|
|
INSTITUT
TADBIRAN AWAM NEGARA |
|
|
Teori 'Multiple Intelligences' (Pelbagai Kepintaran) Howard Gardner |
||
|
Abdul Aziz bin Hussein Sazally |
||
| Dr. Howard
Gardner ialah professor pendidikan di sekolah sarjana pendidikan Harvard dan
professor adjunct neurologi di sekolah perubatan Universiti Boston. Pada
tahun 1983, beliau telah menghasilkan buku, 'Frames of Minds: The Theory of
Multiple Intelligences' .Dalam buku ini, beliau telah memperkenalkan
teorinya mengenai 'multiple intelligences' (pelbagai kepintaran). Jangkaan
Gardner ialah teori itu akan membangkitkan banyak reaksi di kalangan rakan
ahli-ahli psikologi. Bagaimanapun, kebanyakan response kepada teori ini
adalah positif terutamanya daripada kalangan pendidik. Semasa
penerbitan buku ini, sebanyak tujuh pelbagai kepintaran telah diketengahkan.
Dalam tahun 1997, satu lagi jenis kepintaran telah diperkenalkan menjadikan
kesemuanya lapan sehingga kini. Teori
'multiple intelligences', pada asasnya, menolak kepintaran yang semata-mata
didasarkan kepada parameter logik- matematik dan linguistik, yang
kebiasaannya digunakan untuk ujian-ujian IQ .kini dan rata-rata dalam sistem
pendidikan. Gardner berpandangan bahawa manusia mempunyai
kepintaran-kepintaran lain selain daripada kepintaran logik-matematik dan
linguistik. Terdapat
sekurang-kurangnya enam lagi kepintaran selain daripada dua yang disebut di
atas. Enam yang lainnya ialah kepintaran-kepintaran muzikal, spatial-visual,
kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan 'naturalist'. Mengikut
teori ini, semua manusia memiliki kesemua lapan kepintaran ini sebagai
sebahagian daripada lumrah species. Disebabkan faktor-faktor genetik dan
persekitaran, tiada dua individu memiliki profail kepintaran yang sama
walaupun antara pasangan kembar identikal. Bagi memperjelaskan pelabagai kepintaran yang dimaksudkan, Gardner telah memilih tujuh individu yang dikatakan memiliki setiap kepintaran secara menonjol dalam bukunya, 'Creating minds: An Anatomy of Creativity' (1993). Bagi mewakili kepintaran 'naturalist' (kelapan) yang diperkenalkan pada tahun 1997, Charles Darwin telah dipilih. 1.
Kepintaran Linguistik. 2.
Kepintaran Logikal-Matematikal. 3.
Kepintaran Muzikal
4.
Kepintaran Visual-Spatial
5.
Kepintaran Kinestetik
6.
Kepintaran Interpersonal 7.
Kepintaran Intrapersonal 8.
Kepintaran Naturalist
Teori Howard Gardner ini menarik untuk kita berfikir bersama. Jika kita perhatikan, kemahiran-kemahiran yang dikatakan 'pelbagai kepintaran' ini memang boleh diperhatikan wujud di kalangan kita. Tetapi sama ada kemahiran-kemahiran ini berdiri sebagai 'kepintaran berasingan' (walaupun kesemuanya bertindak bukan secara berasingan) atau dipacu oleh satu 'kepintaran' yang pada asasnya menentukan keupayaan kita untuk menguasai lain-lain kemahiran adalah satu perkara yang patut direnungi. Tapi sebelum sesuatu posisi diambil, elok juga dikaji dahulu definisi kepintaran dan juga premis-premis asas (8 kriteria bagi mengenalpasti kepintaran: lihat http://surfaquarium.com/micrit.htm yang ditetapkan oleh Howard Gardner dalam mengutarakan teorinya. (Kepintaran, mengikut Gardner ialah kebolehan mencari dan menyelesaikan masalah dan menghasilkan produk-produk bernilai dalam conteks budaya sendiri ). Apa pun, teori Gardner telah banyak mencetuskan minat di kalangan pendidik untuk terus mengkaji dan mencipta gaya dan metodologi pembelajaran daripada sudut bagaimana seseorang itu belajar, berlainan dengan cara yang berlandaskan linguistik dan logik-matematik semata-mata.
|
||