Laman
Puteri Reformasi
Undur
Mahathir
Negara
OK

|
KRISIS KEYAKINAN RAKYAT MALAYSIA Kita pun sebenarnya
tidaksukar untuk menduga bahawa
masyarakat Malaysia kini sedang dilanda krisis. Krisis itu bukanlah datangnya
dari luar, bukan pula krisis kebudayaan, ataupun krisis pelajaran. Krisis
yang dimaksudkan itu lebih bersifat psikologikalatau
pun bersifat kejiwaan. Atau dengan kata lain, masyarakat Malaysia sudah
sakit jiwa, oh ya tidak! Masyarakat Malaysia sebenarnya sedang dilanda
krisis keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri. Atau pun boleh
dikatakan begini; masyarakat Malaysia telah kehilangan kepercayaan terhadap
diri sendiri akibat tekanan yang kuat dari sudut politik, ekonomi, sosial
dan semua sudut kehidupan oleh pemimpin agungnya sendiri; iaitu seorang
diktator tua bergelar Mahafiraun yang menguasai semua bidang penting negara.
Mahafiraun menguasai bidang politik, kehakiman, pentadbiran, ekonomi, ketenteraan
bahkan semua aspek kenegaraan. Penguasaan itulah yang menjadikan diktator
tua itu mendabik dada saban hari mengatakan bahawa dialah yang paling berkuasa,
dialah yang paling bijak, dialah yang paling tepat membuat keputusan penting
negara. Mengapakah
tidak ada bantahan dari rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Umno? Barisan
pembangkang memang sentiasa membantah apa saja yang tidak kena yang disuarakan
oleh Mahafiraun. Tetapi bantahan itu akhirnya tinggal bantahan sahaja.
Tidak ada yang berani membuat lebih dari itu. Sekiranya ada yang cukup
berani sehingga sanggup mengadakan demonstrasi jalanan, kesemuanya akan
ditangkap di bawah akta jahanam ISA itu. Inilah yang terjadi kepada ramai
pemimpin-pemimpin Keadilan. Tidak ada yang dapat kita lakukan lebih dari
itu. Sekadar berdemonstrasi. Mengapa terjadi demikian? Mengapa orang Melayu,
China, India dll tidak berani membantah Mahafiraun? Mengapa orang Umno
dilanda sindrom bisu, sekalipun mereka tahu Mahafiraun itu zalim, mengaut
kekayaan negara untuk kepentingan diri sendiri dan para kroni! Mengapa
ulama Umno membisu sedangkan Mahafiraun bercakap sesuatu tentang agama
tetapi asyik sahaja tersalah fakta bahkan dilihat sebagai mempermainkan
agama? Inilah penyakit rakyat Malaysia. Rakyat yang sedang dilanda krisis.
Krisis kejiwaan: hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri. Bukan
di negara ini tidak ada orang yang berani. Bukan di negara ini tidak pernah
ada pahlawan. Bukan di negara ini tidak ada yang berjiwa pejuang. Tetapi
entah kenapa, semua yang dilakukan serba tidak kena. Sehingga ini, sudah
lebih dua puluh tahun Mahafiraun memerintah, memegang tampuk kuasa, namun
belum ada seorang pun yang berjaya memintasnya, tidak ada seorang pun yang
berjaya mengalahkannya, tidak ada seorang pun yang berani meningkah kata-katanya.
Kalau pun ada yang berani meningkah kata-katanya, yang berani memintas
kekuasaannya, orang itu akan dihumbankan ke dalam penjara tanpa diadili,
atau pun diadili tanpa “keadilan”. Inilah nasib orang Malaysia. Inilah
malangnya nasib menjadi orang Malaysia . Orang Malaysia yang berjumlah
23 juta orang itu tidak mampu menumbangkan seorang diktator yang sedang
memijak-memijak kepala kita, yang memperbodoh-bodohkan kita, dan yang memperma
in-mainkan kita dengan kata-katanya yang palsu setiap hari. Bahkan sebaliknya
setiap hari ada sahaja yang memujinya. “Kita
sangat bangga dengan PM kita ,”kata Tajul Rosli dalam satu perhimpunan
belia baru-baru ini. Inilah mentaliti rakyat Malaysia, khususnya orang-orang
Umno. Mahafiraun
kini adalah ibarat duri dalam daging yang tidak mampu dinyahkan oleh orang-orang
Malaysia dari tampuk kuasanya. Dia telah mencipta dirinyasehingga
menjadi diktator yang paling berkuasa kini. Semua akta ada di tangannya.
Semua kuasa ada di tangannya. Siapakah yang berani menentang Mahafiraun
wahai rakyat Malaysia? Tidak
ada..Hanya ada seorang, orang itu kini berada dalam penjara Sg. Buluh dan
sedang menderita sakit tulang belakang. Selebihnya adalah pekikan dan teriakkan“undur
Mahathir undur” tetapi Mahafiraun masih tetap di situ, di tampuk kuasa
dan telah berlalu dua puluh tahun keadaan ini. Namun rakyat Malaysia tidak
mampu mencabut duri dalam daging ini, duri yang bakal memusnahkan negarasehingga
hasil mahsyulnya menjadi kering kontang. Apakah rakyat Malaysia penakut?
Mungkin ia mungkin tidak. Atau rakyat takut kepentingan survivalnya terganggu?
Entahlah . Sama-samalah kita fikirkan. Kita
fikirkan kenapa rakyat negara kita tidak mampumenolak
kuasa seorang diktator tua yang telah berumur lebih 75 tahun itu. Kenapakah
dia masih berkuasa, sedangkan dia menzalimi orang lain, mengikis kekayaan
negara, memperhambakan orang-orang Melayu, menipu kaum China dan India
dengan pelbagai janji. Mahafiraun juga menakut-nakutkan rakyat tentang
keamanan yang mungkin terjejas jika berdemonstrasi atau menukar kerajaan.
Ia juga menakut-nakutkan kita dengan peristiwa pergaduhan kaum yang mungkin
berlaku sekiranya politik tidak stabil. Ia juga menakutkan kita dengan
kuasa asing yang mungkinmengambil
kesempatan jika keadaan ekonomi dan politik negara ini tidak stabil. Sebenarnya
siapakah yang takut dalam hal ini? Tentunya Mahafiraun sendiri lebih takut
akan kehilangan kuasa lalu mencanangkan semuanya itu agar tidak ada usaha-usaha
untuk menumbangkan kuasanya. Kini
Mahafiraun berada di penghujung hayatnya. Di penghujung kuasanya. Tetapi
dia masih berkuasa. Seorang pun tidak mampu menumbangkannya. Dia masih
gagahdi tampuk kuasa itu sekalipun
dia sedang membilang hari-hari terakhirnya. Mengapakah dia masih tidak
mampu ditumbangkan? Inilah sebenarnya krisis rakyat Malaysia? Krisis yang
harus sama-sama kita fikirkan. Sama-sama kita cari jalan penyelesaian.
Jika tidak, negara kita musnah dan kampung kita tergadai. Marilah kita
cari formula bagi mengatasi masalah ini. Sama-samalah kita fikirkan. Selamatkanlah
Malaysia wahai orang-orang Malaysia! AlKundangi,
|