ku di bumi Karbala
Jangan kaufikir semudah itu
Menjadi milik rakus dogma iblismu
Kerana di situ Bush ,
Tempat makam syuhada
Sejak dahulu bertamu
Sejak zaman sahabat
Dan nabi-nabiku.
Lagi sedetik cuma , Bush !
Akan datang musim geruh , tunggulah
Kau sendiri pasti kecundang ,
Mati dijerut perangkap
Yang membelit kudukmu
Pada saat kau sangka
Kau adalah tangan tuhanmu
Namun nyatanya kau telah terbias jauh
Dikerkah tribunal tahyulmu sendiri.
Percayalah, kau kini bukan lagi seperti dulu
Setiap kunjungan dan kepulanganmu
Akan disambut terjangan api sorak-mengejek
Kau mungkin dijulang lagi , dilambung tinggi
Namun jatuhmu sekali ini
Tiada tangan yang sudi sambut !
Kau akan dibiar tersepuk tanpa alas
Hingga tengkorak politikusmu terhempas berkecai
Di atas rejim pembohongan mu sendiri
-- lalu sekonyong nasar pun menyambar,meludah bengis ke bangkaimu !!
Kala itu baru kau tahu
Kau telah disampuk jutaan badi jiwa terluka
Kau telah dikutuk si kudung teraniaya
Menjadi seekor kunang-kunang penuh keji
Yang punggungnya tidak lagi berapi !
Mosna ( 311003 )
Sakit Yang Panjang
Oleh airmas_sz
Sengsara itu kujemput tidak
Datang tak diundang
Derita itu datang juga
Pahit dan perit tak tersia
Aku lupa aku punya luka
Hanya seketika
Sakit ini ubatnya amat celaka
Ia buat aku mudah lupa
Lupa pada engkau yang datang waktu ketawa
Kau tinggalkan aku dalam sengsara
Aku perlu angin untuk ku bernafas
Aku perlu tanah untuk ku berdiri
Aku perlu air mengalir di tubuhku
Aku perlu api membakar semangatku
Aku perlu hidup
Kau turunlah dan lihat
Bukan hanya duduk di kepompongmu
Menabur janji tak tentu kota
Dalam redup air matamu terpalit cermin kasih
Sejernih cinta ibu yang membalut tubuh anaknya
Namun cermin itu palsu belaka
Retak bila di tenung-tenung
Seutas Tasbih di Rehal
sebatang pokok pembohongan
daun khianat mendedalu
liar di galak angin
gugurlah pucuk kekuningan
menjinggai tanah
diserkah akar timbul
retaklah padu musyarakah
keliru menjolok anak tekak
disergah tongkat-tongkat
setiap jumaat berjemaah
rehal bukan tempat kitab
cuma warkah majlis
mencatu dakwat di botol pekeliling
amanlah khutbah
dihingguk-hingguk jam
tang ! tang !
syarahannya perpaduan, najis mughallazah, ibu ayah
haid dan nifas
saudaraku; ittaqullah
tidur-tidurlah
aduh sesaknya nafas
anbakri
11
Ramadan 1424H/6 November 2003
Lebaran
Hari lebaran, seawal dinihari apakala takbir awal lebaran berantakan di
angkasa, aku kuburkan sejuta mimpi pedih ke dalam bajuku kerana esok aku mula
membuka jendela hidupku buat menerima igau dan mimpi yang baru sementara nafas
masih bebas lepas tatkala langkah kaki semakin berat dan goyah aku melangkah
mencari bayang-bayang diri yang tenggelam bersama suara alam melengking keras
dari sebalik gunung peribadi melintasi pamah kasih menerjuni muara akal lalu
mata batini menangkap bunyi degupan jantung sendiri yang mahu mengejar igau dan
mimpi yang baru, aku memalu gong purba pada setiap kali aku mahu merentap bunyi
dari halkum bumi, dan langkah seorang pencari tidak akan sesat di hujung hari
lebaran...
Arisel: 4 Disember 2002
Kuantan, Pahang
Bezanya sahabat dan kawan
tiada makna kamus baginya
ia wujud hanya di kalbu
Bersama sinaran mentari
datang sang kawan
menghulur segalanya
kepura-puraan
yang menemani kedustaan
Kata-kata manis sering dibicarakan
berpaling tadah tiada kurangnya
menjatuhkan manusia menjadi hobi
keruntuhan orang lain menjadi kemenangan
buat diri sendiri
berada bersama buat sementara
lenyap terus setelah misi berjaya
Di tengah pergolakan jiwa
dan ketandusan nilai murni,
dengan hanya kehadiran halilintar
yang cuba memberi cahaya
kepada diri yang ditenggelami
tiba si sahabat
tanpa perlunya meminta
Si sahabat memberi,
ketenteraman untuk jiwa
semangat untuk hidup
tidak satu pun diambil kira
malah, dia memberi bukan sekali
tetapi setiap detik yang berlalu pergi
Tanpa niat mendapat ganjaran
tanpa agenda yang tersembunyi
tanpa menuntut bayaran budi
si sahabat terus berada di sisi
inilah yang payah dicari
di muka bumi yang bermuka-muka ini.
Annaliza Bakri, 28.08.2001
Institut Pendidikan Nasional
Singapura
Insaf
Insaf itu tiada akan berhentikeinsafan tidak hadir sekaliia berterusan, intipati kehidupanseharian manusia bertangisanbercucuran air mata, mengenangkan mengimbas kembali kejahilan diridibiarkan nafsu berahi menguasai Namun segala kesilapan, kebodohan ituharus tinggal menjadi sejarahnakhoda hidupmu harus diubahrenunglah dirimu yang kecil dan hinatidak layak bertempat di syurgatiada daya menghadapi neraka Walaupun hanya setitis kemungkaransedarlah insan kewajipanmu untuk menginsafimemohon kemaafan, petunjuk dan keredhaan Ilahijangan sesekali kau tunggu sebarang waktumenunggu uban tumbuh di rambutmubimbang jikalau hari itu kau dan akutidak sempat bertemu.
Sharifah Noraini 03'
Institut Pendidikan Nasional
Singapura
Dia
Aku bertemu dia untuk pertama kali secara rasminya minggu yang sudah.
Dia yang pernah membuat hati ini membenih sayang.
Dia yang juga pernah membuat hati ini membusut kelukaan.
Bukan mudah untuk aku melupakan dia.
Melupakan setiap cerita kenangan bersama dia.
Juga melupakan kelukaan yang dia kirimkan.
Dia pernah menjadi impian suatu ketika dulu.
Pernah menjadi harapan.
Dan dia juga pernah menjadi kebencian
Sayang itu mengatasi kebencian, membolehkan aku menerima dia semula.
Menerima dan memulakan semula perhubungan itu.
Mula seperti dulu-dulu.
KayuSakti

KEBESARAN ILAHI
Tanya siang kepada malam
makna gelap yang tidak dimengerti
jawab malam dengan terang
"putaran bumi pada paksi
putar berpusing silih berganti
sebelah gelap sebelah terang
gelap itulah aku," kata malam.
Tanya malam kepada siang
mahu dia tahu jawapan
asal punca terang-benderang
"putaran bumi pada paksi
putar berpusing silih berganti
sebelah terang sebelah gelap
terang itulah aku," kata siang.
"Siapa kita?
mungkinkah terjadi hasil kebetulan?
puing-puing berlaga bercantum
berlaga lagi bercantum kembali
bergumpal, bersatu lalu...
oh, dunia
wujudnya automatis kebetulan
universal luas tidak terjangkau jawapan
buntu memikir kejadian
kejadian alam yang rencam."
Ketika malam siang silih berganti
terjumlah 29 hari
Ramadan kali ini
mereka bersatu hati di hening Syawal
menjunjung kebesaran Ilahi
Allahu akbar... Allahuakbar... Allahuakbar...
Walillahilhamd
hadir siang kerana Allah
hadir malam kerana Allah
Dialah Tuhan Maha Pencipta.
HASIMAH HARUN
Kuala Lumpur, 31.10.2003