Soalan Lazim
 
 

1. Saya mempunyai sebuah komputer 486 DX2 dengan 88 MHG.
    Bolehkah saya melanggan internet dengan komputer ini ?

           Jawapan :  Boleh tetapi masa yang di ambil untuk pindah terima fail dari
                             internet  mungkin lambat.
 

2. Bagaimana untuk memadamkan alamat URL dari list alamat internet saya.

         Jawapan : Anda klik butang format dan pilih butang option.
                         Pilih setting dan pilih remove.  Semua alamat URL akan dipadamkan.
 

3. Bagaimana untuk saya mencari maklumat dari internet berkaitan sesuatu tajuk ?

           Jawapan : Anda gunakan ingin pencari yang banyak terdapat di laman web. Contohnya ialah : Yahoo.com,   Cari.com ,  Alta Vista  dan sebagai nya. Anda taipkan tajuk perkara yang anda hendak cari dan klik butang berkaitan. Anda akan disenaraikan dengan tajuk perkara yang berkaitan dan anda pilihlah mengikut URL pilihan anda.
 

4. Bagaimana untuk membuka alamat email ?

          Jawapan : Ada banyak tapak yang menyediakan perkhidmatan email. Antaranya Yahoo, Hotmail, dan tapak di Malaysia juga menyediakan kemudahan
email. Contahnya waumail. Masuk ketapak berkenaan dan isikan borang berkaitan.
 

5. Apakah makna modem dan bagaimana dia berfungsi ?

        Jawapan : Modem bermaksud modulation demodulation. Alat ini menjalankan tugas dua fungsi. Isyarat dari komputer yang berbentuk digital akan ditukar ke isyarat berbentuk analog untuk dihantar melalui talian telefon. Bila sampai ke  pengguna berikutnya isyarat analog ini akan ditukarkan ke isyarat
berbentuk digital supaya  boleh dibaca oleh komputer.
  
Sila Hantar Pertanyaan Anda

Setelah selesai, klik butang "Hantar"

Nama
Email
Taipkan pertanyaan anda di sini.

   

 
 
Hosted by www.Geocities.ws

1