Laman
Puteri Reformasi
Undur
Mahathir
Negara
OK

|
Tabik kepada Jeneral (B) Tan Sri Sany Selaku bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia kami berasa amat lega dan bangga seorang bekas Jenderal yang sememangnya menjadi kebanggaan pegawai dan anggota tentera selama ini dengan cerita-cerita mengenai beliau yang tidak gentar terhadap pihak atasan demi memperjuangkan hak , tersenarai didalam kumpulan 108 rakyat terkenal yang berani menyatakan pendirian demi keperhatinan dan rasa peri kemanusian. Soalan kami . . mana dia Jenderal-Jenderal yang lain ? Mana dia Ketua - Ketua Setiausaha Negara dan Negeri yang lain ?, Mana Pengarah Jabatan-Jabatan yang lain ?? Mana dia ORANG-ORANG BESAR dan ternama yang lain ?!! Mana mereka ?? Tidak munkin mereka-mereka yang pernah menjadi ketua-ketua ini tidak prihatin dan berperikemanusiaan ?! . . . . Tak kan mereka tidak pernah kenal Anwar Ibrahim ? Tak kan dah bersara pun tak sanggup menyatakan pendirian ?! Hakim di Mahkamah pun telah muktamad memutuskan Rahim Noor Bersalah memukul Anwar. . . Tentunya Negara Malaysia bertanggungjawab memastikan manusia bernama Anwar Ibrahim ini diberikan yang terbaik menurut pilehan beliau. Bangkitlah dan nyatakanlah pendirian. Seorang manusia sedang dizalimi, tak kan Dato-Dato dan Tan Sri - Tan Sri nak terus berdiam diri ? Ini bukan soal politik, ini soal kemanusian . Bangkitlah tunjukkan kewibawaan Dato-Dato dan Tan Sri-Tan Sri terhadap peri kemanusiaan. Janganlah Malaysia dimalukan kerana ketandusan orang-orang ternama dan terkenal yang sanggup menyatakan pendirian. Rakyat marhain telah berbundung-bundung bangkit menyatakan pendirian, namun mereka-mereka yang ternama dan terkenal masih ragu-ragu . . . kenapa ? ?? !!! Dari: Bekas Pegawai-Pegawai. - - - - - - - Kesihatan Anwar - Fauzi Rahman, Usman Awang antara 108 rakyat 'terkenal' buat rayuan Oleh Mat Zahari Ali KUALA LUMPUR, 30 April (Hrkh) - Sekumpulan
warga negara Malaysia yang prihatin membuat rayuan terbuka kepada Perdana
Menteri supaya mengizinkan Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat rawatan perubatan
pilihannya sendiri. Rayuan keperimanusiaan itu terkandung dalam surat yang
ditujukan kepada Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini lengkap dengan
nama 108 warga Malaysia berkenaan. Mereka terdiri daripada pelbagai latar
bekalang, pengalaman dan profesyen dan berusia antara 20an hingga 70an.
|