|
1. Pendalaman atau pedalaman? |
Tanya : Saya keliru dengan perkataan "pedalaman" dan "pendalaman". Di televisyen, pemberita selalu menggunakan perkataan pendalaman dan pedalaman untuk tempat yang jauh dari bandar. Adakah kedua-dua perkataan ini sama maknanya? Harap dapat cikgu berikan penjelasan dan penggunaannya. Jawab : Kedua-dua perkataan yang dikemukakan itu memang berbeza maknanya. Pedalaman merujuk kepada tempat yang jauh dari bandar, sedangkan pendalaman adalah proses mendalamkan sesuatu. Lihatlah penggunaan kedua-dua perkataan ini dalam ayat yang berikut: Kerajaan sentiasa berusaha membekalkan kemudahan air paip dan elektrik kepada kawasan pedalaman negara ini. Kerja-kerja pendalaman sungai itu akan dijalankan segera untuk mengatasi masalah banjir pada musim tengkujuh. |
||
|
| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan | | pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik | | pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran | | pelajar cemerlang | sukan dan permainan | | kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan | © SMKTM apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster |
|||