Laman
Puteri Reformasi
Undur
Mahathir
Negara
OK

|
`FIRAUN BAIK' BIMBANG UMAT ISLAM LEMAH? Baru-baru ini ada seorang pemimpin yang dikenali sebagai `FIRAUN BAIK' (gelaran oleh USTAZ ASTORA JABAT) telah menyatakan bahawa umat Islam sekarang lemah kerana terlalu memberikan tumpuan pada ugama Islam semata-mata. Kata-kata beliau ini memberi maksud bahawa agama Islam tidak ada kena mengena dengan ilmu dunia. Erti kata lain, agama Islam berpisah dengan keduniaan. Begitulah bila Si Jahil diberi bercakap berkenaan agama. Inilah yang dikatakan, Cerdik Tak Boleh Diikut, Bangang Tak Boleh Diajar'. Wahai `FIRAUN BAIK', Islam adalah ugama yang syumul meliputi dunia dan akhirat. Islam adalah merupakan satu-satu agama di dunia ini yang menerangkan seluruh kehidupan bukan sahaja manusia tapi setiap makhluk ciptaan Allah termasuk Jin dan Manusia. Islam juga mengajar kita segala ilmu untuk berjaya di dunia sebagai bekalan di akhirat. Bukankah dalam Al-Quran juga mempunyai ilmu politik, ekonomi, sains dan juga sosial? Dari sekecil-kecil perkara seperti adab terbersin, menguap, terkentut semuanya diterangkan di dalam agama Islam. Hinggakan sebesar-besar perkara seperti berpolitik, berekonomi, berperang, itu semuanya ada di ajar di dalam Islam. Dari awal kita lahir di dunia, bagaimana kita mesti dididik, bagaimana kita mesti bekerja dan mencari harta, bagaimana kita mesti berkahwin, sehinggalah bagaimana kita mesti menghadapi kematian yakni menghadap Allah, semuanya diajar melalui Islam. Apa pula bodohnya orang yang mengatakan belajar ugama semata-mata boleh melemahkan Islam? Jika mereka yang benar-benar belajar agama Islam dengan mendalam, pasti mereka ini akan dapat memajukan diri mereka, masyarakat serta negara mereka sendiri kerana Islam yang dipelajarinya tidak pernah mengajar agar duduk di masjid semata-mata. Ini bermakna, menuntut ilmu agama Islam akan dapat menjamin kemajuan di dunia, TETAPI menuntut ilmu dunia semata-mata sudah pasti mendapat kerugian di akhirat nanti. Contohnya mudah, apabila kita rajin membaca dan mengkaji Al-Quran serta mendalami ajaran Islam, kita akan dapati Islam menyuruh kita bekerja, meninggikan ekonomi, menyediakan peralatan perang untuk mempertahankan ugama dan negara, mentadbir rumah tangga, masyarakat atau negara dengan adil dan saksama mengikut hukum yang ditetapkan, dan banyak lagi perkara berkaitan kehidupan di dunia ini, maka kita yang beriman ini akan taat pada perintah dan ajaran Islam itu. Justeru itu, Islam pasti membangun dan kuat kerana kita mematuhi segala ajarannya. Ini berlainan sekali dengan kita hanya menuntut ilmu ekonomi atau Sains. Tingginya pengetahuan kita terhadap Islam akan memastikan kita berusaha sedaya upaya mencari ilmu-ilmu yang lain kerana itulah kehendak Islam. Jadi, mengapa Si`FIRAUN BAIK' terlalu takut umat Islam terlalu menumpukan pada pelajaran agama Islam? Apa salahnya umat Islam belajar berkenaan ekonomi Islam, Politik Islam, Undang-Undang Islam dan macam-macam lagi hukum-hukum di dalam Islam. Mengapa perlu bimbang kerana mereka tidak akan merugikan kamu wahai `Firaun Baik'. Orang yang takut pada mereka yang belajar agama ini hanyalah orang yang sepanjang hidupnya berdosa dan berbuat maksiat selalu. Mungkin ditakuti umat Islam tahu dosa-dosa dan maksiat yang telah dilakukan. Tapi, `Firaun Baik' bukan orang jenis itu. `Firaun Baik' bukan Kaki Fitnah, bukan Kaki Bohong, bukan suka hina ulama, bukan suka buat rasuah, bukan tak suka hudud, bukan suka rampas hak orang, bukan suka menipu dalam perjanjian, bukan tak suka nama Islam, bukan suka orang membuka aurat, bukan suka umat Islam murtad, bukan suka orang minum arak, bukan suka buka pusat judi, bukan...bukan..bukan... Jadi, tak perlu bimbanglah. Tidak ada dalam sejarah umat Islam mundur kerana umat Islam mendalami Islam. Yang ada tercatat dalam sejarah dan di depan mata kita sekarang ialah umat Islam mundur kerana dipimpin oleh Kaki Fitnah, Kaki Rasuah, Kaki Penipu, jahil dalam agama tapi berlagak serba tahu. Di samping itu, terdapat ulamak-ulamak yang kaki ampu dan mata duitan. Inilah sebenarnya membuatkan umat Islam mundur dan hina. Nasib baiklah `Firaun Baik' bukan dari spesis tersebut. Tapi, kenapa beliau takut dan bimbang sangat? MASSURIA NS
|