Nama
Aktiviti :
KURSUS
PENGGUNAAN CD INTERAKTIF BAGI SET PERISIAN KURSUS BESTARI SAINS DAN
MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS TERBITAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Objektif
:
i)
Guru-guru eTEMS sekolah-sekolah
setempat PKG Seri Manjung mahir menggunakan perisian CDRI terbitan BTP.
ii)
Guru-guru berkeyakinan menggunakan
peralatan teknologi dalam pengajaran di bilik darjah.
iii)
Mempromosikan bahan-bahan terbitan
BTP.
Matlamat
:
Memberi pededahan kepada guru-guru eTEMS
berkaitan penggunaan CDRI terbitan BTP.
Sasaran
:
Guru-guru eTEMS sekolah-sekolah setempat PKG
Seri Manjung .
Tempat
:
Pusat Kegiatan Guru Seri Manjung,
Pelaksanaan
:
PKG Seri Manjung bersama
Jawatankuasa Latihan dan Penghasilan telah mengadakan satu Kursus Penggunan
CDRI bagi set Perisian Kursus Bestari Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
Terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan. Kursus
tersebut telah diadakan pada 14 Februari 2004 bagi sekolah rendah dan 28 Februari 2004 bagi sekolah menengah.
Seramai 50 orang guru-guru setempat telah diberi pendedahan berkaitan dengan penggunaan CDRI tersebut.
Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Ismail bin Yusoff, Pegawai Penyelaras PKG Seri Manjung.
Peserta-peserta berasa sangat berpuas hati dan menunjukan minat yang tinggi sepanjang kursus ini diadakan. Setelah menghadiri kursus ini, mereka menyatakan keyakinan menggunakan komputer dan set perisian tersebut dalam pengajaran mereka.

Encik Ismail bin Yusoff, Penyelaras PKG
Seri Manjung sedang memberi taklimat berkaitan dengan penggunaan CDRI
tersebut.
Encik Ismail bin Yusoff, Penyelaras PKG
Seri Manjung sedang memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru-guru
berkaitan dengan penggunaan CDRI tersebut.
