|
PERGERTIAN
KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling"
yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin
memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang
luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling
baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa,
guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang
terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu
melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan
kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan
mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling
merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat
dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang
pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan
dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang
saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi,
psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil
daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia
serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang
daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan
kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:
- Bahawa setiap
individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna
kepada kehidupan masing-masing.
- Mengakui hakikat
bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab
terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses
bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta
pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan
pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai
bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di
samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh
klien atas keputusannya itu.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan
individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan
pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu
hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya.
Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara
seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan
pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien
menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien
memahami dirinya yang sebenar apa kelebihan dan kekurangannya; apa
yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi
menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien
diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang
menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan
menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta
pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat
menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti
bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui
proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi
proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas
dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.
TUJUAN KAUNSELING
Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi
mempunyai pendapat yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi.
Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan
tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin
dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan
klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien
bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut.
Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting
kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya
dengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan
perhubungan kaunseling tersebut.
Tujuan
terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam
jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau
perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada
perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah
kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi
sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan
persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada
individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan
setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi
dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.
Lima
tujuan kaunseling iaitu:
- Menolong
mengubah tingkah laku klien.
- Menambahkan
kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama
mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu
bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.
- Menambahkan
kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien
diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan
bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti
dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia
menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut.
- Membaiki
perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang
menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu
lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep
kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya.
Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan
kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan
dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam
masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu
kesejahteraan kehidupan individu.
- Membantu
perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti
kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang
sewajarnya.
Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi
keseluruhan perubahan pada diri seseorang individu itu hingga
menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama
ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat,
menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang
dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses
membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan
tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan
telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu
tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses
kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari
semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai
suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat
penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.
Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong
seorang klien:
- Memahami diri dan
situasinya;
- Mengenal pasti
keperluannya;
- Menerima realiti
hidupnya;
- Membuat rancangan
yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
- Bertanggungjawab
ke atas diri dan perbuatannya;
- Dan seterusnya
menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri
dan perbuatannya sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya
tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan
tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di
dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap
klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih
khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.
Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu
situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkan masalah-masalah
berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat
diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup
yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini,
tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan
hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian.
Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi,
peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam
diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi
serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap
hidup. Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah
asalku, apakah tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk
apakah aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya diberi perhatian
yang wajar.
Diharapkan
klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada
pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses
kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi
kaunselor adalah sebagai pemandu yang pada mulanya diperlukan
untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya,
memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya.
Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor
tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai
klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan
perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.
PRINSIP KAUNSELING
Dalam
bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai
tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti
berikut:
- Kaunseling
berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara
sukarela dengan kehendak hati klien sendiri. Klien ingin mengubah
dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah
tingkah lakunya.
- Kaunselor
menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini
termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan
berautonomi.
- Seperti dalam
semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling.
Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi
oleh nilai dan falsafah kaunselor.
- Keadaan yang
memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu
bual. Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi
kaunseling selalunya melibatkan temu bual.
- Aktiviti mendengar
berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar
merupakan kaunseling.
- Kaunselor memahami
kliennya.
- Kaunseling
dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara
kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan
klien mesti dirahsiakan.
- Klien mempunyai
masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang
mempunyai masalah psikologi.
Kaunseling harus berasaskan prinsip-prinsip berikut:
- Pada asasnya,
manusia membuat penentuan kendiri.
- Klien harus maju
ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih
tinggi.
- Klien harus
mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya
kebenaran tentang dirinya sendiri.
- Objektif-objektif
kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan
kaunselor.
Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti
berikut:
- Kaunseling diberi
kepada individu-individu normal yang sedang menghadapi masalah
atau kerunsingan.
- Kaunseling
merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien
berdasarkan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor
penting kerahsiaan dalam kaunseling.
- Dalam sesi
kaunseling, kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan
mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak
membuat pilihan atau keputusan untuk klien. Hal ini akan
menimbulkan perkembangan kebolehan klien untuk membuat pilihan
atau keputusan tanpa bergantung pada kaunselor. Kaunselor menolong
klien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam sesuatu
situasi, mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta
menjelaskan fikiran yang kabur dan tidak rasional.
- Orientasi
kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan.
Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara
individu yang terlibat. Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat
kaunseling akan memberontak dan kurang percaya pada orang lain.
- Kaunselor haruslah
sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kemampuan bagi
kesejahteraan diri sendiri.
- Kaunseling
hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga
diri seseorang.
- Kaunselor percaya
bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang yang
maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara
untuk mencapai matlamat itu.
- Kaunseling
mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.
KETRAMPILAN PEMIMPIN BERWIBAWA
Membentuk Kejayaan Diri
- Menganalisa
mengenali diri sendiri
- Menyediakan
matlamat hidup
- Mempunyai
wawasan sendiri
-
Mengenalpasti nilai dan prinsip dalam hidup
- Sasaran
Perancangan dan matlamat untuk menjayakan sasaran bagi membolehkan
berjaya dalam kerjaya
Mengenal diri sendiri
- Anggapan
kita mengenal diri sendiri
- Diri kita
dari kaca mata orang lain
- Diri kita
sebenar
Tiga
jenis manusia
Penilaian diri
- Memahami
diri sendiri kekuatan/kelemahan
- Motivasi
kemahuan, semangat membara, keyakinan
- Disiplin
diri menggunakan kekuatan diri dalam mengawal diri
- Keimanan
Pedoman dan Pegangan hidup
- Keyakinan
mempercayai kebolehan sendiri
- Daya tarikan
personaliti dan imej diri
- Perasaan
kebolehan mengawal perasaan
- Sikap
Positif atau Negatif
- Tenaga-
tenaga yang berterusan
- Semangat,
kecergasan, kesungguhan
- Berfikir
kreatif idea/strategi baru
- Sasaran
sasaran dan standart diri sendiri
- Matlamat
Matlamat dan perancangan sebagai kompas ke arah kejayaan
- Pengurusan masa
Keupayaan membezakan antara keutamaan , segera, kepentingan, tidak
penting segera.
Jenis-jenis matlamat
- Matlamat
jangka panjang
Matlamat yang memerlukan beberapa bulan atau tahun untuk dicapai
- Matlamat
jangka pendek
Matlamat jangka pendek yang membawa kepada implementasi matlamat
jangka panjang
Matlamat : Pendekatan "Smarter"
|
S
M
A
R
T
E
R |
-
-
-
-
-
-
- |
Specific
Measuarable
Attainable
Reasonable
Time bound
Exciting
Rewarding |
Spesifik
Boleh diukur
Boleh dicapai
Berpatutan
Jangkamasa
Seronok /
mengembirakan
Ganjaran |
Prinsip pembentukan matlamat
- Matlamat mestilah
matlamat anda sendiri
- Matlamat mestilah
positif
- Matlamat mestilah
boleh di capai dan nyata
- Matlamat mestilah
ditulis
- Matlamat mestilah
specifik
Mengapa tidak mempunyai matlamat
- Boleh
dijangkakan
- Telah
ditetapkan
- Takut
kehilangan / kekalahan
- Takut
kemenangan
- Pengharapan
yang terlalu tinggi
9
Fakta penting dalam mencapai matlamat anda
-
Kuasai masa anda
"Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"
-
Keputusan di tangan anda..Jangan biarkan orang lain menghalang
anda.
"Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya
ada seorang sahaja yang boleh melakukannya untuk selama-lamanya".
-
Hapuskan ketakutan.
"Jika anda takut mencuba, anda tidak akan pernah gagal. Tetapi
takut untuk mencuba membuat anda tidak akan berjaya".
-
Praktikan sikap positif
-
Gambaran minda
"Kejayaan bukan destinasi, ianya adalah perjalanan, anda perlu
gambarkan arah kemana tujuan perjalanan tersebut".
-
Bina imej diri positif
-
Capai sebarang peluang yang mendatang
"Peluang hanya datang sekali"
-
Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu
-
Ambil tindakan sekarang Jangan cakap-cakap kosong sahaja.
"Action speak louder than words"
"1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah
hasil usaha"
Keputusan ditangan anda, jangan biarkan sesiapa menghalang anda
Langkah 1
- Jelaskan kenapa
anda membuat keputusan tersebut.
- Fikirkan berapa
banyak masa yang anda ada.
- Tuliskan matlamat
anda dan bila ia patut dicapai.
Langkah 2
- Fikirkan tindakan
yang akan diambil
- Cari maklumat yang
berkaitan dengan situasi tersebut
- Senaraikan pilihan
yang terbuka untuk anda
Langkah 3
- Senaraikan
implikasi dan akibat dari setiap pilihan
- Hapuskan pilihan
yang tidak munasabah atau tidak anda perlukan
Langkah 4
- Ikut setiap
pilihan sampai tamat
- Anda boleh
mengikut lebih dari satu pilihan
- Jangan membuang
masa jika anda menamui jalan buntu.
Langkah 5
- Tambah pilihan
atau matlamat baru didalam tindakan anda
Langkah 6
- Bila anda telah
mencapai matlamat anda tuliskan matlamat baru dan had masa baru.
Ikut langkah 2.
Langkah 7
- Bila anda telah
mencapai matlamat yang terakhir, anda juga adalah kearah mencapai
kejayaan yang jitu.
Hilangkan ketakutan
Bagaimana untuk mendapatkan keyakinan diri.
Fasa
1 Kenalpasti diri anda
Langkah 1 : Bina fail kejayaan anda
Langkah 2 : Mempunyai sikap optimistik
Langkah 3 : Tukar sikap anda terhadap kegagalan
Langkah 4 : Berhenti dari menganggap kegagalan dimana-mana
Fasa 2 Ketegasan diri anda
Langkah 1 : Belajar menyatakan "TIDAK"
Langkah 2 : Bertanya
Bersikap positif
Apa
itu SIKAP
- Sikap adalah
tingkahlaku yang lahir dari emosi. Ia adalah kumpulan
keterlaluan/perangagi yang ditunjukan oleh seseorang terhadap
orang lain.
- Ia merupakan
komponen emosi dan salah satu perkara yang sukar di fahami dan
diurus.
Bagaimana Sikap di
Perlihatkan
|
Perkataan yang
digunakan |
- |
"Boleh saya
tolong
."
"Maaf,
" |
Air
muka |
- |
senyum |
|
Budi bahasa |
- |
Bersopan santun
Kurang sopan |
Nada bahasa |
- |
Lembut, marah |
Pembawaan diri (Imej) |
- |
Kemas, bersih |
Pakaian |
- |
Kotor, bersih |
Cara berjalan |
- |
Bertenaga, tak bermaya |
Posture |
- |
Tegap, Bongkok |
Sikap
dan perhubungan manusia
Apa
fungsi sikap terhadap persekitaran?
Sikap
positif akan menghasilkan 3 matlamat:
- Ia akan melahirkan
emosi yang positif/baik terhadap kerja dan rakan-rakan di sekitar
anda
- Ia menambahkan
sifat kreatif bagi menambah produktiviti anda
- Ia memperbaiki
personaliti anda dalam berhubung dengan persekitaran
- Sikap dan sifat
positif dalam pembentukan seseorang. Anda adalah apa yang anda
fikirkan. Jika anda positif kerja di anggap mustahil boleh
berjaya.
Kaedah mengubah sikap
- Tentukan dahulu
samada sesuatu masalah itu berpunca dari sikap atau faktor
persekitaran. Jika berpunca dari faktor lain, usaha mengubah sikap
tidak perlu dilakukan.
- Apakah diri
sendiri orang yang paling sesuai untuk melakukannya dan apakah
pengaruh yang membawa kepada perubahan?Apakah kerana pengaruh
ganjaran, kepakaran, paksaan, tauladan atau simpati?
- Nilai diri apakah
komponen yang paling mempengaruhi sikap untuk berubah? Apakah
dengan mengubah persekitaran, pemikiran, pandangan dunia,
perasaan, sistem nilai, tingkah laku, dan persekitaran untuk
bertindak?
- Tentukan
pendekatan yang diperlukan untuk mengubah diri samada dengan
secara langsung negatif; mengancam; mengkritik; menghina;
mengenakan dendaan dan paksaan atau secara tidak langsung;
menunjukkan tauladan silaturrahim dan perlakuan.
- Mengenal pasti
rintangan rintangan yang mungkin dihadapi serta cara mengatasinya,
menentukan cara pengukuhan setelah berlaku perubahan; galakan atau
dorongan dan mengubah suai pendekatan berasaskan kejayaan atau
kegagalan.
17.
Sikap
|
Sikap orang yang berjaya
- Mengubah
kelakuan sendiri
- Bekerja
keras dan punya masa
- Tahu bila
mahu bersikap tegas dan mengalah
- Menghormati
orang lain dan sanggup belajar dari orang lain
- Menggunakan
masa untuk maju
- Penekanan
terhadap kemungkinan / (peluang)
- Menerima
pendapat orang lain
|
Sikap orang yang gagal
- Cuba
mengubah kelakuan orang lain
- Terlalu
sibuk membuat apa yang patut
- Mengalah
bila disoal dan mempertahankan perkara yang tidak penting
- Tidak mahu
melihat kelebihan orang lain cuma terhadap kelemahan mereka
- Gunakan masa
untuk mengelakkan kritikan
- Penekanan
terhadap masalah
- Tidak mahu
menerima pendapat orang lain
|
|