|
|
INSTITUT
TADBIRAN AWAM NEGARA |
|
|
KOLEKSI PSM |
||
| Meliputi bidang perkara utama Pengurusan, Pentadbiran Awam, Kewangan dan Perakaunan, Ekonomi dan Kerajaan Tempatan. Bidang perkara sampingan adalah seperti Politik, Agama Islam, Undang-undang, Motivasi, Bahasa dan bacaan umum. | ||
| Koleksi Buku Rujukan | ||
| Meliputi bahan bercetak yang merangkumi Buku Panduan, Ensiklopedia, Kamus, Bibliografi, Atlas dan Laporan Tahunan. | ||
| Koleksi Buku Umum/ Fiksyen | ||
| Koleksi buku di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris disediakan untuk bacaan dan pinjaman. Buku ini juga diberi nombor pengelasan DDC untuk kemudahan mengakses dilakukan. | ||
| Koleksi Terbitan Bersiri | ||
| Meliputi bahan seperti majalah, jurnal, laporan tahunan, buletin dan berita daripada agensi kerajaan dan swasta serta lain-lain bahan bercetak yang dikeluarkan secara berkala meliputi terbitan dalam dan luar negeri, keluaran terkini dan terdahulu. | ||
| Koleksi Warta Kerajaan dan Akta | ||
| PSM melanggan Akta, Warta Kerajaan Persekutuan dan negeri Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang. Semua bahan disusun mengikut nombor siri dan hanya untuk rujukan di PSM sahaja. | ||
| Koleksi Pekeliling | ||
| Pekeliling yang terdapat di PSM untuk rujukan termasuklah Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeliling Perbendaharaan, Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan PKPA (Pekeliling Perkhidmatan Awam). | ||
| Koleksi Kertas Kerja/ Seminar/ Bengkel | ||
| Koleksi ini mengandungi kertas-kertas projek yang dihasilkan oleh peserta kursus dan kertas seminar/ bengkel anjuran INTAN dan lain-lain institusi. | ||
| Koleksi Fotografi | ||
| PSM memiliki 50 buah photo album. Bidang perkara meliputi Landskap INTURA, Aktiviti Kembara dan Ucapan Rasmi sejak penubuhan INTURA sehingga kini. | ||
| Koleksi Khas : Sudut Warisan | ||
| Merupakan satu usaha untuk menyimpan khazanah Melayu lama yang meliputi peralatan tradisional pertanian dan nelayan negeri Kedah. | ||