Laman
Puteri Reformasi
Undur
Mahathir
Negara
OK

| Tun
Daim Zainuddin Sudah Bersara?
(Has Tun Daim Zainuddin Resigned?) Seandainya perkara yang lampau menjadi pedoman, bererti Perdana Menteri telah pun memperakukan betapa Tun Daim Zainuddin akan bersara sebagai Menteri Kewangan. Ketika pulang daripada menghadiri Puncak G-15 di Jakarta, dia memberitahu betapa dia tidak tahu menahu akan persaraan itu. Namun, cara dia menyebutnya telah menyerlahkan satu pembohongan. Kalau dia berura-ura mencetuskan satu kejutan, dia gagal segagalnya. Seandainya dia memikirkan dia bijak, ternyata kebijaksanaannya tidak pun ke mana. Mengikut New Straits Times, dia telah ditanya samada Tun Daim sudah meletakkan jawatannya; dia menjawab “Saya tidak tahu, adakah dia menyebutnya?” Utusan Malaysia telah pun melaporkan desas-desus itu semalam 1 Jun, 01. Dia menjangkakan Tun Daim akan bersara, bukan sahaja dua jawatan kabinetnya, malahan juga jawatannya sebagai Bendahari Umno. Kini, perbincangan hangat menyebut-nyebut siapa yang akan menggantikan Daim. Mengikut aliran pemikiran pagi tadi, ada orang luar yang akan dibawa masuk. Dia akan mengangkat sumpah sebagai seorang senator minggu depan dan dilantik menjadi menteri kewangan. Dia merupakan satu tempelan sahaja kerana satu rombakan kabinet dijangka akan dilaksanakan sebaik sahaja persidangan UMNO berlangsung di akhir bulan ini. Sebelum bertolak ke Jakarta itu, Mahathir ada berunding dengan Tengku Leigh untuk satu waktu yang panjang mengikut penelitian satu sumber. Tempoh percutian Tun Daim selama dua bulan itu berakhir pada hari Khamis. Namun dia menghabiskannya di pejabat sambil menghadiri majlis rasmi, walaupun tidak menghadiri mesyuarat kabinet ataupun persidangan Majlis Tertinggi UMNO. Satu ketika dulu Mahathir dan Daim adalah laksana isi dengan kuku. Tetapi kini, tidak lagi begitu. UMNO sudah lama mahukan penyata kewangannya yang dikendalikan oleh Tun Daim yang masih belum lagi membentangkannya. Tiga bulan dulu, Majlis Tertinggi UMNO telah memintanya lagi, dan Daim ada berjanji memberikannya. Ada pelapor mengatakan Mahathir tidak bersikap melindunginya lagi seperti dulu-dulu dan mahukan juga penyata itu. Selepas itulah Daim mengambil cutinya. Pada kelazimannya apabila menteri kabinet pergi bercuti segala tugasnya diambil alih oleh seorang pengganti. Tetapi, Daim menghabiskan cutinya untuk berada di pejabat dan menghadiri majlis rasmi yang sepatutnya dihadiri oleh pemangku yang ditugaskan menggantinya. Akar umbi UMNO menganggap Daim sebagai si pintar berhati syaitan di belakang Perdana Menteri. Selagi dia terus kekal di jawatannya baik dalam kerajaan ataupun dalam UMNO, ia dilihat melumpuhkan kedudukan Mahathir, yang semakin dihenyak oleh kemelut yang membabitkan Anwar Ibrahim. Tun Daim memang sudah memberitahu kawan-kawannya yang dia mahu berundur. Semalam desas-desus itu semakin menjadi-jadi. Apapun dia mesti berundur juga, untuk kebaikan masa depan politik Mahathir. Daim telah menyalahgunakan jawatannya untuk memperkayakan para kroni. Hampir setiap projek penswastaan dikaitkan kepada namanya dan para kroni. Kisah MAS yang diselamatkan, TimedotCom yang menjijikkan, pembelian Pos Malaysia oleh Phileo Allied, perkhidmatan sokongan kesihatan (yang melibatkan salah seorang anak perdana menteri )memang dikait rapat dengan Daim. Selama ini Mahathir tidak rela mendengar kritikan terhadap sahabatnya itu, dan sengaja memperlekehkannya. Kini, dia sudah tidak mampu menanggungnya lagi. Berbeza dengan tindakannya memecat Anwar Ibrahim dulu, dalam kisah membabitkan Daim ini, Mahathir sengaja berlengah-lengah sehingga perkara itu hampir menelannya sama. UMNO kini mahukan jawapannya. Tun Daim pernah bersikap lebih ganas daripada Mahathir kerana mahukan Anwar dimusnahkan sehingga kerajaan pun akan turut termusnah sama. Bahana tersilap congak ini sudah tentu bukan kesan kerja Mahathir kerana beliau memang lebih pintar sebagai ahli strategi dan taktik politik. Namun, kerana kepercayaannya, dia turut akur dengan muslihat Daim. Apa yang mereka lakukan itu amat bertentangan dengan budaya orang melayu kerana itu mereka pun tercampak sama ke lembah kehinaan dan masih tidak berupaya mendaki naik untuk menyelamatkan martabat yang sudah diperlekehkan. Persidangan perhimpunan UMNO akhir bulan ini memerlukan satu majlis yang amat penting yang perlu ditangani oleh Mahathir. Dulu, ada desas-desus betapa Daim merancang mengemukakan undi tidak percaya terhadap Mahathir, kini takkan perkara itu akan terjadi. Penderhakaan adalah sesuatu yang tidak diampunkan dalam politik Melayu. Tun Daim memang dibenci oleh UMNO sehinggakan dia tidak akan mampu menyelamatkan air muka walaupun ada berbilion ringgit yang mudah digerakkannya. Selalunya apabila malang merundung diri, orang Melayu lebih merujuk kepada tata budayanya daripada kekayaan yang baru diperolehi. Akhirnya Mahathir tidak
ada pilihan lagi selain memecat Daim
sebagai menteri kewangan. Itulah reaksi yang
ditunjukkannya setiba pulang daripada Jakarta,
yang memang menyerlahkan muka selambanya.
Malahan, sama ada Daim akan berundur ataupun tidak
sudah dikaitkan dengan satu siri penangkapan
di bawah ISA lagi. Bagaimana caranya penangkapan
ini boleh dilakukan, selepas Mahkamah
Tinggi membuat keputusan minggu lalu melepaskan
dua orang tahanan mengikut Akta itu,
masih samar lagi. Ketua Polis negara sudah pun
mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu,
yang akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan
minggu hadapan, dan bukannya semasa Persidangan
UMNO akan dikendalikan. Mahkamah Persekutuan
pun sudah tersengat. Dua orang yang
ditahan telah dibebaskan kerana polis menangkap
mereka tanpa peraturan. Tanpa peraturan yang
sempurna Mahkamah Tinggi menganggap penangkapan
mereka sebagai tidak kena pada tempatnya.
Tetapi, ia tidak pula menyebut apakah
ISA itu sesuatu yang sah, cuma mengatakan
kalau ia mahu digunakan ia mestilah
mengikut peraturan yang tertentu dan tidak
secara semberono sahaja. Dengan lain perkataan
episod Daim adalah satu lambang penguasaan
Mahathir akan akar umbi partinya. Itu
sebabnya perkara ini sudah semakin menjalar
padahnya.
MGG Pillai. |