Memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkualiti
Pembantu Perubatan Kanan : Gan Tiong Eiaw
Unit Kecemasan dan Kemalangan merupakan salah satu unit yang utama di Hospital Tanah Merah
selain dari itu, unit ini juga bertanggungjawab terhadap klinik Pakar dan Klinik dada.
Pengenalan
Unit ini mula berfungsi semejak Hospital Tanah Merah berfungsi pada tahun 1985.  Sejak berfungsi, sudah tiga kali ia berpindah hingga sampai sekarang yang terletak di depan hospital berhampiran dengan Klinik Kesihatan Bandar Tanah Merah, Unit Farmasi dan beberapa unit yang lain.
Ketiga – tiga unit ini diurus oleh seorang pembantu perubatan U7 dengan bilangan anggota  dengan  11 orang anggota U8 ( pembantu perubatan dan jururawat ), seorang anggota U14 ( penolong jururawat ), dua orang atenden kesihatan U15, 6 orang atenden kesihatan U16, serta 10 orang pemandu kenderaan bermotor R10.  Beberapa anggota diurus secara gunasama dalam 3 unit ini.
Perkhidmatan
Ia telah memberi perkhidmatan 24 jam kepada seluruh penduduk di jajahan Tanah Merah dan Jeli, serta mukim – mukim Machang dan Pasir Mas yang berdekatan dengan Tanah Merah berdasarkan kemudahan penggangkutan dan kemudahan perkhidmatan yang diberi.
 Menerima, memeriksa, merawat dan merujuk pesakit kecemasan dan biasa.  Ia termasuk kes – kes yang datang sendiri, yang dirujuk dari klinik kesihatan, pengamal perubatan persendirian, kem tentera dan lain –lain.
 Mengurus kenderaan hospital seperti panggilan ambulan, rujukan pesakit ke pusat rujukan yang lain, kereta jenazah dan pengangkutan anggota dan barangan. Unit ini mempunyai 4 buah ambulan dan 2 buah kenderaan jenazah ( Islam dan Bukan Islam ), 1 buah bas mini dan sebuah van serba guna.
 Pendaftaran pesakit dalam yang melibatkan pendaftaran semua kes yang perlu dimasukan kedalam wad.
Perkhidmatan post mortum yang dirujuk oleh polis atau mahkamah untuk menentukan sebab – sebab kematian.  Kadang – kala kes yang rumit memerlukan pakar patologi daripada Hospital Kota Bharu datang membuat disini atau membawa jenazah ke Hospital Kota Bharu.
 
Statistik

 
 
 
 
 
 
 
 

Hosted by www.Geocities.ws

1