Laman
Puteri Reformasi
Undur
Mahathir
Negara
OK

|
KEZALIMAN MAHATHIR KIAN MEMUNCAK? Mahathiradalah Perdana Menteri yang paling zalim dalam sejarah Malaysia menjelang abad ke 21. Dari peringkat usia kanak-kanak hinggalah orang dewasa dan tua, semua orang tahu Mahathir adalah paling zalim. Orang-orang Umno pun tahu, tetapi mereka pura-pura tidak tahu. Tatajahal, kata Assyahid Ustaz Ibrahim Libya hampir dua puluh tahun berlalu. Tatajahal adalah kata kerja yang berasal dari jahala. Jahala bermakna jahil, manakala tatajahal bermakna berpura-pura jahil. Itulah sikap orang Umno terhadap Mahathir. Oleh kerana Mahathir zalim, para pengendali laman-laman web reformasi lebih suka memanggilnya Mahazalim, atau Mahafiraun, kerana Firaun adalah orang yang paling zalim dalam sejarah tamadun manusia. Kezaliman
Mahathir bukanlah sesuatu yang baru, meskipun sesetengah orang Melayu baru
saja mengakuinya bahawa dia adalah Mahazalim. Di awal dekad lapan puluhan,
iaitu di awal kariernya sebagai PM, Assyahid Ibrahim Libya adalah mangsa
kezaliman Mahathir bersama-sama dengan tiga belas yang lain. Mereka semua
mati syahid kerana tidak mahu ditahan di bawah ISA yang zalim itu. Mereka
tidak rela menyerah, sehinggalah suatu hari pusat pengajian yang dikendalikan
oleh Ustaz Ibrahim diserang oleh sekumpulan polis dari Unit Tindakan Khas
(sekarang PGA). Maka terjadilah tragedi Memali yang sehingga kini belum
dapat diselesaikan oleh mahkamah di Malaysia. Kemudian
timbul isu BMF di mana berpuluh juta lesap dari akaun Bumiputra Finance,
anak syarikat Bank Bumiputra yang kini tinggal nama sahaja. Maka ditahanlah
siapa yang patut dijadikan kambing hitam dan diadili di Hong Kong. Seorang
eksekutif kanan BMF diarahkan ke Hong Kong untuk membantu siasatan. Setibanya
di Hong Kong, Jalil Ibrahim, eksekutif kanan berkenaan dijumpai mati ditembak.
Adalah dipercayai dia ditembak atas arahan Mahathir, demi untuk menutup
kes penyelewengan berkenaan. Inilah salah satu lagi dari kezaliman Mahathir.
Berikutnya Audit Negara mengeluarkan kertas putih BMF. Oleh kerana lapuran
Audit itu memihak kepada kebenaran, maka ketuanya, Tan Sri Ahmad Nordin
dipecat dari jawatan Ketua Audit Negara. Demikianlah Mahathir setapak demi
setapak ke hadapan mencipta kezaliman. Salah
satu ciri seorang diktator ialah ia menguasai bidang kehakiman selain dari
pentadbiran. Mahathir berjaya “menakluk” sistem kehakiman Malaysia khususnya
apabila dia memecat Tun Salleh Abas, seorang Ketua Hakim Negara yangwarak
telah berjaya dipecat dari jawatannya. Inilah pertama kalinya dalam sejarah
negara ini Ketua Hakim dipecat atas kesalahan yang tidak begitu jelas.
Tun Salleh pernah menyelamatkan Mahathir dalam kes UEM, sebaliknya Mahathir
memecat beliau apabila peluang terbuka. Tun Salleh dikatakan cuba menerapkan
hukum Islam dalam sistem kehakiman negara, sedangkan sebenarnya Tun Salleh
tidak tunduk kepada kemahuan Mahathir. Pemecatan Tun Salleh memperlihatkan
kezaliman Mahathir terhadap seorang yang berperibadi mulia dan tidak melakukan
apa-apa kesalahan undang-undang. Penulis
sebenarnya tidak bercadang untuk menyenaraikan semua kezaliman yang dilakukan
oleh Mahafiraun di sepanjang pemerintahannya hinggalah kini. Memadailah
kita memperkatakannya beberapa isu yang perlu sahaja untuk melihat perkembangan
Mahathir ke arah kezaliman seperti yang kita lihat hari ini. Selain dari
kes Tun Salleh, penangkapan beramai-ramai tokoh-tokoh pembangkang di bawah
ISA menampakkan Mahathir sebenarnya tidak berani bertarung dengan mereka
secara berhadapan. Apabila dia sudah kehabisan modal, maka ISA digunakan
untuk memerangkap musuh-musuh politiknya. Ini jelas dalam operasi Lalang
dan Operasi Kenari yang melibatkan ramai pemimpin pembangkang ditahan dibawah
ISA. Sementara
itu perlembagaan juga dipinda beberapa kali (sekurang-kurangnya dua kali)
yang melibatkan kuasa dan imuniti raja-raja Melayu. Apabila raja-raja kehilangan
kuasa dan kekebalannya, maka Mahathirlah yang paling berkuasa dan kebal
di negara ini, melebihi kekuasaan seorang YDP Agong. Sehingga hari ini,
hasil dari pindaan itu, di tangan Mahathirlah bertumpunya semua kekuasaan
seorang Ketua Negara, Seorang Hakim, Seorang Raja, dan segala-galanya. Kemuncak
dari semua kezaliman itu adalah tindakan Mahathir memecat, mengaibkan dan
memenjarakan DS Anwar , bekas TPM yang dulu amat disayanginya, yang sebenarnya
hanyalah pura-pura belaka. Sebenarnya Mahathir memerlukan DSAI untuk menghadapi
era kebangkitan Islam yang sedang meledak ketika itu. Mahathir berharap
imej Islam yang dibawa oleh DSAI akan memperlahankan gerakan kebangkitan
Islam di negara ini. DSAI pula mengambil kesempatan dengan percubaan-percubaan
beliau untuk menerapkan Islam ke dalam sistem pemerintahan negara sejauh
yang diizinkan oleh Mahafiraun. Tetapi sayangnya, akibat sedikit perselisihan,
DSAI diaibkan dan akhirnya dipenjarakan. Semua orang tahu, dari kanak-kanak
hinggalah orang dewasa, bahawa DSAI sebenarnya tidak bersalah. DSAI sebenarnya
adalah musuh politik Mahathir nombor wahid yang mesti dihapuskan. Namun
Tuhan lebih berkuasa. DSAI masih bertahan sehingga kini. Kezaliman
Mahathir lebih terserlah apabila tidak membenarkan DSAI mendapatkan rawatan
di luar negara bagi mengubati sakit belakang yang dihidapinya. Inilah kezaliman
yang tiada taranya. Sedangkan dia tahu kepakaran dalam negara tidak cukup
untuk melaksanakan pembedahan yang berisiko tinggi itu, tetapi Mahafiraun
tidak pula membenarkan DSAI mendapatkan kepakaran asing. Apa lagi rawatan
dalam negara mungkin boleh dipengaruhi oleh tangan-tangan yang tidak kelihatan,
yang memungkinkan keputusan negatif terhasil. Tetapi itulah realitinya.
DSAI terpaksa akan merengkok dalam penjara semula dalam keadaan tulang
belakangnya yang sakit tidak tertahan. Lihat sahaja gambar-gambar sewaktu
pengkebumian Ibu beliau, Mak Yan. DSAI dipapah untuk menghadiri upacara
itu. Alangkah zalimnya diktator tua itu! Tidakkah dia berhati perut bila
melihatkan keadaan DSAI yang kesakitan, bahkan sebaiknya DSAI diarah pula
untuk kembali ke Sg. Buluh. Manusiakah engkau atau bukan?. Mengapakah orang-orang
Umno tidak tercabar rasa kemanusiaannya bila melihatkan keadaan ini. Ke
manakah perginya hati perut kamu wahai orang-orang Umno? Tetapi itulah
orang-orang Umno. Sekalipun ketua mereka zalim, mereka tetap patuh kepadanya.
Seolah-olah nyawa mereka bergantung kepada ketuanya yang teramat sangat
zalimnya itu? “Wahai
Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri, jika tidak
engkau ampuni kami dan engkau rahmati kami, nescaya kami termasuk orang-orang
yang rugi.” Tentu orang -orang Umno juga membaca doa ini apabila selesai
solat. Apakah kamu tidak menghayati maksud doa ini sekiranya kamu semua
wahai orang-orang Umno benar-benar mengaku beriman! Apakah kamu bertuhankan
Allah atau bertuhankan Mahafiraun. Atau Firaun baik kata Astora Jabat? AlKundangi, |