KAWALAN MUTU MAKANAN

PENGENALAN

Terdapat empat komponen utama yang mendokong aktiviti Kawalan Mutu Makanan Negeri Perlis. Komponen tersebut ialah Unit Kawalan Mutu Makanan Pejabat Kesihatan Negeri Perlis, Pintu Masuk Padang Besar , Pintu Masuk Kuala Perlis dan Makmal Kawalan Mutu Makanan Negeri Perlis.

OBJEKTIF

Objektif Umum
 
Memastikan pengguna mendapat makanan yang bersih dan selamat. 
Melindungi pengguna dari segi kesihatan dengan memastikan makanan yang dimakan adalah bersih, bermutu, selamat dan dilabelkan dengan sempurna.

Objektif Khusus
 
Untuk melindungi orang ramai terhadap bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.
Untuk memastikan makanan yang dijual kepada pengguna mematuhi piawaian, bebas dari pencemaran dan dilabelkan secara betul, cukup dan tidak mengelirukan.
Memastikan makanan yang dihasilkan, diproses, disimpan, diangkut dan dikendalikan dengan cara yang bersih dan sempurna.
Untuk memastikan makanan yang dieksport mematuhi perundangan negara pengimport.
Memastikan pengguna menerima maklumat dan pendidikan kesihatan yang betul dan mencukupi.

AKTIVITI
 
Persampelan Makanan untuk ujian Mikro/Kemikal
Pemeriksaan Premis Makanan
Penguatkuasaan Undang-Undang
Pendidikan Kesihatan


Hosted by www.Geocities.ws

1