Kawalan Penyakit Berjangkit

Objektif

Mengurangkan kejadian dan kematian disebabkan oleh penyakit berjangkit supaya penderitaan, kerugian ekonomi kepada individu, keluarga dan negara dapat dikurangkan. engawasi secara dekat pola epidemiologi penyakit-penyakit dalam daerah supaya dapat mengambil langkah- langkah pencegahan dan kawalan yang sesuai dan tepat pada masanya. Aktiviti ini juga meliputi "surveillance" penyakit, pencegahan dan kawalan wabak penyakit berjangkit, melatih kakitangan, penyelidikan, menyemak dan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan karantina, pencegahan dan pengawalan penyakit.

Aktiviti
 
Menyiasat kes-kes penyakit berjangkit yang dilaporkan dan mengambil segala langkah yang perlu mengikut peraturan yang telah ditentukan agar ianya dapat dicegah dari merebak.
Mencari atau mengesan kontek-kontek pesakit, menjalankan kawalan dan mencegah penyakit dari merebak.
Memberi suntikan pelalian, mengambil contoh-contoh najis, muntah, sisa-sisa makanan dan sebagainya untuk pemeriksaan dan menentukan punca jangkitan.
Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan
Pengumpulan data
Menyelenggara kerja-kerja "disinfection’ dan "disinfestation"

 
Mengendalikan kerja-kerja pengeluaran sijil kesihatan antarabangsa dengan memberi suntikan pelalian.

Hosted by www.Geocities.ws

1