|
|
INSTITUT
TADBIRAN AWAM NEGARA |
|
|
LOGO & TEMA HARI KEBANGSAAN DARI TAHUN 1976-2002 |
||
![]() 1976 |
KETAHANAN RAKYATLima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan citacita kemakmuran dan keselamatan negara. Tema 'KETAHANAN RAKYAT' ditulis melengkung di atas menjadikan rekabentuk ini bulat dan bertangkup melambangkan keteguhan negara. Rekabentuk ini juga berupa Rebana Ubi menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan. Bulatan tadi membendung perkataan '31 Ogos' sebagai Hari Kebangsaan. Lima lembaga manusia juga mencerminkan lima prinsip Rukunegara yang menjadi landasan kepada matlamat negara.
Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada bendera Malaysia. |
![]() 1977 |
BERSATU MAJULogo ini bertema '20 TAHUN BERSATU MAJU'. Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing menuju ke atas sebagai tanda kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat untuk membayangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima bahagian atau tiang yang ada melambangkan lima prinsip RUKUNEGARA dengan yang di tengah-tengah sekali (yang paling tinggi) menandakan prinsip pertama, yakni kepercayaan kepada Tuhan. Tiang-tiang lain yang rupa dan bentuk asalnya diambil daripada bentuk hadapan perahu melambangkan empat prinsip rukunegara yang lain, sementara bentuk hadapan perahu dipilih sebagai menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang benar-benar timbul dari bumi negara ini.
Bulatan yang mengandungi nombor 20 atau rupa bentuk unsur-unsur kebudayaan
itu menandakan 20 tahun selepas merdeka. Empat tiang diperbuat daripada
timah yang menandakan kemajuan perdagangan dan perindustrian negara ini,
sementara tiang yang paling tinggi diperbuat daripada kayu belian
(satusatunya kayu yang paling keras) yang menandakan keteguhan bumi
Malaysia. Di kelilingnya pula terdapat seb~ah kolam dengan airnya berwarna
biru laut bagi menandakan kekayaan hasil laut dan kemajuan para nelayan yang
dialami sejak merdeka. Sementara jejambat kecil yang menyerupai petak-petak
melintasi kolam membayangkan betapa teguh dan sistematiknya ekonomi
pertanian negara ini. Jadi jelaslah bahawa logo tersebut merangkumi kemajuan
segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian dan Perindustrian) dan
batiniah. |
![]() 1978 |
KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN
Di dalam bulatan Bulan dan Bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna biru seolah-oleh bersendi dan bercantum yang mendedahkan perpaduan rakyat. Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang melambangkan kebudayaan dan di tengah-tengah sekali kelihatan angka 'XXI' yang memberikan erti 21 tahun merdeka. Ringkasnya
logo tahun ini memberikan penerangan bahawa Malaysia adalah sebuah negara
yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai-bagai
kesenian dan kebudayaan dan di samping itu berjaya menaungi serta memupuk
rakyatnya hidup bersatupadu. |
![]() 1979 |
BERSATU BERDISIPLIN
Segi lima yang berwarna merah melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk memajukan negara. Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan yang berwarna biru, merah di tengah-tengah bentuk lima segi itu. Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan memberikan makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan beraja. Selaras
dengan tema tahun ini, logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada
berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu
dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip Rukunegara dan dengan itu
dapat menuju ke arah kemakmuran dan keamanan. |
![]() 1980 |
BERDISIPLIN BERBAKTI
Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar
yang melingkungi segala bentuk yang ada itu melambangkan 'bulat manusia
kerana muafakat'. Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup
berdisiplin. |
![]() 1981 |
BERDISIPLIN BERHARMONI
Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencerminkan garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunegara.
Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang
berunsurkan politik, ekonomi dan kemasyarakatan. |
![]() 1982 |
BERDISIPLIN GIAT MAJU
Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima prinsip Rukunegara yang membentuk keutuhan negara. Bulatan yang
kelihatan menunjukkan keharmonian perpaduan dan kesempurnaan. Seperti
digambarkan warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap
negara dan percantuman 25 itu dapatlah melambangkan perpaduan, liku hidup
dan pembangunan yang telah dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan
kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun merdeka dan akan terus berkembang
untuk 2:, tahun dan seterusnya pada masa hadapan. |
![]() 1983 |
BERSATU KE ARAH KEMAJUAN
Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagaibagai bidang. Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin antara satu dengan lain yang di dalamnya mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam. Ketiga-tiga
golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan
didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak
Kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara. |
![]() 1984 |
AMANAH ASAS KEJAYAAN
Bulatan putih di tengah-tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam negara yang berdaulat beserta kerjasama yang erat antara sektor awam dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek. Manakala lima
bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita
usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula dari
bulatan putih sebagai asas amanah serta juga daripada aspek-aspek lain. |
![]() 1985 |
NASIONALISME TERAS PERPADUAN
Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi teras terhadap perpaduan tersebut. Bulatan putih pula menunjukkan negara yang bersih dan harmoni . Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu bangsa rakyat Malaysia manakala bulatan kuning melambang negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Bulatan merah
menunjukkan patriotisme menjadi asas yang penting dalan, mengukuhkan
perpaduan rakyat yang cintakan negara. |
![]() 1986 |
BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa. Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah itu. Warna kuning
di tengah melambangkan kedaulatan rajaraja yang merupakan satu daripada
prinsip Rukun Negara |
![]() 1987 |
SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima bulatan. Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan dan prasarana kewangan dan keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan Rukunegara. Warna kuning dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk empat segi dan lima bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan rakyat jelata yang bersatu padu sementara warna merah pula membawa erti berusaha. Gabungan
warna dan bentuk logo ini melambangkan tema SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU.
|
![]() 1988 |
BERSATU
Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip Rukun Negara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini. Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Warna kuning melambangkan sistem raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu. Bulatan biru
yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan
negara. |
![]() 1989 |
BERSATU
Petak-petak berwarna-warni ini ibarat 'anyaman' yang kukuh lagi erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru menandakan rakyat di negara ini hidup aman damai berteraskan perpaduan nasional. Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang mempunyai erti tersendiri, iaitu jurang yang membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan serta mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan serta kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat. Petak-petak
yang berbentuk empat anak panah yang bertemu di tengah membayangkan satu
matlamat ke arah kejayaan berpandukan pada semangat setiakawan dan
berganding bahu. Sementara empat bulatan kuning mempunyai peranan penting
dalam mendukung sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi. |
![]() 1990 |
BERJAYA
Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya. Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara. Warna biru
yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan
negara. |
![]() 1991 |
WAWASAN 2020
Anak panah yang terdiri dari jalur-jalur merah, biru, putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatupadu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju. Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru,
putih dan merah melambangkan perancangan dan pengawalan yang teratur iaitu
yang berteraskan nilai-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai
wawasan 2020 (dua puluh dua puluh) itu. |
![]() 1992 |
WAWASAN ASAS KEMAJUAN
Warna-warna Merah, Putih, Biru dan Kuning iaitu warna-warna Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini adalah sebagai lambang masyarakat berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan sosial dapat bergerak cergas menuju ke arah matlamat yang dicita-citakan. Secara
keseluruhannya rekabentuk logo ini membawa maksud masyarakat Malaysia yang
terdiri dari berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni dan sebuah negara
yang stabil, aman dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara 'maju' di masa depan. |
![]() 1993 |
BERSATU MENUJU WAWASAN
Merah dan
Putih: Melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang
mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk
mencapai apa yang di"wawasan"kan. Biru: Menggambarkan cita-cita setiap
masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan
keamanan yang berkekalan menerusi wawasan yang dicita-citakan. |
![]() 1994 |
NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
Warna putih:
Warna putih pada bentuk 'hati kecil' melambangkan kebersihan dan kemuliaan
hati dengan sifat nilai-nilai murni. Secara
keseluruhannya rekabentuk logo dan warnawamanya melambangkan nilai mumi
bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi
terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu
berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati.
Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat Malaysia menjayakan dan
menuju wawasan 2020. |
![]() 1995 |
JATIDIRI PENGGERAK WAWASAN
Warna putih pada garisan yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga membawa maksud amalan nilai-nilai murni rakyat Malaysia telah membentuk keharmonian rakyat. Warna kuning membawa maksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai. Warna merah membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran di dalam dan di luar negara. Warna biru membawa maksud rakyat Malaysia bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang maju, harmoni dan sejahtera. Secara
keseluruhannya reka bentuk dan warna logo ini membawa maksud rakyat Malaysia
berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam negara yang berdaulat dan
harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri kebanggaan negara demi
menggerakkan WAWASAN 2020. |
![]() 1996 |
BUDAYA PENENTU KECAPAIAN
Warna biru melambangkan rakyat dan kerajaan bergabung tenaga dan merah melambangkan semangat bersama yang membakar dalam setiap jiwa rakyat. Warna putih
melambangkan niat murni rakyat dalam menuju usaha mencapai kejayaan bersama
dan kuning melambangkan matlamat yang hendak dituju pada setiap masa, iaitu
keharmonian pelbagai kaum. |
![]() 1997 |
AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
Warna putih melambangkan akhlak mulia (hati dan jiwa) dan kuning melambangkan budaya bangsa yang harmoni dan harus dipertahankan. Warna biru
melambangkan sifat hormat menghormati dan merah melambangkan sifat berani
berusaha untuk mencapai cita-cita dan wawasan negara. |
![]() 1998 |
NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA
Tiga bulatan merangkumi warna asas bendera Malaysia (Jalur Gemilang) beserta bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia. Bulatan biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan Negara. Warna putih
pula melambangkan keharmonian rakyat manakala merah mencerminkan usaha padu
Kerajaan membentuk wawasan Negara sementara kuning melambangkan kedaulatan
Negara. |
![]() 1999 |
BERSATU KE ALAF BARU
Bentuk kon
(V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020. Warna merah melambangkan
sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat rakyat bersatu
padu membentuk wawasan negara, Warna putih melambangkan kesucian jiwa dan
nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan kesatuan hati rakyat
Malaysia menjunjung kedaulatan negara. |
![]() 2000200120022003 |
KERANAMU MALAYSIA
Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup di dalam keadaan aman, makmur dan bersatu padu. Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek melambangkan tiga kaum utama di Malaysia (Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarakan melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk "V" yang bermaksud vision atau wawasan.
|