Laman Puteri Reformasi
Undur Mahathir Negara OK

         
Sikap Degil PAS Rugikan Melayu, Kata Dr Mahathir
( Lebih sesuai kalau dibaca "Sikap Degil Pas Rugikan Aku, Kata Dr Mahathir")
 
KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata sikap degil Pas dalam soal perpaduan Melayu hanya akan merugikan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Sambil memuji Angkatan Keadilan Rakyat (Akar) kerana sanggup dibubarkan demi perpaduan, Perdana Menteri berkata usaha untuk menyatupadukan orang Melayu tidak dapat dijayakan kerana keengganan Pas untuk berunding.

"Mereka enggan menyertai sebarang rundingan berkenaan perpaduan Melayu walaupun kita tidak ada tujuan untuk melihat mereka dibubarkan, dan mereka menyertai Umno atau untuk Pas menyertai BN," katanya pada Perhimpunan Khas Akar di sini hari ini.

Perhimpunan berkenaan menyaksikan pembubaran Akar, sebuah daripada komponen parti Barisan Nasional di Sabah, dan anggotanya beramai-ramai menyertai Umno.

"(Pas) tidak seperti Akar yang sanggup berkorban," katanya.

Dr Mahathir juga berkata Umno telah membuktikan kesungguhan untuk mengukuhkan perpaduan Melayu termasuk menerima semula bekas anggota Semangat 46, iaitu sebuah parti serpihan Umno.

Malah, katanya, seorang bekas pemimpin parti itu kini menganggotai kabinet.

"Pas adalah serpihan Umno.

Pada mulanya Pas tidak wujud, mereka tidak sedarpun perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union," katanya.

Pada sidang berita kemudian Dr Mahathir ditanya sama ada beliau mempunyai perancangan tertentu membabitkan Tengku Razaleigh Hamzah, memandangkan sudah ada bekas pemimpin Semangat 46 yang berada dalam kabinet.

Dr Mahathir berkata: "Beliau sudah berada dalam Umno dan dalam BN, apa saja yang berkaitan dengannya adalah satu soal proses.

Ada pemimpin (Semangat 46) seperti Datuk Rais Yatim sudahpun berada dalam kerajaan tetapi itu tidak bererti mana-mana pemimpin parti yang menyertai Umno dan BN mesti tiba-tiba diberi jawatan tertentu." -- BERNAMA

 
Hosted by www.Geocities.ws

1