Laman Puteri Reformasi
Undur Mahathir Negara OK


Hujan

Assalamu’alaikum ww Saudara Saudari Seperjuangan
Salam Sejahtera @ Salam Reformasi

Hujan

Mendung yang menyelubungi gunung ganang dan bukit bukau telah meruahkan hujan mengurniakan  kerahmatan Allah SWT yang meliputi seluruh alam, menyegarkan makhluknya yang di pergunungan, dimana yang hijau menambahkan kehijauannya , melembab dan melembutkan  bumi menjelaskan tanpa nafi, kehidupan akan bersambung untuk hari hari kedepan. Titik titik hujan yang halus ditadahkan dipergunungan meredah turun sambil menghakis tanah dan galian digunung melewati kekaki gunung mencari jejari dan anak anak sungai untuk meneruskan tugas tugasnya untuk menyuburkan sawah dan ladang dilembah dan dataran.

Insanlah yang di amanahkan sebagai Pengaturcara olih Allah swt untuk membangun dan membina masyarakat supaya berfikir untuk membina taraf hidup yang telah menjadi lumrah kehidupan didunia. Empang empangan dibina merentangi gunung dan bukit supaya air dapat diguna dengan penuh cermat dan berhemat, waspada apa akan berlaku dimasa akan datang, sebagai benteng mempertahan kemungkinan kemungkinan kemarau panjang akan hadir. Nah!!! saksikanlah kebesaran Allah swt atas kurnianNya yang telah menghidupkan dan menyuburkannya, insan yang Pengacara kehidupan dipilih sebagai khalifah diantara segala makhluk, hanya menabur benih dan menikmati hasil nya sahaja tanpa ragu ragu  Apabila insan menikmati kemakmuran maka kemajuan akan menghampiri dan terbinalah berbagai bangunan yang indah ditepi dan kuala kuala sungai sebagai tempat berteduh sementara  menunggu hari hari akhir hayat dikandung badan. 

Segala segala nya mewangikan   dan mengindahkan…..
 
Sungai sungai akan bertambah seri dan indah apabila air mencecah  tebing segala sampah dan bahan kotor yang membusukkan akan dihanyutkan bersama kederasan air menuju kelautan dalam yang tidak pernah kering dengan air.

Tetapi awas!!!  segala gala nya akan berubah sekelip mata dengan Kudrat IradatNya  apabila kemaraunya datang sepanjang panjangnya, pokok akan mati kepupusan dan membotak kan pergunungan, jejari dan anak anak sungai akan meninggalkan kesan kesan  batu batu bulat; tiada berlumut, kerana telah dihakis oleh air, pada ketika itu hanya lelehan air yang mengalir dicelah celah batu, sedikit demi sedikit air bertakung diempangan yang dibina atas kebijaksanaan insan.

Naluri insan memang begitu apabila nafsu menguasai akal kewibawaan dan maruah akan diperjudikan, tamak dan haloba sebagai petunjuk, setiakawan dipijak ranap supaya tercapai hasrat, maka tersurat lah apa yang tersirat. Empangan yang penuh tadi telah dibolos walaupun saat saat genting, airnya  menyerap keluar tanpa pengetahuan justeru menghampakan harapan  sejagat. Air mengalir meninggalkan empangan hingga kering kontang, sungai sungai meninggalkan semua yang buruk didasar nya. Sungguh sedih apa yang mata melihat, hidung yang menghidu,  telinga yang mendengar, sungguh jijik, sangat memalukan  dan air sungai akan mengalir hingga ketitisan terakhir di telan lautan yang tidak pernah menyebut  kekenyangan   

Firman ALLAH SWT Bismillahi……   Katakan: JADI ! maka jadilah………………..
….padang jarak padang terkukur,
….sunyi sepi bagaikan mengintai dalam kubur

angkara nafsu membuak buak  bikinan  hati mahu lanjur
hati insan (rakyat) dah terbakar dan meracau, kenangkan amanat diliwat dilacur 
nun dihujung sana….aaah…dah pun hilang!  Hilang  arah ….hilang masyhur
karam di Laut Merah mencungap, tersumbat dek lumpur
maka …tinggal lah dunia fana ini nisan tanpa nama  tanpa khabar

Demikian lah tamsilnya senario dan suasana Malaysia Hari Ini untuk sama sama kita renungi dan imbau kembali zaman kesemua tokoh kepimpinan yang sama sama berpadu bersama rakyat meredah dan mengharungi zaman kesulitan hidup untuk mendapatkan secebis kemerdekaan yang sangat besar pengertiannya pada rakyat demi membina dan membangun bermodalkan semangat dan iltizam ingin maju 

Wahai UMNO@BN  dan PENCACAI lihat lah apa yang telah kamu perlakukan terhadap rakyat yang sentiasa ingin berkorban untuk negara yang dicintainya, taik yang kamu cambahkan diseluruh nusantara telah membusuk dan memusnahkan harapan rakyat, taik yang kamu meruahkan diatas gunung dan bukit telah mula mengalir, meluluhkan, merobek dan mencairkan batu batu digunung;  hingga kan gunung gunung  tidak sanggup menanggung dosa musibat yang telah kamu lakukan. 

Tergamak kamu kalian! Sanggup kamu kalian ! 

Melihat rakyat tanpa dosa meratapi kesengsaraan, penganiayaan demi penganiayaan tanpa rasa kasih sayang sesama insan  Tirai kemiskinan telah mula melabuh pemisah antara IMAN dan KUFUR. Insan yang kufur  masih mahu  berlakun dipentas dunia yang fana penuh dengan hipokrit dan kepalsuan.  Bagi yang beriman akan berpijak  diatas bumi yang nyata sambil merendah diri dan mengharap ihsan dan redza ALLAH SWT. 

Saksikanlah sendiri wahai Rakyat Marhaen sekalian!!! Drama sandiwara masakini  mereka yang penuh dengan  adegan dan babak babak  yang memualkan dan menjelekan. Mereka UMNO @ BN & PENCACAI tidak sedar yang pentas mereka dah mulai berlubang dan dah berjongkang jongket hanya menunggu masa untuk runtuh sementelahan bumi bersiap siaga untuk menelan mereka mereka yang durjana dan khianat terhadap amanat dan kedaulatan rakyat marhaen sekelian.    

Bersambung ……

Wassalam 

Sorayanii
Perlis 15hb Jun 2001

[email protected]

….satu ungkapan untuk Dato’ Seri Anwar dan LAPAN WIRAWAN REFORMASI  yang masih dalam Tahanan  ISA 

“Mengapa bertanya pada Senjakala,
Kan Ilahi tu Benar, Kekal dan Ada
….jesteru dengan izinNya ……
Bersapalah pada Sang Suria 
Sesungguhnya Sang Suria lah  pemisah gelap gelita  yang sentiasa mendakap erat pada malamnya”  

 

Hosted by www.Geocities.ws

1