-
( Lampiran 1 )
-
( Lampiran 2 )
-
( Lampiran 3 )
|
LATAR
BELAKANG
Dari segi sejarah,penubuhan
PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah
sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PST diubah nama kepada Pusat Media
Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat
buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Terengganu, Kelantan
dan Pahang.
Pada Tahun 1986 nama PMD
telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD
memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah
mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan
dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan penjiman alatan dan membina
bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat
menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar
bandar dengan asas teknologi pendidikan ( teknopen).
Seterusnya pada tahun 1990
nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan
peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan
150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap
sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak
kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti
yang dijalankan di pusat tersebut ( lampiran 1 ) Pada tahun 1995 PKG telah
menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam( Lampiran 2 ) sebagai pengiktirafan
di atas kejayaan yang telah dicapai.
|
|
OBJEKTIF
-
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen
-
Mengumpal dan menyebar maklumat profesional pendidikan, khususnya
dalam teknopen ke sekolah-sekolah.
-
Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat
Sumber Sekolah (PSS).
-
Membantu dalam menghasil bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
untuk sekolah-sekolah.
-
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi
maklumat.
-
Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional
pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.
|
|
FUNGSI
-
Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru
dalam teknopen.
-
Sebagai pusat penghasilan bahan-bahan sumber pengajaran dan
pembelajaran yang dibina secara kreatif dan inovatif.
-
Pengumpul dan penyebar maklumat pendidikan terkini kepada
guru-guru dan masyarakat setempat
-
Mewujudkan situasi perkongsian bagi meningkatkan idea,pengetahuan
dan kepakaran di kalangan guru-guru dalam penggunaan teknopen.
-
Memupuk budaya permuafakatan di kalangan guru-guru setempat
melalui semangat berpasukan.
-
Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru
dala, teknologi maklumat.
-
Sebagai pusat aktiviti profesional pendidikan bagi sekolah
kelompok dan masyarakat setempat.
|
|
KONSEP
PKG adalah pemangkin untuk meransang pembangunan profesional
guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknopen
dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan Pusat
Sumber Sekolah (PSS). Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan
Falsafah Pendidikan Negara.
PKG juga dijadikan pusat perkembangan profesional untuk
guru-guru dan masyarakat setempat.
|
|
PKG SEBAGAI PRASARANA PENDIDIKAN
SIAPA ?
Pengguna
Pelaksana
-
Pegawai PSPN dan Penyelaras PKG
-
AJK Penasihat Teknopen
-
JK Pengurusan Aktiviti PKG
-
Pemimpin Tempat
MENGAPA ?
-
Pemangkin dalam aplikasi teknopen untuk pendidikan bestari
-
Memenuhi keperluan profesional guru-guru setempat dalam teknopen
bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
BAGAIMANA ?
-
Memaluli aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan
DI MANA ?
BILA ?
-
Mengikut perancangan dan keperluan semasa
|
|
JARINGAN PKG |
|
PENGOPERASIAN PUSAT KEGIATAN GURU
PKG terletak di bawah amanah dan tanggungjawab PSPN dan
BTP.
Pengurusannya dikendalikan oleh Pegawai Penyelaras PKG.
BTP, selaku ketua aktiviti menyalurkan peruntukan tahunan PKG melalui PSPN
iaitu Pusat Tanggungjawab (PTJ).
Kecemerlangan pengoperasian PKG memerlukan komitmen yang
tinggi daripada Jawatankuasa Kerja dengan konsep kerja berpasukan dan rasa
kesepunyaan terhadap PKG. |
|
STRUKTUR PENGURUSAN ORGANISASI AKTIVITI
PKG
|
|
JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG
Bertanggungjawab merancang aktiviti bagi mempertingkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi pendidikan.
Membantu dalam pembangunan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dengan lebih
efisien. |
|
PERANAN JAWATANKUASA KERJA
1. LATIHAN DAN PENGHASILAN
-
Merancang dan melaksana program peningkatan profesionalisme
guru-guru sekolah ahli dan pembangunan sumber PKG
-
Mengenalpasti kakitangan sumber yang diperlukan untuk aktiviti
latihan dan penghasilan bahan teknopen mengikut keperluan setempat.
-
Mengkaji laporan penilaian aktiviti bagi keperluan tindakan
susulan.
2. PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
-
Bekerjasama meningkatkan pengurusan dan penggunaan PSS sekolah
ahli.
-
Merancang dan melaksana program dan aktiviti PSS.
-
Memupuk badaya membaca.
-
Mewujudkan pakatan strategik dengan pelbagai agensi yang
relevan.
-
Memupuk semangat bantu membantu dan perkongsian sumber.
3. TEKNOLOGI MAKLUMAT
-
Mewujudkan kesedaran kepentingan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran.
-
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam penggunaan
teknologi maklumat.
-
Mengintergrasikan teknologi maklumat dalam pengurusan dan
penggunaan PSS.
4. SOSIAL DAN KEBAJIKAN
-
Memberi peluang guru-guru menjalankan aktiviti secara formal
dan informal dengan terancang.
-
Mengguna kemudahan rekreasi dan bergotong-royong.
-
Mewujudkan hubungan dengan agensi-agensi kerajaan,pihak swasta
dan pertubuhan sosial untuk kecemerlangan pendidikan setempat.
-
Menggunakan kepakaran daripada komuniti sekolah dan luar
sekolah untuk mencapai matlamat PKG
|
|
PERANAN PEGAWAI PENYELARAS PKG
-
Melaksanakan tugas berdasarkan sasaran kerja tahunan (SKT)
dan kerja utama PKG.
-
Mengurus aktiviti dan pentadbiran harian PKG.
-
Mempromosi dan menggalakkan malan penggunaan teknologi pendidikan.
-
Memberi khidmat nasihat dan bimbingan dalam pengurusan dan
penggunaan PSS.
-
Menyediakan laporan tahunan program dan aktiviti PKG.
|
|
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI PKG
Keberkesanan pengoperasian PKG bergantung kepada pengurusan
yang cekap dengan penumpuan kepada empat aspek utama.
-
Perancangan aktiviti.
-
Jadual pelaksana aktiviti.
-
Proses pelaksanaan aktiviti.
-
Penilaian dan tindakan susulan.
Pelaksanaan aktiviti PKG mengutamakan keberkesanan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan rangkaian kerjasama
dengan PSS setempat.
|
|
CABARAN DAN HARAPAN.
Sistem pendidikan negara kita sentiasa berubah
mengikut perkembangan dan kemajuan semasa. Dalam era perkembangan dunia
teknologi terkini, khususnya teknologi maklumat, perubahan-perubahan ke
arah itu telah dapat dilihat baik di peringkat bahagian,jabatan,sekolah
mahupun di bilik darjah. Di kebanyakan institusi-institusi tersebut penggunaan
komputer,internet,e-mail dan CD-Rom sudah menjadi suatu yang lumrah.
Senario di atas secara tidak langsung turut memberi cabaran
kepada PKG. Sebagai pusat aktiviti setempat PKG boleh menjadi agen perubahan
yang menjurus ke arah peningkatan pendidikan yang berkualiti. Selain itu
berasaskan teknologi maklumat, PKG boleh dijadikan pusat perhubungan dan
penyebaran maklumat setempat, iaitu melalui LAN(Local Area NEtwork) dan
seterusnya berkembang ke arah perkongsian maklumat secara meluas ke seluruh
rangkaian BTP melalui WAN(Wide Area Network). PKG juga amat diperlukan
oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri,Pendidikan Daerah dan sekolah kelompok.
Justeu ia mempunyai kemudahan LAN dan WAN, maka perhubungan yang sedia
ada akan dapat dipererat dan dipertingkatkan.
Cabaran dan harapan ini memerlukan komitmen dari semua
pihak agar PKG dapat berfungsi dengan lebih efektif dan efisien.
Komitmen serta sikap positif semua pihak juga diharap dapat membantu mencapai
matlamat dan objektif PKG sejajar dengan matlamat pendidikan bestari,kehendak
Falsafah Pendidikan Negara dan keperluan Wawasan 2020.
|