Laman
Puteri Reformasi
Undur
Mahathir
Negara
OK

|
KENYATAAN PEMIMPIN UMNO YANG MEMPERSENDA SYARIAT "Apabila hukum
rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri,
nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat
memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya
dan boleh meneruskan kerja."
" Pada pendapat
saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang.
Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan."
"Saya cabar Kelantan
laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."
"Hudud tidak boleh
dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik."
"Al-Quran perlu
ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."
"Saya akan mempastikan
bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan
hukum hudud."
"Kerja yang
paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."
"Sukar dilaksanakan
hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".
"Kita (Kerajaan
Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan
hudud."
Melaksanakan hukum
hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar
kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."
"Bukan kerana
dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita
tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi
tidak bermakna mereka tidak Islam."
"Perlaksanaaan
hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh
bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya
dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak
dikenakan."
"Jika mereka hendakkan
sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau
mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang,
seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita
nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."
"Kerajaan
Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan
politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila
hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan
hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan
dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan
hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."
"PAS tidak akan
dapat melaksanakan hukum itu kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan
Lord Reid."
"Bagaimana kita
boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana
mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak
cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai
rakyat berbilang kaum dan agama."
"Sebarang undang-undang
yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang
Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam."
"Jika semua urusan
selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."
|