|
|
INSTITUT
TADBIRAN AWAM NEGARA |
|
||||||||||||||||
|
ISO 9000 VERSI 2000 : APA YANG BARU |
||||||||||||||||||
|
Rahman Ahmad Zubir |
||||||||||||||||||
|
Kajian saya
tentang ISO 9000 Versi 2000 telahpun dimanfaatkan di Beijing, China pada 29
November 2000 semasa saya bersama Dr. Mohd. Nasir Ashraf membentangkan
kertas kerja di Persidangan Local Government berkaitan perlaksanaan ISO 9000
dalam sektor kerajaan tempatan. Kajian yang menyeluruh terhadap ISO
9000:1994 dan perbandingan kepada ISO 9000 versi 2000 menghasilkan pelbagai
kesedaran betapa perlunya kita menyelami apakah perbezaan yang besar antara
ISO 9000: 1994 dengan ISO 9000 versi 2000. Berasaskan
kesedaran ini penulis telah memilih tajuk: IS0 9000 versi 2000 Apa Yang
Baru? Sebagai sumbangan kepada keluaran sulung Mutiara IImu. Artikel ini
dipermudahkan secara perbandingan antara ISO 9000: 1994 dan ISO 9000 versi
2000, agar mereka yang telah melaksanakan ISO 9000: 1994 dapat memikirkan
kepentingan untuk menaikkan taraf Sistem Kualiti ISO 9000 organisasi kepada
Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9000 versi 2000.
Perkara-perkara baru dalam ISO versi 2000 boleh dibahagikan kepada beberapa
aspek asas iaitu:
Pertama -
Konsep IS0 9000
Process Approach
Sudah
pastinya sistem kerja yang terancang memerlukan proses-proses pemahaman
kepada Sistem dalam sistem itu dikenalpasti, didokumen, diurus dan dikawal
dengan sempurna untuk menjamin pematuhan Kualiti Kerja demi mencapai produk
atau perkhidmatan yang konsisten kualitinya. Pengenalan "Process
Approach" kepada Sistem Pengurusan Kualiti adalah satu penegasan bagi
mempermudahkan pemahaman kepada Sistem Operasi. Ini bermakna sistem kerja yang terancang itu perlu disokong oleh komitmen pengurusan di peringkat tertinggi dan pemahaman menyeluruh kepada pendekatan proses tersebut. Penekanan kepada komitmen pengurusan inilah yang menyebabkan versi 2000 ini lebih dikenali sebagai Sistem Pengurusan Kualiti. Bagi ISO 9000: 1994, kita lebih selesa dengan istilah Sistem Kualiti iaitu fokus kepada sistem operasi tanpa memberatkan aspek pengurusan sistem. Disinilah lapan prinsip Quality Management System (QMS) itu penting. Secara mudah sama ada ia dipanggil Sistem Kualiti atau Sistem Pengurusan Kualiti, konsep asasnya masih tidak berubah iaitu ISO 9000 dilihat sebagai sistem kerja yang terancang. Kedua -
Kerangka Pengurusan Sistem
Sistem Kualiti ISO 9000 :94 mempunyai tiga garis panduan yang besar iaitu ISO 8402 Garis panduan berkenaan peristilahan, ISO 9000 Garis panduan bagi memilih model yang sesuai dan ISO 9004, Garis panduan bagi melaksanakan model. Di bawah ISO 9000:94 dan ISO 9004: 94 ada lagi beberapa pecahan iaitu aplikasi dalam konteks perkilangan, perkhidmatan dan IT. Dibawah ISO 9000 versi 2000 hanya ada dua garis panduan iaitu ISO 9000 (QMS Fundamentals and Vocabulary) dan ISO 9004 (QMS Performance Improvements). ISO 9000 Versi 2000 menggabungkan ISO 8402 dan ISO 9000:94, sementara ISO 9004:2000 menggabungkan ISO 9004-1, ISO 9004-2, ISO 9004-3 serta 9004-4. ISO 9001 Versi 2000 adalah model unggul yang menggabungkan ISO 9001 :94, ISO 9002:94 dan ISO 9003:94. Sebenarnya penggabungan ini konsisten juga dengan model bagi Sistem Pengurusan Alam Sekitar di bawah siri ISO 14001. ISO 9000 versi 2000 hanya mempunyai satu model sistem iaitu ISO 9001: 2000. Ini dapat direalisasikan model sebagai contoh jika Sistem Kerja kita adalah ISO 9002:94, maka apabila dinaiktaraf kepada ISO 9001:2000 kita hanya perlu menyatakan bahawa keperluan rekabentuk di seksyen 7.3 itu tidak berkaitan. Klausa 'exclusion' dibenarkan dalam sistem Pengurusan Kualiti ISO 9000 versi 2000 dan terhad kepada seksyen 7 sahaja. Perlu diingat
bahawa ISO 9000 versi 2000 telah diperbaiki dan dipermudah berbanding ISO
9000: 94 bagi membolehkan semua sektor ekonomi, perdagangan, perkilangan,
perkhidmatan, sosial dan lain-Iain dapat melaksanakan dan memanfaatkan
sistem dengan mudah dan bersahaja. Memandangkan
kerangka ISO 9000 versi 2000 telah dipermudahkan, maka organisasi tidak lagi
menghadapi masalah sama ada untuk memilih Model 9001 atau 9002 atau 9003.
Ketiga
-Terminologi/Peristilahan
Apa yang
ketara, perbezaan yang nyata ialah dari segi penulisan standard ISO 9000
versi 2000 adalah lebih ' user friendly' dan tidak bersifat .manufactur-
ing' .Ini memberi laluan kepada pengguna di sektor perkhidmatan
menggunapakai standard dan mempermudah agensi mendapat pengiktirafan atau
persijilan ISO 9001 :2000. Keempat
-Keperluan Dokumentasi
Ketidakfahaman inilah yang menyebabkan banyak organisasi yang terlanjur
mendokumenkan sistem kepada perkara-perkara yang tidak perlu. Kajian penulis
di beberapa organisasi yang telah melaksanakan Sistem Kualiti ISO 9000:94
mendapati dakwaan ini banyak kebenarannya. Sebagai consultant di beberapa
agensi, penulis hanya mengambil masa 20-30 hari untuk menyediakan
dokumentasi. Kita ada mendengar tentang agensi yang mengambil masa selama
dua tahun tetapi dokumentasi masih tidak dapat disiapkan. Kecelaruan
inilah yang menyebabkan TC (Technical Comittee) 176 Sub-Committee 1 & 2
menekankan keperluan memudahkan dokumentasi kepada sistem bagi menghindari
over-documentation. Di bawah Seksyen 4.1 dan 4.2 ISO 9001 :2000 dinyatakan
Keperluan Sistem Dokumentasi iaitu: 1. Dasar
Kualiti dan Objektif Kualiti (Semasa
penulisan ini dihasilkan penulis bertindak sebagai supervising consultant
ISO 9001: 2000 UTM Skudai. Biro Inovasi UTM dan Fakulti Alam Bina UTM
mendapat pengiktirafan sijil ISO 9001 :2000 dalam jangkamasa 6 bulan) Anda
boleh mendapatkan contoh Manual Kualiti, Prosedur Wajib dan Prosedur Operasi
dengan menghubungi penulis. Kelima -
Keperluan Sistem 1.
Mengutamakan pelanggan Dibawah ISO
9001: 2000 banyak keperluan telah jisusun semula berbanding dengan 20 elemen
ISO )00 1 : 1994. Terdapat beberapa pembaharuan dalam komponen ISO 9001
versi 2000 yang lebih jikenali sebagai Keperluan Sistem Pengurusan Kualiti.
Secara kasarnya berikut adalah keperluan-keperluan baru dalam ISO 9001 :2000 berbanding jengan ISO 9001:1994 1.
Klausa 1.2 Application/ Aplikasi (baru) 2.
Klausa 4.2.1 Keperluan Dokumentasi (Pengukuhan)
a. Dasar
Kualiti dan Objektif Kualiti 3.
Klausa 5.1 Komitmen Pengurusan Atasan (baru) 4.
Klausa 5.5.3 Komunikasi Dalaman (Baru) 5.
Klausa 5.2 Keutamaan Pelanggan (baru) 6.
Klausa 5.4.1 Objektif Kualiti (Pengukuhan) 7.
Klausa 6.3 Infrastruktur/Prasarana (baru)
8.
Klausa 6.4 Persekitaran Kerja (baru)
9.
Klausa 8.2 Pengukuran dan Pemantauan (baru)
10.
Klausa 8.5 Penambahbaikan (baru) Keenam :
Pelaksanaan Audit Dalaman Juruaudit
Dalaman ISO 9001 :2000 perlu memahami 8 (lapan) prinsip Sistem Pengurusan
Kualiti dengan mendalam dan bagaimana prinsip-prinsip tersebut boleh
digandingkan dengan Sistem Operasi. Perlu diingat Sistem Dokumentasi ISO
9001 :2000 tidak lagi perlu diskriptif ataupun komprehensif. Keadaan ini
mung~in boleh menyebabkan kesulitan di peringkat awal bagi seseorang
Juruaudit Dalaman yang Ketujuh :
Pematuhan Kepada Standard Penutup
|
||||||||||||||||||
| Petikan daripada:Mutiara Ilmu. INTAN Kampus Wilayah Tengah. Kuala Lumpur. Jan-Jun 2002. |