PROGRAM NILAM SMK
TENGKU MAHMUD
(NADI ILMU AMALAN MEMBACA)
Penjanaan Projek NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) adalah
kesinambungan projek membaca yang telah dijalankan di perpustakaan
sekolah selama ini. Program ini telah dilancarkan oleh Pusat Sumber
Pendidikan Negeri Terengganu dan dilaksanakan di sekolah ini mulai
tahun 1999.
RASIONAL PROGRAM
- Menjana budaya membaca di kalangan pelajar bagi
memupuk masyarakat yang berpersonaliti dari segi rohani
dan jasmani serta maju dan matang dalam aspek
mental.
- Untuk itu, program NILAM merupakan aktiviti yang
patut diamalkan bermula dari tingkatan satu hinggalah ke
tingkatan lima sekolah menengah.
- Bagi mengetengahkan projek ini, berbagai-bagai
aktiviti dirancang supaya dapat memupuk minat pelajar
akan bahan yang dibaca selain menyemai budaya membaca
walau di mana pelajar itu berada.
- Unsur ketegasan juga penting bagi menyuburi sikap
rajin membaca. Dengan adanya kesedaran berterusan akan
pasti mematangkan pelajar betapa pentingnya budaya
membaca menjadi tabii yang hakiki.
- Melalui projek NILAM juga diharap akan menimbulkan
naluri laparkan buku bagi setiap pelajar
- Di samping ditekankan kepada setiap individu melalui
peringkat JAUHARI, individu juga disarankan memain
peranan mempengaruhi individu lain supaya gemar membaca.
Peringkat ini dinamakan RAKAN PEMBACA(RP).
|
OBJEKTIF PROJEK
NILAM
- Memupuk budaya membaca di kalangan pelajar
- Mempelbagaikan aktiviti galakan membaca yang kreatif,
inovatif dan berkesan.
- Menerapkan naluri gemar membaca bagi mewujudkan
sebuah masyarakat yang berilmu pengetahuan.
|

©
SMKTM
apa sahaja pandangan, komen,
kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada
webmaster