Laman
Puteri Reformasi
Undur
Mahathir
Negara
OK

|
PERUTUSAN KHAS “BLACK 14” Akibat daripada kenyataan “Gila” dan “Mengaibkan” Haji Norian Mai yang baru sahaja pulang dari Tanah Suci Mekah berhubung pelancar roket dan bom tangan yang akan digunakan oleh penganjur Upacara Penyerahan Memorandum Rakyat 14 April, pihak pentadbiran ANGKASA telah membatalkan kebenaran menggunakan Auditorium Wisma Ungku Aziz di atas sebab-sebab keselamatan (Surat Pembatalan Dilampirkan). Sehubungan dengan itu, Pemuda Barisan Alternatif telah mencapai kata sepakat untuk menangguhkan Konvensyen Ekonomi Pemuda Barisan Alternatif dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada upacara penyerahan Memorandum Rakyat pagi esok. Walaubagaimanapun, Ceramah Perdana sempena “Hari Menentang Kezaliman” akan tetap diteruskan pada malam ini di Markas Tarbiyyah Pas Taman Melewar. Semua Pimpinan dan Pendokong Pemuda Barisan Alternatif diseru untuk bersama-sama dengan kelapan-lapan pimpinan Barisan Alternatif yang akan dipimpin oleh YB Datin Seri Wan Azizah untuk memastikan program tersebut berjaya. Dengan kemampuan pasukan khas Haji Norian yang cukup terlatih menggunakan pelbagai senjata untuk menyerang FRU sepertimana yang dipertontonkan kepada kita sewaktu melancarkan 4 biji “Water Canon” yang bernilai RM 8 juta Rabu lalu, adalah dinasihatkan agar kita mampu mendisiplinkan diri meskipun apa yang dilakukan oleh pasukan FRU esok membangkitkan kemarahan kita. Kesabaran dalam mengawal perasaan dan kepatuhan menerima arahan pimpinan amat penting bagi memastikan kita tidak termakan umpan para provokator. Pihak penganjur akan mengistiharkan nama Maestro yang bakal mengeluarkan arahan-arahan dari masa kesemasa pagi esok. Arahan dan perkembangan terkini juga akan disalurkan melalui SMS. Pelanggan Maxis (012) dan Celcom (019) digalakkan untuk menghantar no telefon dan e-mail mereka kepada [email protected] untuk mengikuti perkembangan semasa Majlis Penyerahan Memorandum Rakyat sempena Ulangtahun Ke 2 “Hari Menentang Kezaliman” 14 April, 2001. “KATAKAN TIDAK KEPADA KEZALIMAN” LOKMAN ADAM
http://www.geocities.com/preformasi/ |