|
|
INSTITUT
TADBIRAN AWAM NEGARA |
|
| PENGENALAN | ||
|
Pusat Sumber Maklumat (PSM) mula beroperasi pada tahun 1983 serentak dengan penubuhan INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) ini. Sehingga kini (2002) jumlah koleksi kumulatif yang terdapat di PSM ialah sebanyak 10,988 judul. Sistem pendokumentasian yang digunakan di PSM ialah DDC (Dewey Decimal Classification) edisi 20 untuk nombor pengelasan, manakala untuk tajuk perkara pula semua koleksi bahan di PSM menggunakan sistem LC (Library of Congress) edisi 15. Untuk mengakses dan mengenalpasti lokasi dan perincian bahan, para pengguna boleh menggunakan sistem ILMU yang merupakan sistem katalog atas talian yang terbaik setakat ini. Pengguna boleh mengakses samada melalui OPAC35 ataupun WebOPAC jika mengakses maklumat yang terdapat di PSM melalui komputer persendirian. Sistem katalog ini boleh diakses melalui alamat http://intura_libsvr.intan.my/webopac/webopac.jsp PSM komited untuk sentiasa menyediakan khidmat sokongan yang berkualiti meliputi sumber maklumat terkini bagi menjana keberkesanan latihan yang dijalankan di INTURA. Ini adalah untuk menyokong usaha-usaha untuk menjadikan INTURA pusat kecemerlangan latihan dan pembangunan selaras dengan motto INTAN Selangkah Di Hadapan. |
||
| FALSAFAH | ||
| Membina insan berbudaya maju yang cintakan ilmu pengetahuan melalui pembacaan sepanjang hayat demi memupuk kecemerlangan minda supaya terhasil pencapaian baru yang dapat memajukan lagi tradisi ilmu. | ||
|
|
||
| MISI ORGANISASI | ||
| Memastikan semua pengguna dapat menikmati kemudahan perkhidmatan secara saksama serta berupaya mencapai dan menggunakan ilmu wawasan intelek. | ||
|
|
||
| OBJEKTIF | ||
| Menyokong kegiatan pembelajaran, pengajaran dan latihan yang dijalankan di
INTURA Memajukan penggunaan bahan-bahan PSM Berusaha memenuhi keperluan maklumat pegawai, peserta kursus dan organisasi di samping menyertai proses penyebaran maklumat Berusaha mewujudkan masyarakat INTURA yang mengamalkan budaya membaca Mengumpul semua bahan yang berkaitan dengan pentadbiran dan kemajuan |
||
| PENGGUNA PSM INTURA | ||
| Pegawai dan kakitangan INTAN Peserta kursus (dalam jangkamasa kursus) Jabatan dan Agensi Kerajaan di Wilayah Utara Penyelidik yang ingin membuat rujukan |
||
| WAKTU BEROPERASI | ||
| Isnin-Rabu : 8.00am-4.15pm Khamis : 8.00am- 12.45pm Jumaat dan Cuti Umum : Tutup Waktu Malam : Diatas keperluan dan permintaan kursus Sebarang
pertanyaan hubungi:
Huzairul Hezri bin Saidin
@
Masuri bt. Khalim |
||