PERUTUSAN SIBER
MOTTO
VISI DAN MISI
PIAGAM PELANGGAN
SEJARAH / PERKEMBANGAN
PENGETUA-PENGETUA
MAJLIS TADBIR
PIBG
TENAGA AKADEMIK
PUSAT SUMBER SEKOLAH
BIMBINGAN & KAUNSELING
PANITIA MATA PELAJARAN
PELAJAR CEMERLANG
SUKAN DAN PERMAINAN
KELAB DAN PERSATUAN
UNIT-UNIT BERUNIFORM
OH BAHASAKU
KOLEKSI SOALAN

 PENGETUA KELIMA

Tuan Pengetuan ke-5 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud , Tuan Haji Abdullah bin Haji Abbas telah meninggal dunia pada tanggal 22hb. November, 1990 dalam perjalanan dengan kereta api dari Lahore ke Kerachi, Pakistan. Allahyarham meninggal ketika menyertai jemaah tabliqh Malaysia menjalankan kegiatan dakwah di sana.

Sebagai anak watan Besut, allahyarham adalah seorang yang gigih berusaha dan bersemangat waja dalam bidang pendidikan . Allahyarham memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik pada tahun 1951 di Sekolah Melayu Jerteh. Tahun 1954 hingga 1956 menyambung pendidikan di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim,Perak dan selepas itu mengikuti kursus di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Kegigihan allahyarham belajar patut diteladani. Dari tahun 1969 hingga 1972 menyambung pula pendidikan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Allahyarham merupakan antara kalangan guru Melayu yang terawal dari Besut yang berjaya masuk ke Universiti.

Semasa hayat allahyarham begitu bersungguh-sungguh mendidik anak bangsa supaya terus maju dalam bidang pendidikan dan seterusnya menjadi makhluk manusia yang 'sempurna' dunia dan akhirat

Akhir sekali semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham.


| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan |
|
pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik |
|
pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran |
|
pelajar cemerlang | sukan dan permainan |
|
kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan |

© SMKTM

apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster

Hosted by www.Geocities.ws

1