![]() |
SEJARAH RINGKAS |
Pusat Sumber Pendidikan negeri Perak
Berbangunan Sementara telah diperakukan kewujudannya dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 4/15/95 pada 07 Jun 1995. Selaras
dengan keputusan tersebut bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan telahpun
memindahkan jawatan-jawatan yang sedia ada di Unit Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan
Negeri ke PSPN sendiri di bawah penyelarasan Bahagian Teknologi Pendidikan berkuatkuasa
mulai 01 Januari 1996. Perubahan ini juga termasuk jawatan-jawatan di Pusat Kegiatan
Guru yang telah diletakkan di bawah penyelarasan PSPN sendiri.
PSPN Perak kemudiannya beroperasi di
bangunan JKR 1273, Jalan Tun Perak. Bangunan kayu ini asalnya sekolah lama dan telah
digunakan sebagai Pejabat Pendidikan daerah Kinta. Pada tahun 1995, Pejabat
Pendidikan Daerah Kinta telah berpindah ke kawasan Kompleks Pendidikan Kinta.
Sehubungan itu, pada 01 Julai 1995, Unit Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri
pada masa itu berpindah dari Jabatan Pendidikan Negeri ke bangunan kayu ini.
Kini dengan berbangunan baru,PSPN mula beroperasi di Jalan Tawas Baru Utara,Tasek Damai.
Pusat
Sumber Pendidikan Negeri Perak ini mempunyai blok pentadbiran dan kemudahan asrama serta sebuah kafetaria dan disediakan tempat beriadah seperti gelanggang tenis, sepak takraw,badminton dan lain-lain. Bangunan induknya
dilengkapi dengan bilik mesyuarat, makmal komputer, studio rakaman,serta perpustakaan.
| Halaman Depan | Sekapur Sireh | Pengenalan | Pengurusan | Perkhidmatan | PKG | Maklumat Terkini | Lain-Lain Link |