Mengapa rakyat Palestin berjuang untuk keadilan?

 

 

 

Siapakah rakyat Palestin?

Rakyat Palestin telah hidup selama beribu-ribu tahun di Palestin bersejarah. Kebanyakan daripada mereka dipaksa melarikan diri dari rumah-rumah mereka apabila negara Yahudi ditubuhkan pada tahun 1948. Mereka melarikan diri ke Tebing Barat, Gaza dan negara-negara Arab yang lain. Mereka telah menjadi pelarian sejak itu.

 

Terdapat lapan juta rakyat Palestin. Lima juta daripada mereka merupakan pelarian. Sejuta rakyat Palestin hidup di Gaza – lebih tiga perempat daripada mereka merupakan pelarian. Lebih kurang 1.6 juta rakyat Palestin hidup di Tebing Barat – 650,000 daripada mereka merupakan pelarian.

 

Mengapakah mereka menentang kerajaan Yahudi?

Negara Yahudi diasaskan melalui ‘pembersihan bangsa’ seramai 750,000 rakyat Palestin dari rumah-rumah mereka. Amerika Syarikat mendesak rancangan pembahagian Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Palestin pada tahun 1947. Ia memaksa negara-negara kecil ke dalam perjanjian untuk memberikan 55 peratus daripada Palestin kepada penetap Yahudi, yang hanya merupakan 30 peratus daripada penduduk.

 

Ini tidak cukup bagi pihak Yahudi. Tentera Yahudi membunuh sekurang-kurangnya 300 penduduk Palestin di Deir Yassin pada bulan April 1948. Kumpulan-kumpulan bersenjata menggunakan pembunuhan ini untuk memaksa beribu-ribu rakyat Palestin yang lain untuk melarikan diri dari rumah-rumah mereka.

 

Negara Yahudi diasaskan sebulan kemudian. Negara Yahudi dikatakan ‘berperang’ dengan negara-negara Arab yang lain. Tetapi pemimpin Yahudi membuat perjanjian-perjanjian sulit dengan pemimpin-pemimpin Arab. Negara Yahudi akhirnya merampas 77 peratus daripada tanah, sambil Jordan merampas Tebing Barat dan Mesir merampas Gaza. Negara Yahudi kemudiannya merampas Tebing Barat dan Gaza pada tahun 1967.

 

Negara Yahudi telah mencuri bekalan-bekalan air Palestin. Ia mengambil 75 peratus daripada air Tebing Barat dan Gaza. Seorang rakyat Yahudi menggunakan jumlah air yang sama dengan empat rakyat Palestin.

 

Terdapat 400,000 penetap Yahudi yang menduduki seluruh Kawasan-Kawasan Diduduki. Mereka mendiami kawasan-kawasan ketenteraan yang dikawal oleh tentera Yahudi. Kuasa-kuasa Yahudi seringkali mengepung kampung-kampung Palestin, menafikan mereka bekalan makanan dan keperluan-keperluan asas yang lain.

 

Pengepungan ini menghalang rakyat Palestin daripada melawat hospital untuk rawatan penting. Enam belas orang telah meninggal dunia sejak September 2000 kerana sebab ini. Ia adalah kemiskinan dan kenekadan seperti ini yang membuat beberapa rakyat Palestin berpusing kepada pengeboman pembunuhan diri sebagai cara untuk menyerang negara Yahudi.

 

Bukankah rakyat Yahudi dan juga Palestin bertanggungjawab untuk kehancuran kedamaian?

Proses kedamaian Oslo bermula pada tahun 1993. Ia dilihat oleh ramai orang sebagai peluang sejati bagi kedamaian di Timur Tengah. Proses ini bermula selepas pembangkitan Palestin yang pertama pada tahun 1987.

 

Sejak proses kedamaian itu tumbang pada tahun 2000 dan intifada (pembangkitan) baru bermula, lebih 1,000 rakyat Palestin telah dibunuh. Itu merupakan lebih lima kali ganda daripada jumlah rakyat Yahudi yang telah dibunuh.

 

Amerika Syarikat dan negara Yahudi menyalahkan Yasser Arafat, pemimpin Palestin, kerana menolak ‘perjanjian terbaik’ yang dia akan mendapat. Tetapi proses kedamaian ini merupakan penipuan. Ia adalah mengenai pengukuhan negara Yahudi ke atas rakyat Palestin, bukannya mengakhirkan penguasaan ini.

 

Di bawah perjanjian Oslo, Penguasaan Palestin hanya akan menerima 17 peratus daripada Tebing Barat dan 60 peratus daripada Gaza. Penguasaan Palestin hanya akan diberikan sedikit kuasa. Ia akan dipisahkan menjadi dua kawasan yang akan kekal di bawah kekuasaan Yahudi. Jalan raya di sekeliling kawasan-kawasan ini akan kekal di bawah kawalan Yahudi.

 

Penempatan-penempatan Yahudi akan kekal seperti sekarang. Tidak ada seorang pun daripada lima juta pelarian Palestin yang akan dibenarkan kembali ke rumah-rumah mereka di negara Yahudi. Di mesyuarat Kem David pada tahun 2000, rakyat Palestin ditawarkan penguasaan ke atas 50 peratus daripada Tebing Barat – kerana dua kawasan gurun panas luas ditambah kepada bahagian Penguasaan Palestin.

 

Kehidupan bagi rakyat Palestin terus melarat di bawah proses kedamaian tersebut. Ariel Sharon, perdana menteri negara Yahudi pada masa ini, melawat Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada bulan September 2000. Sharon bertanggungjawab untuk pembunuhan 2,000 rakyat Palestin di kem-kem pelarian Lubnan, iaitu Sabra dan Shatilla pada tahun 1982. Lawatan dia ditafsirkan untuk memalukan rakyat Palestin.

 

Mereka meletus dalam kemarahan, dan begitulah bermulanya intifada baru.

 

Apakah peranan Yasser Arafat?

Yasser Arafat muncul ke dalam cahaya kerana menentang kuasa Yahudi dengan berani. Tetapi dia kini mewakili bahagian rakyat Palestin yang ingin membuat perjanjian dengan negara Yahudi tanpa mengira akibat bagi rakyat Palestin biasa.

 

Dia terperangkap di tengah dan terpaksa bertindak menentang rakyatnya sendiri. Itulah mengapa intifada merupakan pemberontakan bukan sahaja terhadap pemerintahan Yahudi tetapi juga menentang perjanjian-perjanjian Yasser Arafat.

 

Adakah Zionisme sama dengan rasisme?

Zionisme adalah gerakan politik bagi tanahair Yahudi. Ia merupakan balasan terhadap pertumbuhan anti-Semitisme, atau kebencian orang Yahudi, di Eropah Timur pada hujung abad ke-19.

 

Idea tersebut merupakan penghantaran sebahagian daripada penduduk Yahudi ke sebuah kawasan dunia yang bebas daripada perasaan anti-Semitisme. Tetapi ini bermaksa menghalau rakyat Palestin dari tanah mereka dan menafikan hak politik kepada mereka yang masih berada di sana.

 

Orang Yahudi yang menetap di Palestin berubah dari rakyat yang ditindas di Eropah menjadi penindas di Timur Tengah. Negara Yahudi merupakan “kawasan Yahudi bagi penganut Yahudi,” walaupun sejuta orang daripada penduduknya, iaitu satu perlima daripada jumlah penduduk, merupakan rakyat Palestin.

 

Selepas negara Yahudi diasaskan, 85 peratus daripada tanah rakyat Palestin dirampas daripada mereka. Kerajaan Yahudi berbelanja 50 peratus kurang bagi pendidikan seorang Arab daripada seorang Yahudi.

 

Gaji sejam purata bagi seorang Yahudi adalah 33 peratus lebih tinggi daripada gaji seorang Arab. Tidak terdapat satu bandar Arab yang dibinas di negara Yahudi sejak tahun 1940-an. Lebih kurang 22,000 permohonan perumahan Arab telah ditolak pada tahun 2000 sehaja.

 

Kebanyakan kampung Palestin tidak mempunyai bekalan air atau elektrik, dan rakyat Palestin dikecualikan daripada kebanyakan pekerjaan. Sebahagian besar daripada pihak Zionis melihat rakyat Palestin dan Arab sebagai makhluk yang lebih lemah. Menachem Begin, perdana menteri Yahudi pada tahun 1980-an, pernah menghuraikan rakyat Palestin sebagai “binatang berkaki dua.”

 

Ramai orang Yahudi di seluruh dunia berasa jijik dengan polisi-polisi negara Yahudi.

 

Apakah hak pemulangan?

Pada masa ini, Hak Pemulangan Yahudi membenarkan mana-mana orang Yahudi dari mana-mana di dunia untuk menetap di negara Yahudi. Daripada lima juta pelarian Palestin, 88 peratus hidup di Timur Tengah berdekatan dengan rumah-rumah sejati mereka, tetapi tidak mempunyai hak pemulangan.

 

Sememangnya, terdapat kawasan yang mencukupi bagi kesemua pelarian ini di dalam sempadan negara Yahudi. Lebih 90 peratus daripada pelarian tersebut dapat kembali ke kawasan-kawasan kosong di mana mereka dan keluarga mereka pernah menetap.

 

Tetapi ini akan mengancam sifat rasis kerajaan Yahudi. Rakyat Palestin akan menjadi majoriti dan akan menentang pihak Zionis. Pemimpin-pemimpin Yahudi tidak akan membenarkan ini berlaku.

 

Dapatkah perlulusan Amerika Syarikat yang diluluskan di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi “dua negara, Yahudi dan Palestin, hidup di samping satu sama lain,” membawa kedamaian?

Rancangan Amerika Syarikat merupakan tipu-helah sinis untuk menghebohkan sokongan Arab demi serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq. Bush berucap mengenai ‘wawasan’ untuk negara Palestin apabila dia inginkan sokongan Arab bagi pengeboman Afghanistan pada tahun yang lalu. ‘Wawasan’ dia melesap dengan laju.

 

Perlulusan PBB tidak membuat sebarang rujukan kepada pendudukan haram Yahudi ke atas Palestin. Ia tidak menuntut pengeluaran penetap-penetap Yahudi dari tanah Palestin. Negara Yahudi memberikan sokongan bagi perlulusan PBB tersebut.

 

Seruan Amerika Syarikat adalah langkah ke belakang dari perlulusan-perlulusan PBB yang lain dalam 53 tahun yang lalu. Perlulusan-perlulusan ini telah menyarankan agar negara Yahudi mengundur diri dari Kawasan-Kawasan Diduduki dan bagi pelarian Palestin dibenarkan kembali ke rumah mereka.

 

Amerika Syarikat dan negara Yahudi tidak menghiraukan perlulusan-perlulusan ini. Pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat melihat negara Yahudi sebagai “anjing penjaga” mereka, menjaga daripada kemungkinan rakyat jelata bangkit menentang pemerintah-pemerintah Arab yang korupse dan mengancam kawalan minyak mereka.

 

Amerika Syarikat telah memberikan negara Yahudi sebanyak AS$92 bilion dalam bantuan ekonomi dan ketenteraan sejak tahun 1967. Pengaruh Amerika Syarikat di Timur Tengah adalah masalah di kawasan tersebut, bukannya penyelesaian.

 

Apa kata pihak sosialis?

Pihak sosialis berdiri bersatu dengan rakyat Palestin.

 

Rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka dan menentang penindasan negara Yahudi. Tentera Yahudi yang bersenjata dengan senapang-senapang terbaru Amerika Syarikat, helikopter-helikopter, kereta kebal dan jet-jet pejuang sedang membunuh kanak-kanak yang bersenjata hanya dengan batu.

 

Dua negara yang berasingan bukannya penyelesaian yang baik. Itu akan bermakna sebuah negara Yahudi yang lebih kuat dari segi ekonomi dan ketenteraan terus menguasai Palestin yang lemah.

 

Satu-satunya penyelesaian demi kedamaian dan keadilan sejati di Timur Tengah adalah sebuah negara Palestin demokratik dan sekular di mana kaum Yahudi dan Arab dapat hidup bersama-sama dalam kedamaian. Setiap satu pelarian Palestin mesti dibenarkan kembali, dengan hak-hak penuh bagi kesemua minoriti kebangsaan.

 


 

 

 

Dari Socialist Worker, 23hb Mac 2002, Nombor 1792. Hak cipta Socialist Worker.

 

Terjemahan & editing bersama: M. Salleh, E. Zulkarnain ...

Hosted by www.Geocities.ws

1