|
PERUTUSAN
SIBER |
PENGETUA PERTAMA
Anak tunggal Encik Ahmad bin Abdul Rahim, seorang peniaga yang dilahirkan pada 1 Januari 1923 di Kampung Baharu, Kuala Lumpur. Beliau telah mendapat pendidikan awal dan menengah di Methodist Girl School, Kuala Lumpur sehingga lulus Senior Cambridge. Kemudian beliau telah menjadi guru disekolah yang sama. Salah seorang muridnya yang disayangi dan diingati hingga ke akhir hayatnya ialah Tengku Bariah iaitu DYMM Tengku Ampuan Besar Negeri Terengganu sekarang. Sekeping potret DYMM Tengku Ampuan yang dihadiahkan kepada beliau pada tanggal 28.4.1949 tersimpan dengan baik sehingga ke akhir hayat beliau. Pada tahun 1951 beliau ditukarkan ke Sekolah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu. Setahun kemudian beliau telah dipilih melanjutkan pelajaran ke Teachers Training College, Kirby, England. Sekembalinya dari Kirby, mulai 1.1.1954, beliau dilantik menjadi guru besar pertama Sekolah Tengku Mahmud, iaitu satu-satunya sekolah beraliran Inggeris di Besut. Beliau telah berkhidmat di Sekolah Tengku Mahmud sehingga 31.12.1961. Di Sekolah Tengku Mahmud, beliau mencipta nama dalam kerjayanya sebagai seorang pentadbir dan guru disiplin yang terkenal. Mengepalai sebuah sekolah yang sebahagian besar guru-gurunya lelaki bukanlah senang. Tetapi sikap tegasnya menyebabkan beliau sentiasa dihormati dan tidak berani dicabar. Semua orang Besut kenal siapa Cikgu Fatimah. Berpegang teguh pada prinsip 'KECEMERLANGAN AKADEMIK BERTERASKAN KECEMERLANGAN DISIPLIN' maka beliau telah bersungguh-sungguh menerapkan disiplin yang tinggi dikalangan pelajarnya. Pelajar-pelajar mesti berpakaian kemas. Pelajar perempuan mesti berskirt labuh melebihi lutut dan rambut dijalin dua. Pelajar-pelajar yang bercakap Bahasa Melayu bila berjumpa beliau didenda 5 sen. Hasilnya Sekolah Tengku Mahmud telah mencapai kemajuan yang telah menjadi kebanggaan penduduk Besut. Ramai pelajarnya menjadi pemimpin dan pegawai tinggi di seluruh negara. Walaupun garang dan tega disekolah, tetapi di luar sekolah beliau seorang guru yang prihatin kepada masalah pelajar. Beliau akan melawat ke rumah pelajar terutama jika ada pelajar yang tidak datang ke sekolah. Di atas jasa beliau, maka beliau telah dikurniakan pingat PJK oleh Kebawah DYMM Sultan Terengganu pada tahun 1960. Beliau telah dipilih melawat ke England dari 22.5.1960 hingga 24.7.1960. Pengalaman melihat kakaknya dari berlainan ibu dipukul suami pemabuk, menyebabkan beliau mengambil keputusan tidak berkahwin sepanjang hayat beliau. Selepas bersara beliau kembali tinggal dengan anak saudara di Kuala Lumpur. Akibat diserang penyakit angin ahmar, kesihatannya bertambah teruk dan sukar dijaga. Beliau telah dihantar ke Rumah Orang-orang Tua Sri Kenangan, Seremban. Kisah sedih seorang bekas guru besar terlantar di rumah orang tua tersiar dalam sebuah akhbar tempatan dan akhirnya sampai ke pengetahuan bekas muridnya. Atas inisiatif beberapa orang bekas pelajar Sekolah Tengku Mahmud, beliau berjaya dikeluarkan dari Rumah Orang-orang Tua Sri Kenangan pada tahun 1990. Beliau telah di bawa ke Besut dan ditempatkan di rumah Encik Arshad Ali, bekas muridnya yang paling nakal. Beliau menjadi sebahagian keluarga En. Arshad sehingga beliau kembali ke rahmatullah pada 28.10.1997. BIODATA
CIK FATIMAH BINTI AHMAD.
Hari ini Sekolah Menengah Tengku Mahmud merayakan Hari Ulangtahun yang ke-40. Pada hari yang bersejarah ini, Sekolah Menengah Tengku Mahmud pastinya tidak melupakan sebutir mutiara yang pernah satu ketika dahulu menyinari alam pendidikan sekolah ini. Tokoh jasamu dikenang pada hari ini ialah Yang Berbahagia Cik Fatimah binti Ahmad. Beliau telah dilahirkan pada 1 Januari 1923 di negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau menerima pendidikan awalnya di Methodist Girls School, Kuala Lumpur. Semasa persekolahannya, beliau merupakan pelajar yang aktif dan mengambil bahagian yang cergas dalam permainan badminton dan bola tampar. Setelah lulus Senior Cambridge dengan cemerlangnya, beliau telah memasuki Teachers Training College, Kirby, England selama dua tahun dan kembali ke Malaysia sebagai seorang guru terlatih. Pada tahun 1951, beliau telah memulakan kariernya sebagai seorang guru di Sekolah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Pada 1 Januari 1954, beliau
telah dilantik sebagai guru besar yang pertama di sekolah
ini, satu-satunya sekolah beraliran Inggeris di Daerah ini
yang dahulunya dikenali sabagai Tengku Mahmood School.
Beliau telah menangani tugasnya sebagai guru besar dengan
penuh kayakinan. Beliau berpegang teguh kepada prinsip
bahawa kecemerlangan akadimik mestilah berpunca dari
kecemerlangan disiplin para pelajarnya. Tuan-tuan dan puan-puan, Perkhidmatan beliau di sekolah ini telah berakhir pada 31 Disember 1961 dan beliau meneruskan perkhidmatan di Maktab Peguruan Melayu Durian Daun, Melaka sebagai pensyarah kanan. Beliau telah bersara pada tahun 1967 setelah kesihatannya tidak begitu stabil menyebabkan beliau diserang angin ahmar selama beberapa tahun. Beliau kemudiannya tinggal di Rumah Orang-orang Tua Sri Kenangan, Seremban, Negeri Sembilan. Tangal 1 Mac 1990, merupakan
hari yang sangat bertuah kepada beliau. Sebagai bukti
keprihatinan dan kecaknaan pelajar-pelajarnya terhadap guru
|
apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster