Laman
Puteri Reformasi
Undur
Mahathir
Negara
OK

|
Jawapan Kepada Mahathir : Melayu Tidak Mudah Lupa! Presiden UMNO Dr Mahathir Mohamad telah menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk "Melayu Mudah Lupa" ketika merasmikan persidangan agung parti itu. Hari ini (Sabtu, 23 Jun), beliau menggulung perbahasan dan membaca sajak "Melayu Mudah Lupa". Pada akhir sajak, sekali lagi Dr Mahathir menangis! Menangis you... Dalam sajaknya, Mahathir merungut mengenai sikap orang Melayu yang mudah lupa jasa-jasa sejarah dan pemimpin -- termasuklah dirinya sendiri. Wahai Mahathir, sekiranya kamu menganggap orang Melayu mudah lupa, kamu silap besar. Orang Melayu tidak mudah lupa. Orang Melayu tidak akan lupa penganiayaan yang kamu buat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya. Orang Melayu tidak akan lupa kebiadapan bekas Ketua Polis Negara yang bertindak macam samseng terhadap Anwar. Orang Melayu tidak akan lupa anjing-anjing polis yang kamu suruh terkam pejuang reformasi. Orang Melayu tidak lupa fitnah yang kamu lemparkan terhadap PAS dan Keadilan. Orang-orang Melayu tidak akan lupa bagaimana kamu mengurung orang-orang yang tidak bersalah menggunakan ISA. Orang Melayu tidak akan lupa kebiadapan kamu terhadap Agama dengan mempersendakan Rasulullah s.a.w. Mahathir, kamu bermimpi kalau kamu ingat orang Melayu akan lupa semua itu! Menangislah kamu, melalaklah kamu... orang Melayu tidak akan lupa pengkhianatan yang kamu lakukan terhadap Agama, Bangsa dan Negara kami. Orang Melayu akan terus menuntut bela... Ingat, orang-orang Melayu akan mentalkinkan UMNO pada tahun 2004 nanti. Itu janji kami, orang-orang Melayu, yang tidak akan lupa! Pak Long
|