Laman
Puteri Reformasi
Undur
Mahathir
Negara
OK

|
Siulan Diktator Sialan Cadangan Mahathir bahawa pemerintahan diktator yang baik adalah lebih baik daripada sebuah kerajaan berdemokrasi di kalangan negara membangun tentu sekali mengejutkan ramai orang. Dan kejutan itu mungkin disebabkan kelantangan cadangannya yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu kejujuran darinya. Kenyataan itu memberikan gambaran yang lebih luas akan orang yang celupar itu daripada personanya dari kaca mata sains politik. Seseorang tidak memerlukan kepintaran yang berlebihan untuk mengesan kecacatan dalam konsep dictator yang baik. Siapakah yang menentukan mana satu yang ‘baik’ dan sebaliknya kalau bukan si dictator itu. Sudah menjadi hukum alam dan pengajaran kepada sejarah tamaddun manusia tidak ada satu masyarakat bangsa yang boleh mengharapkan nasibnya di tangan kerajaan yang diketuai oleh diktator, yang sememangnya mempunyai kelebihan untuk bertahan kerana sukar digulingkan. Demokrasi yang memberi ruang kepada sistem pengawasan dan pengimbang diolah begitu rupa untuk membendung sikap rakus dan gelojohan manusia. Inilah system yang dilumpuhkan oleh Mahathir dalam demokrasi Malaysia. Lebih lagi dengan memperkuatkan bidang kuasa eksekutif untuk melemahkan kuasa Parlimen dan penghakiman. Media massa yang dikenali sebagai ‘tiang keempat’ sudah pun dicengkam dengan sungguh berkesan. Ketidakupayaan untuk memainkan peranan menyelia dan mengimbang, Parlimen, jabatan kehakiman, dan media massa menjadi tukang chop, dan diperalatkan untuk menekan dan menyibarkan propaganda bagi pihak eksekutif. Di zaman pemerintahan Mahathir, Majlis-Raja-Raja telah pun kehilangan apa juga kuasa lebihan yang masih mereka kecapi dulu. Dengan terungkainya rangka-kerja demokrasi, menyebabkan kerapnya berlaku pembaziran dan salah guna kuasa .Kita telah melihatnya ketika Anwar Ibrahim dihancurkan dan kita sedang menyaksikannya betapa 20 orang ditahan di bawah ISA dengan alasan yang paling samar. Di manakah pengawasan dan pertimbangan ? Tuan Speaker enggan membenarkan Parlimen membincangkan sesuatu perkara, sedangkan media sanggup membisu sahaja dan kehakiman sanggup melentur hukumnya untuk menyokong eksekutif. Sebagai menyakitkan hati, Mahathir mengalukan penangkapan itu sebagai membawa kebaikan kepada negara. Inilah yang membuktikan dia memang berseronok dengan panggilan diktator baik’ itu. Mahathir memang begitu pintar menyatukan kuasanya sehinggakan dia mampu melepaskan dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Dia boleh membatalkan pemilu 2004 seandainya kekalahan semakin ketara - tidak kiralah apa pun alasannya kerana Parlimen akan memberikan keizinannya, media akan menggembar-gemburkan krisis negara yang memang sengaja diada-adakan sementara pihak kehakiman akan mengisytiharkan kesahihannya. YDP Agong hanya akan bersemayam sambil menunggu untuk diberitahu oleh mamak Bendahara dengan tipu helahnya. Terlalu lama kita berdiam diri membiarkan Mahathir mencuri satu persatu hak kita berdemokrasi. Penangkapan dengan kuasa ISA yang terbaru membayangkan betapa dayusnya sebahagian besar masyarakat Malaysia terhadap salah guna kuasa.. Sebaliknya mereka yang terus berdiam diri mungkin juga memeram
suaranya yang meninggi. Hakikatnya sekarang, kita sudah lama
kehilangan demokrasi kerana merelakannya pergi.
-Tsu Nam-
|