PKG - Pusat Konsultansi Anda !
KBKK (Kemahiran Berfikir
Kritis dan Kreatif)
|
|
|
|
Kemahiran
Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Pengenalan
KBKK
Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama
Prof.Jack Zevin (Queens College, New York, USA) telah memperkenalkan
satu model KBKK. Model yang diperkenalkan ini telah mengkelaskan KBKK kepada
empat kategori utama :
1.
Pemikiran kritis
2. Pemikiran kritis
3. Penyelesaian masalah
4. Membuat keputusan
Definasi
berfikir
Terdapat
banyak definasi berfikir pernah dikeutarakan . Antaranya Beyer (1984),
Fraenkel (1980) dan Meyer (1977). Berdasarkan kepada semua pendapat-pendapat
ini, berfikir boleh dirumuskan sebagai :
Proses
penggunaan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,
meneroka pelbagai kemungkinan idea, membuat keputusan atau menyelesaikan
masalah dan seterusnya membuat refleksi terhadap proses pemikiran yang
dialami.
Proses
berfikir
Apabila
timbul sesuatu soalan dan saya mencari jawapannya, saya sedang mengalami
proses berfikir. Untuk mencari jawapan,saya menggunakan segala aspek yang
terdapat dalam minda iaitu :
- apa
yang saya tahu
(pengetahuan)
- menyoal sendiri
(kemahiran kognitif)
- menilai baik buruknya
(sikap atau nilai)
Dengan
demikian, proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, proses
kognitif dan sikap / nilai dalam minda individu.
Kelemahan
dalam berfikir
-
Tiada gambaran
- Tidak tersususn
- Tiada idea
- sempit
- terburu-buru
- kecamuk
- konflik
- salah persepsi
- kabur
Pemikiran
kreatif
Kategori
ini memperluas dan mengembangkan daya imiginasi, inovasi dan kreativiti
pelajar untuk mendapatkan idea-idea baru, banyak dan pelbagai.
Pemikiran
kritis
Kategori
ini melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat
untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna.
Umur
dan keupayaan
Dr. Edward
de Bono mendapati guru-guru dan ibu-bapa sering beranggapan bahawa kanak-kanak
tidak mampu berfikir mengenai pelbagai perkara yang berbeza. Bagaimanapun
setelah peluang diberi, mereka terperanjat dengan kebolehan kanak-kanak
berfikir dan kemampuan mereka di luar batasan umur.
Tingkahlaku
berfikir
Anda ingin
melakukan sesuatu :-
a. Ingin lakukan cara lama atau baru ?
b. Ingin lakukan lebih baik dari dahulu ?
c. Berapa lama untuk melakukannya ?
d. Bilakah ia harus disiapkan ?
e. Adakah orang lain akan membantu untuk melaksanakannya ?
f. Apakah akan terjadi selepas melakukannya ?
g. Apakah kebaikannya ?
h. Apakah keburukannya ?
i. Apakah manfaatnya ?
j. Adakah cara yang lebih mudah melakukannya ?
k. Apakah pilihan lain untuk tidak melakukannya ?
l. Apakah kesan jika tidak melakukannya ?
m. Apakah bahan dan alatannya ?
n. Adakah cara yang lebih cepat ?
o. Adakah cara yang lebih mudah ?
p. Adakah cara yang kurang kesilapan ?
q. Adakah cara kurang kekangan ?
r. Akah akan terjadi selepas melakukannya ?
s. Apakah hasil yang akan terjadi ?
Sikap
yang perlu ke arah mencapai Kemahiran Berfikir
a.
Setiap orang perlu berfikir setiap orang boleh berfikir
b.
Berfikir ialah kemahiran yang boleh dibentuk dan dibangunkan
c.
Anggap diri sendiri sebagai pemikir
d.
Yakinkan diri sendiri akan menjadi pemikir yang bertambah baik
e.
Berfikir memerlukan kemampuan yang deliberate
f.
Perkara yang sukar boleh diselesaikan dengan mudah
g.
Buat tindakan satu persatu
h.
Asingkan ego dari pemikiran . Pastikan objektif pemikiran dapat dicapai
i.
Kegunaan berfikir ialah bukan untuk betul pada setiap masa
j.
Selalu merendah diri rasa bongkak adalah tanda pemikir yang lemah
Membentuk
kemahiran berfikir
Contoh
untuk beberapa ikhtibar supaya kita boleh berubah:
a.
Saya mahu sedikit gam untuk mencantumkan dua keping kayu
Kita dibesarkan
dengan pengalaman bahawa kayu dicantumkan dengan gam. Itulah cara paling
mudah, paling murah dan paling kita sukai. Itulah cara yang ada yang kita
ketahui. Atau itulah cara yang sering tertanam dalam minda kita.
a.
Saya mahu beberapa cara untuk mencantumkan dua keping kayu.
Kita boleh
mengubah paradigma dan dogma dalam minda sendiri. Selalu tanamkan bahawa
setiap satu perkara yang difikirkan mempunyai banyak pilihan lain untuk
melakukannya. Ini melahirkan persepsi dan kemahiran berfikir yang baru.
Contoh
lain :
a.
Saya mahu paku untuk menggantung gambar ini ke dinding
b.
Saya mahu beberapa cara untuk menggantung gambar ini ke dinding
Empat
jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir (1)
Seronok
(cadangan 40%)
-
Imiginartif, gila-gila, spekulatif dan tidak diambil serius. Contoh : bagaimana
kalau kita ada 4 tangan ?
Remote
(cadangan 30%)
-
Besar kemungkinannya benar, ada kebenaran. Contoh : bagaimana nak mengelakkan
kesesakan bandararaya ?
Persekitaran
sedia ada (cadangan 20%)
-
Relevan dengan umur, kumpulan dan persekitaran murid dan minat mereka.
Contoh : sahabat anda cuba mengelak dari bertemu anda dan anda tidak tahu
kenapa. Apakah yang patut anda lakukan ?
Berat
(cadangan 10%)
-
Hal-hal serius yang berkaitan dengan kita (kumpulan pelajar yang belajar
KB) Umur, minat dan situasi kita mempengaruhi pilihan seperti keperluan
, kesusahan kita. Contoh : patutkah remaja merokok ?
Empat
jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir (2)
Gabungkan
2 dari 4 jenis latihan Kemahiran Berfikir setiap kali latihan secara berpasangan
; antara :
a.
seronok
b.
remote
c.
persekitaran sedia ada
d.
berat
Ini penting
supaya ia membina Kemahiran Berfikir akibat dari tiada emosi, prejudis
dan gangguan pengalaman.
17
Prinsip-prinsip berfikir
1.
Konstruktif (jangan negatif)
2.
Berfikir secara perlahan-lahan dan mudah
3.
Elakkan ego, refleksi terhadap pendapat sendiri
4.
Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul
5.
Berfikir secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai)
6.
Fikirkan titik fokus dan penyelesaian dari berfikir
7.
Mampu tukar gear. Tahu bila perlu guna logik, guna kreativiti, guna maklumat
8.
Apakah penyelesaian dari berfikir
9.
Perasaan, emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja)
10. Sentiasa
dan berani mencari serta menggunakan alternatif, persepsi dan idea baru
11. Mampu
berundur dan maju semula
12. Pihak
yang membahas/mempertikai ada melahirkan idea penting ambil idea dan
gunakan idea-idea tersebut.
13. Logik
cuma sebaik persepsi dan maklumat
14. Pandangan
berbeza lahir dari persepsi yang berbeza
15. Semua
tindakan mempunyai kesan dan akibat
16. Setiap
perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain terfikirkannya
17. Manusia
mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru.
Berfikir
secara perlahan-lahan dan mudah
a.
Manusia mampu berfikir walau sebanyak mana sekalipun kalau berfikir secara
perlahan-lahan dan tenang.
b.
Elakkan ego, refleksi terhadap pendapat sendiri
c.
Ego seringkali mempengaruhi pendapat manusia
d.
Fikirkan semula objektif kita berfikir, tujuhala dan kesan dari pendapat
kita sendiri
e.
Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul
f.
Walaupun pendapat kita betul, pendapat orang lain juga adalah baik dan
patut diterima dan dipakai
g.
Ada kemunginan kita tidak menerima pendapat betul orang lain kerana kita
melihat dari persepsi yang salah
Berfikir
secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai)
a.
Berfikir untuk memperoleh sesuatu yang baik, benar dan tepat
b.
Berfikir bukan untuk menyatakan cara kita betul
c.
Tidak perlu untuk membahaskan tentang pendapat orang lain
Fikirkan
titik fokus dan penyelesaian dari berfikir
a.
Kenalpasti apakah titik fokus kita berfikir dan apakah yang ingin dicapai
dari berfikir tadi.
b.
Tentukan satu titik fokus sahaja.
c.
Elakkan terhanyut / tergelincir / terbias dari masa ke masa, dari fasal
ke fasal, dari pendapat ke pendapat.
Mampu
tukar gear. Tahu bila perlu guna logik, guna kreativiti, guna maklumat.
a.
Bijak berfikir adalah juga mahir dalam pelbagai jenis berfikir.
b.
Tahu bila dan bagaimana perlu guna pelbagai teknik berfikir.
Apakah
penyelesaian dari berfikir
a.
Boleh meramal hasil berfkir dan kesan dari berfikir tadi.
b.
Mampu mengenalpasti mengapa rumusan / keputusan dari berfikir tadi boleh
dijayakan.
Perasaan,
emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja)
a.
Perasaan dan emosi juga penting kerana banyak penyelesaian masalah juga
melibatkan pihak lain / manusia.
b.
Gunakan perasaan dan emosi di masa yang sesuai
c.
Perasaan dan emosi digunakan di awal, ia akan mempengaruhi persepsi dan
tindakan.
Sentiasa
cari alternatif, persepsi dan idea baru
a.
Cari alternatif baru, penerokaan baru, persepsi baru, kemungkinan bertindak,
pendelatan yang berlainan dan pelbagai.
Mampu
berundur dan maju semula
a.
Memikirkan semula senario sebenar secara terperinci.
b.
Keluasan skop membantu menjana alternatif, berpindah dari idea ke idea,
menghubung kait idea.
c.
Berundur menyusun semula langkah, memperbarui pendapat dan bertindak.
Pihak
yang membahas/mempertikai ada melahirkan idea penting ambil idea dan
gunakan idea-idea tersebut.
a.
Ambil semua idea. Ada kala idea yang baik bercampur dengan idea kurang
baik.
b.
Idea yang baik boleh diperbaiki dan digunakan
c.
Idea yang kurang baik boleh digabungkan dengan idea lain untuk menjadikan
idea yang lebih baik.
Logik
cuma sebaik persepsi dan maklumat
a.
Pendapat / pilihan / tindakan ramai orang merupakan pendapat / pilihan
/ tindakan yang terbaik baru & masih diketahui.
Mungkin
ada pendapat / pilihan / tindakan lain yang sama baik tetapi belum diketahui.
a.
Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan yang lebih baik dari persepsi
lain pula.
b.
Logik baru boleh muncul dari dogmatik lama.
Pandangan
berbeza lahir dari persepsi yang berbeza
a.
Apabila ada pendapat betul, semua pendapat lain seringkali dianggap salah.
b.
Persepsi lahir dari maklumat berbeza, pengalaman berbeza, cara pandangan
berbeza.
c.
Seseorang perlu peka pada pelbagai jenis persepsi yang berbeza
Semua
tindakan mempunyai kesan dan akibat
a.
Bukan semua hasil berfikir menghasilkan tindakan.
b.
Berfikir juga boleh menghasilkan pelan tindakikut, penyelesaian masalah,
mereka bentuk, pilihan atau keputusan yang diikuti dengan tindakan.
c.
Tindakan mempunyai kesan dan akibat pada manusia, hidupan dan alam.
Setiap
perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain terfikirkannya
a,
Perkara yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada pengalaman lalu
b.
Masih ada cara lain untuk melakukan sesuatu yang belum kita ketahui, kita
temui dan belum terlintas dalam fikiran manusia.
Manusia
mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru.
a.
Manusia boleh berkreatif apabila diberi peluang
Pemikiran
biasa
Teknik
ini kita pelajari secara tidak disedari semasa menjalani proses kegidupan
seharian. Kecenderungan ini perlu dikikis supaya dapat menghaslkan idea
bermutu. Tujuh (7) ciri pemikiran biasa :
1.
Pengulangan mempengaruhi minda
2.
Dikongkong oleh pengamatan mata
3.
Dikuasai niat dan kepentingan peribadi
4.
Pengalaman pertama memberi tanggapan untuk seterusnya
5.
Mengutamakan kepentingan
6.
Kuat dipengarui pengalaman peribadi
7.
Cepat bertanggapan ekstrim
Kelemahan
dalam berfikir
Logik
tradisional (pemikiran vertikal)
a.
Silogisme
b.
Silogisme bersyarat
c.
Silogisme hipotetikal
Silogisme
Silogisme
ialah argumen yang mengandungi dua premis dan satu kesimpulan. Contoh :
|
Premis
1 |
Premis
2 |
Kesimpulan |
| a. |
Pelajar
yang rajin akan berjaya |
Halim
seorang pelajar yang rajin |
Halim
akan berjaya |
| b. |
Orang
alim memakai jubah dan janggut |
Pak
Haji memakai jubah dan janggut |
Pak
Haji adalah orang alim. |
Silogisme
bersyarat
Silogisme
ialah argumen yang mengandungi dua premis yang menjadi syarat dan satu
kesimpulan. Premis 1 menjadi syarat utama dan Premis 2 menjadi syarat kecil.
Contoh :
|
Premis
1 (syarat utama) |
Premis
2 (syarat kecil) |
Kesimpulan |
| a. |
Kalau
kamu masuk masuk universiti, |
kamu
akan berjaya. |
Kamu
sedang belajar di universiti, maka kamu tentu akan berjaya. |
| b. |
Kalau
Malaysia menggunakan Bah.Inggeris, |
Malaysia
akan jadi negara maju. |
Malaysia
sekarang tidak menggunakan Bahasa Inggeris, maka Malaysia tidak akan jadi
negara maju. |
Contoh
lain :
Bintang
jelita pujaan kita, Siti Norhaliza menggunakan sabun krim pelembab muka
jenama Xiannasa. Anda juga akan mengunakan krim pelembab muka jenama Xiannasa,
maka anda akan jadi jelita seperti bintang pujaan anda.
Silogisme
hipotetikal
Silogisme
hipotetikal ialah silogisme yang mempunyai proposisi hipotesis yang terdapat
anteseden dan konsekuen di dalamnya. Contoh :
|
Proposi
hipotesis |
Proposi
hipotesis |
Kesimpulan |
|
Bahagian
1 |
Bahagian
2 |
Konsekuen |
| a. |
Kalau |
menangis |
air
mata mesti keluar |
| b. |
Kalau |
mahal |
Itu
tanda barangan baik. |
| c. |
Kalau |
Pak
Haji memakai jubah dan janggut |
hari
akan hujan |
| d. |
Kalau |
bukan
hidup |
tentu
ia mati |
Contoh
lain :
a.
Kalau berjaya di sekolah rendah, tentu akan berjaya ke universiti.
b.
Kalau mamalia ada paru-paru, tentu paus dan kelawar ada paru-paru.
c.
Kalau gempa bumi ada di Indonesia, tentu gempa bumi ada di Malaysia.
Teknik
analisis sifat (pemikiran kritikal)
Merombak
struktur pemikiran yang sedang dan sering digunakan. Ini bertujuan untuk
menerbitkan idea baru. Contoh : tongkat orang buta.
| Bil |
Sifat |
Bagaimana
kalau...... |
| a. |
Dibuat
daripada aluminium |
Dibuat
daripada grafit ? |
| b. |
Bentuk
silinder panjang |
Pipih
/ segiempat / leper ? |
| c. |
Boleh
dilipat |
Boleh
laras sorong masuk seperti arial radio / tripod kamera ? |
| d. |
Warna
krom |
Grafit
/ plastik jernih ? |
| e. |
Krom
sadur berkilat |
Grafit
jernih boleh dibubuh lampu dan berkelip-kelip / pancar sinar ? |
| f. |
Tiada
asesori tambahan |
Asesori
bunyi signal menandakan halangan spt tembok, longkang dll. |
| g. |
Tiada
asesori kecemasan |
Asesori
kecemasan seperti kecurian, sesat dll. |
| h. |
Tali
supaya tidak terlepas dari pegangan |
Ada
tali dan tambahan asesori bunyi peluit jika tercicir / kehilangan. |
| i. |
Berat |
Ringan
dan boleh terapung di dalam air |
| j. |
Ketinggian
yang piawai |
Mudah
laras mengikut ketinggian pengguna. |
Pemikiran
kritis lahir dari kreatif dan pengalaman
| Bil |
Kritis |
Punca
kreatif |
| a. |
Arkitek
maritim Amerika mengkaji supaya pergerakan kapal lebih laju semasa di laut |
Arkitek
dapat ilham dengan mengkaji pergerakan ikan lumba |
| b. |
Pereka
fesyen YSL ingin menjual lebih banyak pakaian |
Mengubahsuai
fesyen lama |
| c. |
Mengurangkan
serangan musuh padi seperti tikus |
Membiakkan
musuh semulajadi tikus seperti burung hantu |
| d. |
Jurutera
R&D ingin mencipta bumbung yang boleh berubah warna dan membalik/menyerap
haba mengikut cuaca yang berubah-ubah |
Mengkaji
fenomena perubahan cicak kobeng |
| e. |
Pakar
penternakan ingin menghasilkan baka lembu yang besar dan tahan penyakit |
Mengahwinkan
lembu dengan seladang. |
Proses
asas berfikir
1.
Keluasan / tertentu
2.
Tumpuan (projection)
3.
Mengarah ke arah penumpuan
4.
Pengecaman dan muat tepat
5.
Pergerakan dan alternatif
Keluasan/tertentu
, umum/terperinci
Analoginya
:
Bayangkan
kita menemui seekor harimau yang baru wujud di dunia. Dari jauh kita nampak
bentuk sahaja yang jelas (keluasan / umum / tidak tepat / tidak khusus),
semakin mendekat baharulah kita dapat mengenali rupa sebenar haiwan itu
berbulu halus, bertelinga kecil, berbulu pendek di telinga, berkuku dll.
(terperinci / tepat / khusus). Pemikir yang baik boleh mengenali sesuatu
perkara dari umum kepada tepat dan juga sebaliknya dari tepat kepada umum.
Contoh
1
Bentuk
umum - Tolong dapatkan saya minuman (Bagaimanakah anda dapat memenuhi
permintaannya dengan tepat?)
Bentuk
terperinci - Tolong dapatkan saya minuman Milo panas tanpa ais.
Contoh
lain :
a.
Carikan beberapa cara untuk saya sangkutkan gambar hiasan ini ke dinding
ruang tamu.
b.
Tolong lukiskan saya sekeping gambar lukisan.
Tumpuan
/ membayangkan tampak
Tumpuan
memberi maksud membayangkan, berimiginasi, membayang tampak sesuatu dalam
minda. Ia sebahagian asas dari pemikiran kerana kita tidak dapat memastikan
setiap satu yang berlaku dalam kehidupan. Kita cuma ingin melihat apa akan
berlaku dan menumpukannya dalam minda kita. Tumpuan itu mungkin tidak benar
tetapi kita mendapat sedikit petunjuk darinya.
Contoh
:
a.
Apa akan terjadi sekiranya semua pengangkutan disediakan percuma ?
b.
Apa akan terjadi sekiranya kutub utara mencair menjadi air ?
Mengarah
ke tumpuan
Semua
pertanyaan dan soalan adalah mengarah ke tumpuan. Bagaimanapun, arahan
juga mengarah ke tumpuan. Tumpuan selalunya terbentuk dari 3 cara :
1.
Sebarang perkara yang menarik perhatian dan perasaan
2.
Tabiat perhatian yang dibentuk melalui pengalaman dan amalan
3.
Tarikan dari satu butiran ke satu butiran
Contoh
:
a.
Tumpukan perhatian anda ke arah cara membuat reban ayam
b.
Tumpukan perhatian anda kepada perbandingan dua set mesin pencuci kain
ini.
c.
Fokuskan kepada penjajahan barat ke atas kerajaan timur dalam abad ke 19
d.
Fokuskan kepada kaedah-kaedah mengatasi masalah buta huruf di kalangan
pelajar.
Pengecaman
dan muat tepat
Otak menyimpan
pola dan corak yang dibentuk dari pengalaman. Pola kita memakai baju membuat
kita memakai baju secara otomatis tanpa berfikir bagaimana langkah-langkah
untuk memakai baju. Bagaimanapun sebab untuk berfikir ialah untuk menyediakan
corak-corak berfikir yang routine supaya kita dapat menjalani kehidupan
melalui corak-corak berfikir yang wujud tadi.
Contoh
:
a.
Langkah-langkah untuk berpakaian ?
b.
Langkah-langkah untuk menyeberang jalan raya ?
c.
Langkah-langkah untuk makan nasi ?
Pergerakan
dan alternatif
Pergerakan
bermaksud bagaimana untuk ke hadapan dari titik ini. Ia mungkin sekali
provokasi, di luar pengalaman dan menongkah arus ilmu semasa. Pergerakan
termasuklah integrasi, penggabungjalinan, penyerapan, penyatuan. Ia sering
dilihat sebagai igauan, mimpi, lamunan. Namun ia melahirkan alternatif.
Contoh
:
a.
Provokasi : kereta mempunyai tayar persegi empat
b.
Provokasi : apakah alternatif yang ada ?
d.
Provokasi : apa berikutnya ?
Contoh
pelajar pintar dan bijaksana
Guru
: Kelas kita ada 10 orang murid. Empat orang sakit kepala, berapa
orang yang akan hadir ke kelas ?
Pintar
: Enam orang, cikgu
Bijak
: Kalau ada murid yang sakit kepala datang jugak ke sekolah, cikgu
?
Kepintaran
vs. Kebijaksanaan
Analogi
:
Pintar
adalah kereta.
Bijaksana
adalah pemandu.
Pemandu
yang cekap tidak menyebabkan kereta kemalangan. Dia boleh melajukan kereta
setakat kemampuan kereta itu sahaja. Alangkah baiknya kalau kereta itu
memang kereta yang laju.
Pintar
adalah kereta.
Bijaksana
adalah pemandu.
Kereta
yang laju boleh cepat sampai ke destinasi. Ia juga akan paling lewat sampai
sekiranya pemandunya tidak cekap. Ia mungkin kemalangan kerana ketidakcekapan
pemandunya.
Kepintaran
adalah berasaskan logik (ilmu). Ia menentukan kita boleh menjawab teka-teki
dan menjawab soalan peperiksaan. Ia boleh dipelajari. Kebijakasanaan boleh
dipelajari dan dipupuk. Ia membaiki persepsi kita. Manusia pintar mungkin
tidak bijaksana. Orang bijaksana mungkin tidak pintar.
Bagaimana
orang pintar (IQ tinggi) bukan pemikir yang baik.
*(Secara
mudahnya, ramai pelajar IQ tinggi mudah mengingat fakta serta berjaya dalam
bidang akademik)
1.
Orang mempunyai IQ tinggi (cerdas / intelek) tidak semestinya pandai berfikir
tetapi mereka tidak pernah diajar berfikir
2.
Mengambil satu sudut pandangan mengikut ilmu yang dipelajari ; dan kemudian
mempertahankan pandangan tersebut dengan menggunakan IQ / kepintaran /
hujah mereka
3.
Suka mempertahankan hujah berdasarkan kepintaran (diperoleh dengan ilmu
pengetahuan) ; lalu mereka merasa tidak perlu meneroka sesuatu perkara
dengan lebih luas dan mendalam
4.
Berasa tidak kerlu mendengar pendapat lain yang bertentangan dengan ilmu
(kepintaran) mereka
5.
Boleh jadi ego kerana ia suka pada yang betul (logik ilmu sahaja)
6.
Suka mengkritik pandangan orang lain atau memberi pendapat mengenai pandangan
orang lain.
7.
Dilatih untuk tidak melakukan kesilapan / menjauhi kesilapan. Akan diberi
celaan / pangkah / tiada markah untuk sebarang kesalahan.
8.
Tidak berminat memberi jawapan yang spekulatif. Berminat untuk jawapan
betul atau salah sahaja.
9.
Takut membuat spekulasi kerana ada risiko untuk salah
10.Takut
membuat kesilapan
Antara
contoh Kemahiran berfikir
Merancang
Menyampaikan
maklumat
Mendapat
bukti
Berimiginasi
Membuat
konsentrasi
Membuat
keputusan
Menjelaskan
Mengumpul
maklumat
Mempersembahkan
maklumat
Menyenaraikan
Memberi
idea baru
Mengaitkan
Mengenal
pasti maklumat
Menyusun
maklumat
Membahas
Mengkategorikan
Mengkelaskan
Mengenal
pasti idea utama
Mengecam
falasi
Memerhati
yang ganjil
Bekerja
ke belakang
Meramal
Mengenal
pasti andaian
Menghubungkait
Mengenal
pasti kecondongan
Menyusun
atur maklumat
Membuat
pemerhatian yang tepat |
Membanding
dan membeza
Mengecam
corak / pola
Membuat
sistesis
Membuat
induksi
Menginterpretasi
Membuat
deduksi
Menerangkan
Memberi
sebab
Memberi
alasan
Memberi
akibat
Membuat
inferens
Menaakul
Membuat
generalisasi
Menyelesaikan
masalah
Memberi
pandangan
Menterjemahkan
Menghuraikan
Menilai
Menganalisis
Membuat
analogi
Membuat
hipotesis
Mengkritik
Menjustifikasikan
Membuat
kesimpulan
Merumus
CoRT
1
CoRT
4 |
Alat
pengukuran KBKK
1.
Lembaran pengurusan lisan (LPL)
2.
Soalan dan penyoalan (SP)
3.
Mandala ingatan (MI)
4.
Lembaran pengurusan grafik (LPG)
5.
CoRT 1 (Cognitive Research Trust)
6.
Peta Minda (PM)
Mandala
Ingatan
Contoh
:
1.
Apakah perasaan anda bila melihat kemalangan ini ?
2.
Siapa yang sering terlibat dalam kemalangan ?
3.
Siapa yang menemui kemalangan itu ?
4.
Bila kemalangan kerap berlaku ?
5.
Bila kemalangan itu terjadi ?
6.
Di mana kemalangan selalu berlaku ?
7.
Di mana luka / parah ?
8.
Di mana pemandu / penumpangnya di bawa ?
9.
Bagaimana urutan peristiwa kemalangan itu berlaku ?
10. Bagaimana
kemalangan itu boleh berlaku ?
11. Bagaimana
kemalangan tersebut boleh dielakkan ?
12. Kenapa
pengguna jalan raya semain cuai terutamanya menjelang cuti penggal persekolahan
?
13. Kenapa
kemalangan itu terjadi ?
Strategi
aktiviti
| Aktiviti
KBKK |
Kemahiran
berfikir |
| Membanding
dan membeza |
Menaakul,
menganali-sis, mengenal pasti persamaan dan perbezaan, membuat kesimpulan. |
| Dramatik
dan emosi |
Menganalisis,
menilai, membuat kesimpulan |
| Rangka
rujuk |
Memikir
secara kreatif, mencapah, menganalisis, menilai , membuat kesimpulan |
| Misteri
/ masalah |
Menyelesaikan
masalah, membuat kesimpulan |
| Kontrovesi
/ perbahasan / pertikaian |
Menganalisis,
membezakan fakta dengan andaian. |
Konsep
berfikir
Berfikir
ialah satu proses mental yang terdiri daripada :
(a) Operasi
kognitif :
Kemahiran
berfikir yang biasa dilakukan.
Contoh
: Membanding dan membezakan
(b) Operasi
meta-kognitif :
Memikir
tentang fikiran.
Contoh
: Semasa membanding dan membezakan, kita memikir tentang jenis kemahiran
berfikir yang digunakan.
Contoh
soalan-soalan untuk pemikiran kritis
1.
Apakah persamaan dan perbezaan di antara
... dengan
.
.?
2.
Bagaimanakah kita boleh mengelas-kan / mengkategorikan
?
3.
Apakah idea-idea utama dalam
.?
4.
Bagaimanakah anda tahu
..?
5.
Mengapakah anda memilih
?
6.
Apakah bukti untuk menyokong kesimpulan anda ?
7.
Mengapakah
. berlaku ?
8.
Apakah interpretasi yang boleh dibuat mengenai
..?
Contoh
soalan-soalan untuk pemikiran kreatif
1.
Sekiranya
..(syarat) ini diubah, apakah akan terjadi ?
2.
Apakah ramalan / rumusan / kesimpulan yang boleh dibuat mengenai
..
.
?
3.
Apakah idea / pilihan / dsb yang lain / baru untuk
.
...?
4.
Apakah perhubungan / perkaitan di antara
dengan
..?
5.
Apakah pola / corak yang dapat dilihat mengenai
?
6.
Apakah pendapat anda tentang
.?
7.
Apakah generalisasi / hipotesis yang boleh dibuat berdasarkan kepada
.
?
Contoh
soalan-soalan untuk membuat keputusan
1.
Apakah pilihan-pilihan / alternatif yang mungkin
..?
2.
Apakah akibat sesuatu pilihan
.
?
3.
Apakah kriteria-kriteria untuk membuat keputusan untuk
..
?
4.
Pilihan yang manakah yang terbaik berdasarkan kepada kriteria
...?
Contoh
soalan-soalan untuk menyelesaikan masalah
1.
Apakah sebenarnya yang menyebabkan (masalah)
...itu berlaku ?
2.
Apakah cara-cara yang mungkin untuk menyelesaikan (masalah)
itu ?
3.
Cara penyelesaian manakah yang terbaik untuk menyelesaikan (masalah)
...itu.
Mengapa ?
4.
Apakah kesan-kesan bagi setiap cara penyelesaian yang telah dilaksanakan
?
5.
Apakah andaian kesan yang terjadi jika mana-mana satu cara penyelesaian
itu dilaksanakan ?
Soalan
dan penyoalan
Contoh
:
Sudin
pukul kucing
Shaari
bermain dengan kucing
Cuba bandingkan
Soalan
dan penyoalan kurang mencabar minda
1.
Sudin pukul apa ?
2.
Shaari bermain dengan siapa ?
3.
Apakah haiwan itu ?
Soalan
dan penyoalan merangsang minda
1.
Apa berlaku bila kucing kena pukul ? (Kemahiran meramal)
2.
Bandingkan watak Sudin dengan Shaari (Kemahiran membanding)
3.
Kenapa Sudin memukul kucing ? (Kemahiran memberi sebab)
Lingkaran
soalan
Lingkaran
soalan ialah bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop skop tertentu.
Perkara
(P) merujuk kepada idea, isu, tajuk, tema, peristiwa atau teks.
Individu
(I) merujuk kepada individu yang terlibat
Luar individu
(LI) merujuk kepada masyarakat, kawasan, daerah, negeri, negara dan luar
negara.
Contoh
Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu)
P -
Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim.
I -
Pada pendapat anda, buah- buah apakah yang mempunyai potensi untuk diekspot
secara besar - besaran ?
LI - Apakah
buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang Jepun ? Apakah
peluang terhadap
industri
buah-buahan di Malaysia ?
Gabungan
Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu)
Lingkaran
soalan dapat digabungkan menjadi soalan-soalan yang dapat meningkatkan
soalan berfikir.
1 = Perkara
2 = Individu
3 = Luar
individu
4 = Perkara
+ individu
5 = Individu
+ luar individu
6 = Perkara
+ luar individu
7 = Perkara
+ individu + luar individu
Contoh
gabungan Lingkaran soalan P+I (Perkara + individu)
Pada pendapat
anda (I) , bagaimanakah industri buah-buahan tempatan (P) dapat dimajukan
?
Contoh
gabungan Lingkaran soalan I+LI (Individu dan luar individu)
Pada pendapat
anda (I) , mengapakah kerajaan Malaysia tidak menggalakkan rakyatnya membeli
durian dari Negara Thai (LI) ?
Contoh
gabungan Lingkaran soalan P+LI (Perkara + luar individu)
Apakah
perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan dari luar
negara (LI) ?
Contoh
gabungan Lingkaran soalan P+I+LI (Perkara + individu + luar individu)
Buah-buahan
tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) berbanding buah-buahan negara bukan
tropika (LI) . Adakah anda (I) bersetuju dengan pendapat ini ? Beri alasan
anda.
Penyelesaian
masalah
Kategori
ini melibatkan satu proses yang kompleks, terdiri daripada langkah-langkah
berikut yang mungkin berulang-alik :
1.
mengenalpasti / mentafsir masalah
2.
mencari cara-cara penyelesaian
3.
memilih cara penyelesaian yang terbaik
4.
melaksana cara penyelesaian yang terpilih
5.
memeriksa kesan penyelesaian.
Membuat
keputusan
Kategori
ini melibatkan proses yang agak rumit dan terdiri daripada langkah-langkah
berikut :
1.
Menjana pilihan-pilihan
Melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif untuk menghasilkan pilihan-pilihan
alternatif.
2.
Menentukan akibat sesuatu pilihan
Melibatkan kemahiran menentukan akibat sebagai satu pilihan
3.
Memilih pilihan terbaik berdasarkan kepada kriteria
Melibatkan kemahiran menetukan kriteria, keutamaan kriteria, menilai pilihan-pilihan
dan membuat pilihan terbaik.
Peta
Minda
Kegunaan
:
1.
Mengambil nota
2.
Simpanan nota ringkas
3.
Memanggil maklumat
4.
Mengembangkan isi
5.
Menyelesaikan masalah
Peta Minda
(Mind Mapping)
Peta Minda
disesuaikan / mempunyai perkaitan rapat dari bentuk saraf otak manusia.
Kebetulan ia juga boleh dikaitkan dengan bentuk dan kekukuhan akar tumbuhan.
Peta Minda
digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Ia boleh digunakan
mengikut kesesuaian. Guru dan pelajar boleh membuat Peta Minda mengikut
aktiviti yang dijalankan.
Peta Minda
yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana
ia dibuat berdasarkan kefahaman, cara mengingat dan cara mengolah yang
amat tersendiri dan bersifat individu.
Antara
bentuk Peta Minda adalah :
1.
Pengkelasan (PM1)
2.
Rantai urutan (PM2)
3.
Kitaran (PM3)
4.
Kitaran (berpusat) (PM4)
5.
Tangga hiraki (PM5)
6.
Pohon fikiran (PM6)
7.
Pengkelasan (berpusat) (PM7)
Panduan
membuat Peta Minda (1)
Bahan
:
1.
Pen / pensel berwarna
2.
Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas
lukisan adalah dianggap baik)
Persediaan
:
a.
Kenalpasti konsep / idea utama
b.
Bina dengan pantas
c.
Bina dengan riang dan positif
d.
Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan
e.
Dalam keadaan selesa & tenang
f.
Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri.
Panduan
membuat Peta Minda (2)
Langkah-langkah
dalam membina Peta Minda :
1.
Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas
2.
Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau gambar yang
sesuai
3.
Bentuk cabang-cabang kasar dari tajuk utama satu cabang untuk satu isi
utama
4.
Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang
5.
Lakar cabang-cabang kecil yang halus sedikit dari cabang utama. Tuliskan
maklumat tambahan
6.
Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran
7.
Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang
tambahan. Tuliskan maklumat tambahan
Strategi
membuat Peta Minda
Strategi-strategi
untuk menjadikan Peta Minda lebih bermakna dalam ingatan :
1.
Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya.
2.
Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang tambahan
berikutnya.
3.
Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah
kita
4.
Gunakan anak panah / warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau
cabang-cabang
5.
Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan
Lembaran
Pengurusan Lisan
Lembaran
Pengurusan Lisan boleh digunakan sebagai panduan menjalankan kemahiran
berfikir mengikut kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Contoh
:
Kemahiran
menyelesaikan masalah.
a.
Apakah masalahnya ?
b.
Apakah masalah utama dan masalah sampingan ?
c.
Bagaimana cara meneyelesaikan masalah utama dan masalah sampingan ?
d.
Apakah cara penyelesaian yang terbaik ?
e.
Apakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ?
Lembaran
Pengurusan Lisan (LPL 1) : Mengkelas
1.
Kenal pasti ciri-ciri umum sekumpulan item
2.
Beri nama kepada kumpulan item itu
3.
Kenal pasti ciri-ciri lain
4.
Masukkan ciri-ciri yang sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil
5.
Ulangi langkah-langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam
satu kumpulan.
Lembaran
Pengurusan Lisan (LPL 2) : Membanding
1.
Perhatikan item yang dibandingkan
2.
Kenal pasti satu daripada ciri-ciri itu
3.
Tentukan sama ada item lain mempunyai ciri yang sama
4.
Nyatakan ciri-ciri yang sama dan berbeza
5.
Membuat kesimpulan
Lembaran
Pengurusan Lisan (LPL 3) : Membuat urutan
1.
Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut nilai, abjad,
saiz, corak atau masa
2.
Ambil satu item sebagai asas
3.
Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan
jenis susunan yang ditentukan
4.
Semak semula susunan tersebut
Lembaran
Pengurusan Lisan (LPL 4) : Menyusun mengikut keutamaan
1.
Tentukan matlamat
2.
Ambil satu item sebagai asas
3.
Ambil item yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih
dekat dengan matlamat
4.
Jika lebih dekat dengan matlamat, letakkan di atas sebagai item asas.
Jika tidak letakkan di bawah.
5.
Ulangi langkah-langkah di atas bagi item yang lain satu demi satu.
6.
Membuat kesimpulan
Lembaran
Pengurusan Lisan (LPL 5) : Mentafsir maklumat
1.
Kumpulkan maklumat
2.
Tentukan pola maklumat
3.
Buat keputusan
Lembaran
Pengurusan Lisan (LPL 6) : Meramal
1.
Perhatikan atau kumpulkan maklumat
2.
Tentukan corak atau pola yang terdapat dalam kumpulan maklumat
3.
Buat jangkaan yang paling sesuai
Lembaran
Pengurusan Lisan (LPL 7) : Menerangkan sebab
1.
Apakah kemungkinan sesuatu kejadian itu berlaku ?
2.
Apakah bukti-bukti yang kemungkinan itu berlaku ?
3.
Nyatakan perincian bukti yang dikenalpasti
4.
Bukti yang manakah paling nyata (jika ada)
Lembaran
Pengurusan Lisan (LPL 8) : Mengusul periksa andaian
1.
Perhatikan sesuatu situasi
2.
Nyatakan mengapa situasi sedekian terjadi
3.
Berikan satu jawapan yang rasional sebagai andaian
4.
Semak semula sama ada andaian tersebut boleh diuji atau tidak
Lembaran
Pengurusan Lisan (LPL 9) : Membuat inferens
1.
Perhatikan sesuatu situasi
2.
Nyatakan sebab situasi sedemikian terjadi
3.
Semak alasan sama ada berasaskan pendapat atau pertimbangan
4.
Cari alasan lain
Lembaran
Pengurusan Lisan (LPL 10) : Menjana idea
1.
Tetapkan tajuk perbincangan
2.
Senaraikan semua idea yang dikemukakan
3.
Renung kembali idea yang dikemukakan
4.
Tambah lagi idea jika ada
5.
Hubungkait idea yang telah disambungkan.
Lembaran
Pengurusan Lisan (LPL 11) : Membuat gambaran mental
1.
Bayangkan matlamat tertentu
2.
Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental
3.
Bayangkan langkah semi langkah yang berlaku ke arah matlamat
4.
Lihat keseluruhan gambaran
Lembaran
Pengurusan Lisan (LPL 12) : Membuat analogi
1.
Bandingkan dua item / perkara yang tidak sama
2.
Cari sifat-sifat yang sama yang boleh dihubungkaitkan
3.
Nyakan hubungkait sebagai metafora
Lembaran
Pengurusan Lisan (LPL 13) : Penyelesaian masalah
1.
Apakah masalahnya ?
2.
Apakah masalah utama dan apakah masalah sampingan ?
3.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ?
-
Masalah utama
-
Maslah sampingan
4.
Apakah cara penyelesaian yang terbaik ?
5.
Adakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ?
Lembaran
Pengurusan Lisan (LPL 14) : Membuat keputusan
1.
Kenalpasti alternatif-alternatif yang boleh diambil bagi membuat keputusan
2.
Apakah kesan/akibat dijangka timbul apabila alternatif dilaksanakan, sama
ada baik atau buruk.
3.
Nyatakan pilihan yang terbaik
4.
Apakah kriteria utama pilihan tersebut dibuat ?
5.
Apakah keputusan terbaik bagi memenuhi matlamat.
Lembaran
pengurusan grafik (LPG)
Lembaran
Pengurusan Grafik digunakan untuk mengumpul, menyenarai dan menganalisis
fakta dan data untuk membantu menghurai masalah / situasi / kandungan.
Antara LPGnya adalah :
1. Membanding
dan membeza
2. Mengkelaskan
3. Membuat
urutan
4. Menyusun
mengikut keutamaan
5. Membuat
ramalan
6. Menerangkan
sebab
7. Mengusul
periksa andaian
8. Membuat
inferens
9. Mentafsir
maklumat
10. Membuat
gambaran mental
11. Membuat
analogi
12. Membuat
keputusan
CoRT
(Cognitive Research Trust)
Terdapat
enam program CoRT (Cognitive Research Trust) yang telah dicipta oleh Dr.
Edward de Bono. CoRT direkacipta supaya mudah dan praktikal. Terbahagi
kepada 6 bahagian yang setiap satu mempunyai 10 pelajaran :
CoRT 1
Keluasan (memperluaskan persepsi.)
CoRT 2
- Organisasi
CoRT 3
- Interaksi
CoRT 4
Kreativiti (memperluas pemikiran lateral dan kreatif.)
CoRT 5
Maklumat dan rasa
CoRT 6
Tindakan
Pembahagian
CoRT
CoRT 1
terbahagi kepada 3 bahagian :
1. logik
dan persepsi
-
CAF
-
APC
2. nilai
-
OPV
-
C&S
-
PMI
3. fokus
dan punca
-
AGO
-
FIP
CoRT
1 (Cognitive Research Trust)
Mengandungi
alat persepsi untuk membawa ke arah pengamatan. Setiap alat CoRT1 diberi
nama berasaskan singkatan frasa. Ia mempunyai kegunaan untuk untuk melahirkan
persepsi dan mudah dipelajari / digunakan.
1.
Plus, Minus, Interesting (Baik, tidak baik, menarik)
2.
Consider all factors (Mengambil kira semua faktor)
3.
Consequences and sequel (Meramalkan sebab dan akibat)
4.
Aims, Goals and Objectives (Tujuan, matlamat dan objektif)
5.
First, Important Priorities (Memberikan keutamaan kepada yang terpenting)
6.
Other Peoples View (Pandangan orang lain)
7.
Alternatives, Possiblities and Choices (Pelbagai pilihan, kemungkinan)
CoRT 1
& kognitif
Fokus
: akademik
CoRT1
|
Kegunaan
|
Contoh
kognitif
|
PMI
|
Untuk
menangani idea dari segi kelebihan, kekurangan dan keistimewaan
|
Membantu
ibu di rumah. Bincangkan
|
CAF
|
Mengambil
kira semua faktor yang terlibat
|
Apakah
faktor-faktor yang menyebabkan pekerja asing datang ke Malaysia ?
|
C&S
|
Meramalkan
kesan dan akibat yang berturutan
|
Apakah
kesan yang timbul jika siaran televisyen 24 jam dilaksanakan ?
|
AGO
|
Tujuan,
matlamat dan objektif
|
Apakah
tujuan dan matlamat maharaja Hirohito menjadikan sebuah negara moden ?
|
FIP
|
Memberi
keutamaan kepada yang terpenting
|
Apakah
perkara yang perlu diberi keutamaan oleh Raja Mongkut dalam pemodenan kerajaan
Siam ?
|
OPV
|
Mendapatkan
pandangan orang lain
|
Pak Sako
dilabel sebagai penghasut rakyat oleh Kerajaan British di Malaya. Apakah
pandangan anda ?
|
APS
|
Pilihan-pilihan
dan kemungkinan
|
Senaraikan
kemungkinan kekangan dalam pembinaan industri otomobil di Malaysia dan
pilihan-pilihan yang ada dalam mengatasi kekangan kekangan itu
|
CoRT 1
& meta kognitif
Fokus
: Penyelesaian masalah kendiri
CoRT1
|
Kegunaan
|
Contoh
kognitif
|
PMI
|
Untuk
menangani idea dari segi kelebihan, kekurangan dan keistimewaan
|
Pilih
lembaran pengurusan grafik yang sesuai untuk melihat masalah itu dari pelbagai
perspektif.
|
CAF
|
Mengambil
kira semua faktor yang terlibat
|
Apakah
faktor-faktor yang menyebabkan kita tidak bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan
akademik ?
|
C&S
|
Meramalkan
kesan dan akibat yang berturutan
|
Apakah
kesan yang timbul jika saya memilih untuk menghafal berbanding dengan memahamkan
fakta- fakta penting dalam tajuk hakisan dan luluhawa ?
|
AGO
|
Tujuan,
matlamat dan objektif
|
Apakah
objektif saya semasa belajar teknik-teknik belajar yang betul ?
|
FIP
|
Memberi
keutamaan kepada yang terpenting
|
Apakah
perkara yang perlu diberi keutamaan dalam menyelesaikan kekangan masa belajar
di rumah ?
|
OPV
|
Mendapatkan
pandangan orang lain
|
Apakah
pendapat anda cara penyelesaian masalah saya ini berkesan selepas dilaksanakan
?
|
APS
|
Pilihan-pilihan
dan kemungkinan
|
Apakah
pilihan yang ada untuk saya membaiki kelemahan saya dalam pelajaran ?
|
CoRT 1
& meta kognitif
Fokus
: Persekitaran
CoRT1
|
Kegunaan
|
Contoh
kognitif
|
PMI
|
Untuk
menangani idea dari segi kelebihan, kekurangan dan keistimewaan Malaysia
melaksana program gunasama basikal secara percuma dan dimiliki kerajaan.
|
Malaysia
melaksana program gunasama basikal secara percuma dan dimiliki kerajaan.
Anda mengguna basikal dan meninggalkannya untuk digunakan oleh orang lain
pula.
|
CAF
|
Mengambil
kira semua faktor yang terlibat
|
Keluarga
anda meilih satu tempat untuk berkelah. Apakah faktor-faktor yang perlu
diambil kira untuk pergi ke percutian tersebut ?
|
C&S
|
Meramalkan
kesan dan akibat yang berturutan
|
Beberapa
negara menggunakan tol untuk lebuhraya. Apakah alternatif lain kepada pengguna
untuk menjelaskan bayaran selain dari tol yang digunakan ?
|
AGO
|
Tujuan,
matlamat dan objektif
|
Apakah
objektif saya semasa belajar teknik-teknik belajar yang betul ?
|
FIP
|
Memberi
keutamaan kepada yang terpenting
|
Apakah
perkara yang perlu diberi keutamaan dalam menyelesaikan kekangan masa belajar
di rumah ?
|
OPV
|
Mendapatkan
pandangan orang lain
|
Apakah
pendapat anda cara penyelesaian masalah saya ini berkesan selepas dilaksanakan
?
|
APS
|
Pilihan-pilihan
dan kemungkinan
|
Apakah
pilihan yang ada untuk saya membaiki kelemahan saya dalam pelajaran ?
|
Penggunaan
CoRT1 dalam proses P&P
OPV
Contoh
penggunaan OPV dalam proses P&P
Matapelajaran
: Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan
Kaedah
: Lakonan
Isu
: Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan sesat
di dalam laut. Ibu dugong itu tidak ditemui. Oleh kerana belas kasihan
dan bimbing anak dugong itu akan mati kerana tidak tahu mencari makan sendiri
dan serangan pemangsa lain di laut, Pak Mat memeliharanya dan diberi nama
Si Tenang. Bagaimanapun Pak Mat terpaksa melepaskannya ke laut kerana
undang-undang negara.
Pelakon
: Pak Mat, isteri Pak Mat, pegawai daerah, pegawai perhililitan, pegawai
perikanan, pelancong, penduduk kampung, jurukamera, wartawan, dll.
Panduan
: Apabila murid / pelajar melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan merupakan
pendapat orang lain.
PMI
Contoh
penggunaan PMI dalam proses P&P
Matapelajaran
: Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Sains
Sosial / SRT
Kaedah
: Sumbangsaran
Isu
: Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya yang terkenal dengan
sampah-sarapnya. Ramai penduduk, kakitangan wam dan terutamanya penduduk
kawasan setinggan membuang sampah ke dalam sungai.
Panduan
: Murid / pelajar akan membincangkannya dalam kumpulan masing-masing. Mereka
mencari ikhtiar bagaimana untuk menangani isu ini. Satu kaedah yang
ditemui akan disumbangsarankan . Cari perkara baik, buruk dan menarik
daripada kaedah yang dipilih tadi.
CAF
Contoh
penggunaan CAF dalam proses P&P
Matapelajaran
: Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Sains
Kaedah
: Permainan kecil
Isu
: Sebuah kemalangan telah berlaku. Saksi tunggal dalam kemalangan
itu adalah seorang muda yang cuma tahu menggunakan dua perkataan iaitu
ya dan tidak . Maklumat lanjut terpaksa dicari sendiri oleh murid /
pelajar lain. Murid / pelajar lain perlulah bertanya dan menyiasat daripada
saksi tadi.
Panduan
: Seorang murid / pelajar (juga dibantu oleh guru) akan mencatat
semua pertanyaan yang diajukan. Semua soalan berkaitan dengan faktor-faktor
kemalangan yang diterbitkan oleh setiap murid / pelajar yang bertanya tadi
adalah faktor-faktor penting dalam mana-mana kemalangan
lain di seluruh negara. Soalan-soalan yang dikumpulkan dan dicatatkan ini
akan dibentangkan semula kepada murid / pelajar selepas permainan ini selesai.
APC
Contoh
penggunaan APC dalam proses P&P
Matapelajaran
: Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Kemahiran
Hidup
Kaedah
: Lakonan
Isu
: Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan sesat
di dalam laut. Ibu dugong itu tidak ditemui. Oleh kerana belas kasihan
dan bimbing anak dugong itu akan mati kerana tidak tahu mencari makan sendiri
dan serangan pemangsa lain di laut, Pak Mat memeliharanya dan diberi nama
Si Tenang. Bagaimanapun Pak Mat terpaksa melepaskannya ke laut kerana
undang-undang negara.
Pelakon
: Pak Mat, isteri Pak Mat, pegawai daerah, pegawai perhililitan, pegawai
perikanan, pelancong, penduduk kampung, jurukamera, wartawan, dll.
Panduan
: Apabila murid / pelajar melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan merupakan
pendapat orang lain.
FIP
Contoh
penggunaan FIP dalam proses P&P
Matapelajaran
: Ekonomi Rumah Tangga / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris
Kaedah
: Amali / simulasi
Isu
: Sebuah keluarga ingin memasak sejenis makanan yang tidak pernah mereka
masak sendiri. Mereka ingin mencuba memasaknya sendiri. Mereka menggunakan
resepi yang ada dalam simpanan mereka sebagai rujukan bagi menyediakan
makanan tersebut.
Bahan
: buku masakan / resepi masakan
Panduan
: FIP disebatikan dalam pengajaran mengikut kesesuaian kaedah dan kebolehan
murid / pelajar-pelajar.
APC
Contoh
penggunaan APC dalam proses P&P
Matapelajaran
: Geografi / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Kajian Tempatan
Kaedah
: Mencari maklumat / inkuiri penemuan / kemahiran belajar
Isu
: Malaysia yang terlalu maju dalam perindustrian tidak mencukupi sumber
tenaga. Bagi mendapatkan sumber tenaga yang mampu menggerakkan industri
dan tanggung jawab sosialnya, kerajaan terpaksa mencari dan mendapatkan
sumber tenaga bagi tujuan tersebut.
Pendekatan
: Penggunaan perpustakaan, bahan buku rujukan dan bukan buku, borang Lembaran
Pengurusan Grafik dll.
Kaedah
: Murid-murid dan pelajar diberi peluang untuk mencari maklumat dari perpustakaan,
menggunakan kemahiran penggunaan perpustakaan, kemahiran mencari dan mengendali
maklumat, kemahiran belajar ; juga inkuiri penemuan .
C&S
Contoh
penggunaan C&S dalam proses P&P
Matapelajaran
: Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris
Kaedah
: Konsentrasi
Bahan
: Radio perakam, pita rakaman (muzik lembut, instrumental)
Isu
: Suatu kebakaran telah berlaku. Banyak insiden / episod dapat diperhatikan.
Pendekatan
: Murid-murid / pelajar akan melalui proses konsentrasi, membuat catatan
atau pelbagai pendekatan lain yang difikirkan lebih sesuai.
Senerio
hari ini
.perlu
segera habis sukatan.
peperiksaan
lebih penting.
.. .semua
pihak bertanya tentang kejayaan dalam peperiksaan.
....pelajar
terpaksa disuapkan ( diberikan ) sebanyak mungkin maklumat.
.pelajar
kurang persediaan.
.cukuplah
sekadar yang ada.
.terlalu
banyak kekangan / masalah.
.......malas
nak berfikir bagaimana nak rancang KBKK.
Ke
mana tuju hala kita ?
Sebilangan
orang belajar seumur hidupnya dan bila mereka meninggal mereka telah belajar
semua perkara kecuali untuk memikir
-Domerque-
Pemikiran
tidak boleh mengganti-kan maklumat (ilmu), dan maklu-mat tidak boleh menggantikan
pemikiran. Kedua-duanya diperlu-kan untuk perkembangan intelek.
-Edward de Bono-
Mengapa
kemahiran berfikir ?
..mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani,
.
-Falsafah Pendidikan Negara-
..mengembangkan
dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis
dan kreatif
.
-Objektif KBSM-
..untuk
mencapai hasrat Wawasan
..
-Wawasan 2020-
Prinsip
mengajar berintegrasikan KBKK Merentasi Kurikulum.
1. Gunakan
pendekatan yang mudah dan menarik
2. Gunakan
pelabagai kaedah. Ini termasuk :
-
permainan,
-
simulasi
-
lakonan
-
mimik
-
monolog
-
dialog
-
nyanyian.
Apakah
strategi dan kesepaduan Penyebatian KBKK dalam P&P ?
1. Pendekatan
bersepadu penggunaan *Menu PSS
2. Penggunaan
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
3. Aktiviti
seronok & menarik
4. Kaedah
yang mengembangkan intelek
5. Persediaan
murid dan guru
Apakah
peranan KBKK dalam P&P ?
1. Mengembangkan
isi pelajaran
2. Merangsang
aktiviti guru dan murid
Bahan
Bantu Mengajar yang baik untuk KBKK
-
mudah dibina, mudah diguna, mudah disimpan, mudah alih.
-
maklumatnya jelas
-
kesepaduan BBM dan alat KBKK
-
menjurus kepada objektif pengajaran dan pembelajaran
-
murah, tahan dan menarik
-
selamat BBM, selamat pengguna
Kemahiran
berfikir dan perpustakaan.
Proses
pengajaran dan pembelajaran boleh dibantu dengan penggunaan perpustakaan
untuk:
-
menentukan maklumat, skop, jenis dan sumber
-
mencari maklumat
-
menggunakan maklumat, kemahiran dan teknik belajar, kaedah, teknologi
-
mencatat maklumat
-
melapor maklumat, berkomunikasi
-
menilai stategi, kemahiran, pengalaman dan kepuasan.
Stail
mengajar dengan integrasi KBKK
1. Patut
dilakukan
-
Mudah dan seronok
-
Jelas dengan apa yang sedang dilakukan
2. Elakkan
:
-
Kekaburan
-
Menggunakan masa latihan yang terlalu panjang
-
Kaitan dengan fokus yang sedang dibuat
3. Galakkan
:
-
Beralih ke Kem. Berfikir yang lain walaupun yang sedang dijalankan itu
menarik dan memberangsangkan
-
Bebas, fikiran dibuka dan terbuka
4. Disiplin
:
-
Masa tepat dan cepat
-
Fokus tajuk sahaja supaya tidak terbias
Contoh
kaedah permainan (Permainan Berfikir 10 Minit)
Dua orang
pemain A dan B
A : Kucing
B : Keluarga
kucing di dalam hutan
A : Keluarga
kucing di dalam hutan adalah harimau. Harimau semakin pupus. Bagaimana
untuk mengekalkan spesis ini ?
B : Harimau
diburu oleh pemburu. Bagaimana kalau memburu harimau diharamkan. Taman
Rimba Rimau diwujudkan.
A : Menariknya,
tiada lagi pembunuhan harimau. Buruknya, harimau dari Taman Rimba Rimau
mungkin mengancam manusia dan ternakan. Menariknya, pastikah semua
harimau tidak akan keluar dari Taman Rimba Rimau ?
B : Terdapat
harimau dari Taman Rimba Rimau membunuh manusia
A : Kalau
ingin tambahan populasi harimau, kita perlu menternak harimau dan kemudian
melepaskannya ke dalam hutan.
B : Menariknya,
kita boleh menternak harimau yang bermutu sahaja. Buruknya, bilangan populasinya
membiak perlahan. Menariknya, harimau ternakan boleh dilatih supaya menjauhi
manusia sebelum dilepaskan semula ke dalam hutan.
A : Harimau
betina boleh ditangkap, diberi suntikan hormon penyubur dan kemudian dilepaskan
semula. Ini menambahkan pesat populasi pembiakannya.
_________________________________________________________________________
Bibliografi
:
1.
Edward de Bono, Teach yourChild How To Think, Penguins Books
2.
Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, Pemikiran Logikal dan Kritikal, Kuala lumpur
: Utusan Publications
3.
Edward de Bono, Teach Yourself To Think , London : Viking, 1995.
Disediakan
oleh,
Nuradzian
bin Nashrud-din
Penyelaras,
Pusat Kegiatan Guru Kawasan Tanjung Ipoh.
Negeri
Sembilan Darul Khusus.