Laman Puteri Reformasi
Undur Mahathir Negara OK

Tun Daim hantar "undi tidak percaya" kepada PM
Oleh Ismail Hashim

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Fadzil Noor menyifatkan perletakan jawatan Tun Daim Zainudin sebagai satu tindakan "undi tidak percaya" terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana, Tun Daim telah diberikan tanggungjawab yang sangat besar oleh Perdana Menteri dan tiba-tiba beliau meletak jawatan, kata Ustaz Fadzil ketika mengulas perletakan jawatan Tun Daim.

Sehubungan itu, kata beliau adalah wajar Dr Mahathir sendiri meletakkan jawatan.

Antara jawatan yang dilepaskan oleh Tun Daim 1 Jun lepas adalah Menteri Kewangan, Menteri Tugas-tugas Khas dan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Tun Daim juga turut melepaskan jawatannya sebagai Bendahari Umno dan kini hanya mengekalkan jawatannya sebagai anggota Parlimen Merbuk.

Selain Tun Daim, turut meletakkan jawatan adalah setiausaha-setiausaha di pejabat Menteri Kewangan.

Sementara itu, seorang tokoh korporat sangat bimbang dengan prestasi ekonomi negara terutama di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) kerana hampir 70 peratus nilai saham dalam BSKL dikawal oleh Daim.

Dia bimbang kalau-kalau Tun Daim menarik keluar semua saham yang dikawalnya itu dari BSKL, "Apa akan berlaku kepada BSKL?".
 

Hosted by www.Geocities.ws

1