Laman
Puteri Reformasi
Undur
Mahathir
Negara
OK

| Thursday April 12
Oleh Rozaid Rahman KUALA LUMPUR, Rabu 18 April – Menteri Perdagangan Dalam Negeri
Menurut sumber tersebut, Muhyiddin telahpun dipanggil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bagi dimaklumkan mengenai pelantikan itu. Bagaimanapun AgendaMalaysia (AM) difahamkan, beliau akan memangku jawatan itu untuk tempoh tiga bulan. Ini kerana, Tun Daim Zainuddin yang menyandang jawatan itu sekarang
akan
Sekiranya pelantikan Muhyiddin menjadi kenyataan, maka ia dengan sendirinya mengesahkan desas-desus bahawa Daim akan meninggalkan kerajaan dalam tempoh terdekat ini. Cuma spekulasi hangat berhubung isu peletakan jawatan Daim ini ialah tempatnya akan diambil alih oleh bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li. Namun dengan pemilihan Muhyiddin ini, soalan mengenai kedudukan Ku Li kembali menjadi tandatanya. Menurut sumber itu lagi, ada kemungkinan Muhyiddin hanya sekadar mengisi kekosongan tersebut untuk satu jangka masa tertentu sahaja sebelum Ku Li secara rasmi dibawa masuk semula ke dalam barisan kabinet tetapi itu semua bergantung kepada sejauh mana percaturan yang akan dibuat oleh Dr Mahathir. Ketidakhadiran Daim dalam beberapa majlis utama dan juga mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno Isnin lalu telah menyebabkan desas-desus mengenai peletakan jawatannya menjadi semakin hangat diperkatakan bukan sahaja di kalangan ahli-ahli politik malah di kalangan pemain pasaran dan penganalisa pasaran kewangan serta ekonomi. Penunjuk indeks yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini semakin mengesahkan khabar-khabar angin itu. Ini ditambah lagi dengan tindakan Dr Mahathir melakukan kunjungan rasmi ke Gua Musang di mana Ku Li adalah ahli Parlimennya dan juga ketua Umno Bahagian Gua Musang beberapa minggu lalu. Kunjungan tersebut telah menyakinkan ramai pihak bahawa Dr Mahathir sedang cuba untuk membawa semula Ku Li ke dalam barisan kabinetnya. Jika itu menjadi kenyataan, sudah tentulah spekulasi yang paling hampir ialah beliau akan mengantikan Daim sebagai menteri kewangan. Bagaimanapun, dengan perkembangan terbaru mengenai kedudukan Muhyiddin ini, sudah tentulah senario spekulasi tersebut akan berubah angin. Hubungan di antara Dr Mahathir dan Daim telah menjadi buah mulut ramai
sejak akhir-akhir ini kerana beberapa tindakan pelan ekonomi perdana menteri
jauh bertentangan dengan kerangka ekonomi yang disediakan oleh Daim. Antara
lain yang disebut-sebut sebagai langkah yang tidak dipersetujui oleh Daim
ialah pelan
Bagi Muhyiddin pula, jika pelantikan ini menjadi kenyataan, ia merupakan satu lonjakan politik yang memberi signifikan utama dalam halatuju masa depannya dalam kerajaan. Mula dikenali sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim, Muhyiddin mendaki tangga kerjaya politiknya dari platform Pemuda. Beliau memenangi jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada era Anwar menjadi ketua pemudanya. Muhyiddin kemudian dilantik sebagai timbalan menteri selama satu penggal sebelum dibawa balik ke Johor oleh Dr Mahathir bagi mengantikan Datuk Ajib Ahmad sebagai menteri besar selepas krisis pemilihan Umno 1987. Ketika menjawat jawatan menteri besar, Muhyiddin telah berganding bahu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dalam apa yang dikenali sebagai Team Wawasan yang diketuai oleh Anwar pada pertandingan Umno 1993 dan menang kerusi naib presiden Umno dengan memperolehi undi terbanyak. Pada tahun 1995, Muhyiddin telah dibawa semula ke pusat dan dilantik sebagai menteri Belia dan Sukan. Beliau mengambil alih jawatan Datuk Abdul Ghani Othman yang bertukar tempat dengannya di Johor. Bagaimanapun, pada pemilihan parti tiga tahun berikutnya iaitu pada tahun 1996, Muhyiddin gagal mempertahankan kerusi naib presidennya. Beliau telah tewas dengan teruk sekali. Anak jati Muar itu telah kembali mendaki tangga hirarki Umno pada pemilihan parti tahun lalu apabila berjaya merampas semula jawatan naib presidennya dengan mengalahkan beberapa tokoh Umno yang lain termasuklah pengantinya di Johor iaitu Ghani Othman. Kemenangan Muhyiddin kali ini agak memeranjatkan kerana dari segi undi
beliau tidak berada dalam tiga senarai teratas. Nama Muhyiddin kemudian
disebut-sebut sebagai salah seorang tokoh Umno yang perlu diberi perhatian
Pelantikannya sebagai pengerusi jawatankuasa pindaan perlembagaan parti
oleh Dr Mahathir dilihat sebagai satu endorsement kepada kebolehannya mengendalikan
satu isu yang rumit. Malah di akhir persidangan agung khas
Sekiranya pelantikan Muhyiddin menjadi kenyataan, beliau nampaknya telah ditunjuk oleh pucuk pimpinan sebagai bakal pemimpin utama negara ini.
|