| Pelbagai
program dan aktiviti menbaca telah dan sedang dijalankan di sekolah-sekolah
sehingga kini, maka dicadangkan agar dilaksanakan saru program yang menggabungkan
kesemua aktiviti menbaca tersebut. Program ini dinamai NILAM (Nadi Ilmu
Amalan Membaca). NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti
galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan
yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan utnuk mengatasi masalah-masalah
yang menghalang penyuburan tabiat membaca. |
| MATLAMAT
: |
| Matlamat
program NILAM ialah supaya terbina tabiat membacadi kalangan murid-murid. |
| OBJEKTIF
: |
Pelaksanaan
program membina tabiat membaca ialah untuk :
a. Menjadikan
murid banyak membaca.
b. Menggalakkan
sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca
ini. |
| Program
NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran
dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali
sebgai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan penyertaan murid
dan pencambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali
sebagai RAKAN MEMBACA (RP). |
| TAHAP
PERTAMA (JAUHARI) |
Tahap
ini dinamakan JAUHARI. Pada tahap ini semua murid diwajibkan mengikuti
aktiviti galakan membaca yang dirancang dan dijalankan oleh PSS sepanjang
tahun.
1. Muird
mula mengikuti aktiviti sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas membaca
(Pertengahan Tahun 1).
2. Murid
diberi kemudahan meminjam buku melalui PSS untuk aktiviti galakan membaca
yang dijalankan. Pada kebiasaannya murid meminjam pada kadar sebuah buku
dalam dua minggu. Dengan pengiraan tersebut kemampuan murid membaca sepanjang
tahun dapat diklasifikasikan seperti berikut : |
| PERANAN
JAWATANKUASA |
| PENGERUSI
- Pengetua/Guru Besar |
GPK
1 |
| 1.
Mempengerusikan mesyuarat. |
1.
Menjalankan tugas pengerusi semasa ketiadaannya. |
| 2.Memahami
dasar dan matlamat program. |
2.
Membantu pengerusi menyelaras dan menilai program. |
| 3.
Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa. |
3.
Membantu pengerusi menjayakan program. |
| 4.
Memastikan pelaksanaannya berjalan lancar melalui penyeliaan, perjumpaan
dengan guru, temubual murid/ibu bapa secara tidak formal dan laporan pelaksanaan. |
4.
Mengenalpasti masalah,kekuatan program NILAM dan mengambil tindakan susulan. |
| GPK HEM/KO-KU/PENYELIA
PETANG |
GURU PERPUSTAKAAN |
| 1.
Menjalankan tugas Pengerusi dan Naib pengerusi 1 semasa ketidaan mereka. |
1. Membantu
pihak sekolah membuat penggredan buku.
2. Mengagihkan buku pinjaman
secara berkelompok (untuk sek. ren. tahap 1).
3. Mengedar Buku Rekod membaca
(BRM) yang disediakan oleh Persatuan Pusat Sumber Skeolah Negeri Sembilan.
4. Membantu setiausaha menganjurkan
sebarang aktiviti untuk menyokong porgram NILAM. |
| WAKIL PIBG/BEKAS PELAJAR |
SETIAUSAHA (Guru PSS) |
1.
Menghadiri setiap mesyuarat J/Kuasa NILAM.
2. Menjadi pengantara untuk
menyampaikan idea melalui aktiviti-aktiviti seperti :
a. Ibu bapa membimbing
dan menggalak anak-anak membaca.
b. Menyediakan
bahan bacaan berssesuaian di rumah.
c. Mengalakkan
anak-anak membuat pinjaman bahan bacaan dari sumber lain seperti Perpustakaan
Awam, Perpustakaan Desa, Perpustakaan Bergerak dan seumpamanya.
d. Memastikan
anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk dibaca dan merekodkan bacaan.
3. Berusaha membantu pihak
sekolah menjayakan Program ini melalui sumbangan kewangan.
4. PIBG berkhidmat sebagai
agen kepada penglibatan institusi-institusi lain dalam menjayakan Program
ini dari segi khidmat nasihat buku dan kewangan. |
1.
Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat.
2. Menyelaras perjalanan mesyuarat
dan hal-hal yang berkaitan.
3. Menyediakan laporan berkala
dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukan kepada Urusetia Negeri dan
salinan kepada Pengerusi.
4. Menyediakan Pangkalan Data
dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Program.
5. Membuat analisis Program
NILAM berdasarkan data terkumpul.
6. Memasukkan dan mengemaskini
data dari masa ke semasa.
7. Menjadi urusetia untuk pemberian
anugerah NILAM peringkat sekolah.
8. Menganjurkan aktiviti Porgram
NILAM peringkat sekolah. |
| KETUA BIDANG/KETUA PANITIA
BAHASA |
GURU KELAS/GURU TINGKATAN |
1.
Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk pelajar.
2. Merancang dan menyelaras
aktiviti P&P yang boleh menjurus ke arah pembacaan berkualiti.
3. Membuat perancangan, anggaran
perbelanjaan Program NILAM.
4. Menyelia pelaksanaan Program
NILAM. |
1.
menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing.
2. Mendapatkan Buku Rekod Bacaan
(BRM)NILAM daripada PSS dan mengedarkan kepada pelajar-pelajar.
3. Membuat pinjaman buku dari
PSS dan mengedarkan.
4. Menyemak dan merekod data
bacaan pelajar.
5. Menyimpan dan mengemaskini
BRM NILAM pelajar.
6. Mengesah dan menandatangani
BRM NILAM pelajar.
7. Memastikan Porgram NILAM
berjalan mengikut perancangan. |
| MEREKOD |
| Aktiviti
merekod setelah membaca hendaklah dilakukan dengan mengisi ruang-ruang
dalam Buku Rekod Membaca NILAM (Warna merah jambu untuk SR dan Biru untuk
SM). Guru perlu memberi bimbingan kepada murid (tahap1)untuk mengisi buku
tersebut. Dari masa ke semasa Guru dikehendaki mengesahkan aktiviti bacaan
yang telah dijalankan. |
PENGIKTIRAFAN
Pengiktirafan
ini boleh digunakan sebagai kriteria pemilihan ke sekolah kawalan, sekolah
berasrama penuh, kelas ekspress atau temuduga untuk pekerjaan. |
Pengiktirafan
Program NILAM :
1. Pencapaian
Tahunan - dicatat dalam :
Buku Rekod Kemajuan
Kad Kumulatif
2. Pencapaian
Keseluruhan :
Sijil Berhenti Sekolah
Surat Akuan Sekolah |