Laman Puteri Reformasi
Undur Mahathir Negara OK


         Luahan Rasa Seorang Ahli UMNO Bahagian Mentakab

 Maaf kerana sebagai ahli UMNO, aku menumpang meluahkan perasaan di sini. Aku dahului dengan ucapan terima kasih buat para pengendali laman.

Aku merupakan seorang ahli UMNO salah satu cawangan dalam bahagian Mentakab, Pahang Darul Makmur. Kira-kira dua bulan yang lepas selesai pertandingan merebut jawatan di dalam Bahagian Mentakab.

Maka sebagai seorang ahli UMNO dan bernaung di bawah PEMUDA UMNO, aku bekerja bersungguh-sungguh di cawangan di mana aku menjadi ahlinya bagi memenangkan calon pilihan para YB. Kira-kira aku ini bolehlah di katakan 'seperahu' dengan kroni-kroni YB. Salah seorang calon adalah Sdr. Redzuan Zaaba, yang bertanding bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian.

Bertukus lumuslah aku dan beberapa lagi ahli UMNO bagi memenangkan Sdr. Duan Zaaba ini. Boleh di katakan saban hari tak kira siang atau malam, kami 'mengitar'ahli-ahli untuk mendapatkan pencalonan untuk Sdr. Duan Zaaba. Dan akhirnya Sdr. Duan Zaaba berjaya mendapat pencalonan terbanyak. Di pendekkan cerita, Sdr. Duan Zaaba ini berjayalah menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian.

Malangnya, setelah berjaya, kami seperti di lupai terus malahan terasa seperti di hina. Pertama kali 'terkena', kami masih lagi beranggapan kemungkinan Sdr. Duan tidak perasan kehadiran kami maka Sdr. Duan tidak menegur kami walau kami melambaikan tangan.

Kali kedua juga begitu, tapi kami masih lagi beranggapan yang serupa. Sdr. Duan tidak nampak kami. Tapi apabila masuk kali ketiga, hinggakan bahu pun berlaga apabila berselisih, dan Sdr. Duan memandang dengan tajam kepada kami dengan muka seperti ingin memakan kami, kami sungguh terperanjat. Tak sangka kerana Sdr. Duan begitu cepat lupa kepada kami dan begitu cepat berubah. Dari seorang yang begitu manis muka ketika 'meraih' simpati dari kami dahulu kini berubah menjadi 'lebeh YB dari YB!'.

Dahulu kami pernah di bagitahu, Sdr. Duan sendiri tidak berapa di sukai di kalangan pemuda kampung Sdr. Duan sendiri kerana mereka mengatakan Sdr. Duan seorang yang 'EGO' tapi kami mengambil sikap tidak peduli dan juga kerana rasa hormat kami pada YB Mohamad Jaafar yang begitu mesra dengan kami.

Inikah bakal pemimpin kami satu hari nanti?. Baru mendapat sedikit kuasa sudah begitu riak dan lupa kepada ahli-ahli di peringkat bawahan?. Kami mungkin tidak mempunyai kelayakan atau ketokohan untuk menonjolkan diri sebagai Sdr. Duan tapi kami juga bukanlah manusia tidak ada harga diri yang boleh Sdr. Duan campak apabila sudah tidak di perlukan lagi. Ingat! kami ahli di peringkat akar umbi juga boleh menaik dan menjatuhkan Sdr. Duan, sebab tanpa kami, Sdr. Duan tidak kemana.
Kalau kami ingin membalas dendam atau mengikutkan perasaan, kami boleh dedahkan secara terperinci apa yang terjadi sepanjang proses melobi sehinggalah di malam pengundian. TERPERINCI!. Tapi kalau di dedahkan, banyak yang angkat terlibat, jadi kami mengambil sikap tunggu dan lihat, adakah Sdr. Duan akan berubah atau terus dengan sikap 'EGO' tak bertempat Sdr. Duan itu. Tapi, rasanya tidak mungkin Sdr. Duan akan berubah lebeh-lebeh lagi bila dah berkereta 'mercedes bermata belalang'!. Patutlah beria-ia benar melobi untuk jawatan dalam Pemuda Bahagian, hasilnya sungguh mengagumkan!.

Kerba Tepi Leboh

Hosted by www.Geocities.ws

1