![]() |
Keras kepala Yang mana keras kepala ? Budak A dirsuruh terjun dari tingkat 1 kepala dulu. Dia terjun dan kepala dia masih ok. Tak apa apa pun Budak B disuruh terjun dari tingkat 1. Dia tak mau Suruh lagi. Tak juga mau. Puas suruh dia terjun. Dia tak mau juga. Marah dia. Tak mau juga. Budak C disuruh terjun dari tingkat 2 kepala dulu. Dia terjun dan kepala masih ok. Tak apa apa pun Haa... yang mana keras kepala .. A, B, atau C? Jawapan ...boleh diperolehi dari KJKE |
| 3 Sahabat 3 sahabat tersadai di sebuah pulau Pulau ni sepi. Tak da orang. Cemas dibuatnya. Macamna ni ? .. sampan dah pecah Terjumpa botol lama. Buka penutup.. .... keluar jin Kata Jin " Kamu dah selamatkan saya. Sebagai balasan saya tunaikan 3 permintaan kamu. " " A, kamu nak apa ? " Kata A " Hantar saya ke Hotel di bandar di tanah besar " Jin pun hantar "B, kamu nak apa pula ? " Kata B, " Hantar saya balik rumah pun tak pe la.." Jin pun hantar "C, kamu nak apa pula ? Ni permintaan terakhir" Kata C, " Apa pulak ni ye... Ye tak ia la, sunyi la kat sini. Tinggal aku sorang saja dipulau ni. Tak boleh jadi ni Jin, kau bawa dua-dua kawan aku tu kesini" Jin pun bawa 2 kawan tadi balik ke pulau buat sesuatu tu janganle menyusahkan orang lain |
![]() |
![]() |
| ...keras kepala ?? ...kepala keras?? 2 orang tu kepala keras, seorang tu keras kepala |
![]() |
Kisah orang susah minum teh Orang susah masuk ke kedai kopi. Orang : " Bagi saya teh." Pekedai : " Panas atau sejuk ? " Orang : " Berapa harga ?" Pekedai : " Panas RM 1.00 Sejuk RM 1.50" Orang : " Kalau gitu bagi saya yang panas la " Pekedai : " Ni tehnya. " Orang tu pun cuba minum dengan cepat. Sakit lidah dia Minum juga. Beria ia dia nak habiskan cepat teh tu. Pekedai : " Awak ni... tunggu le air tu sejuk.." Orang : " Tau dah. Awak tu nak untung saja. Daripada saya bagi awak RM 1.50 baik saya minum teh ni cepat- cepat" |
![]() |
| kalau dah sejuk teh tu naik harga plak.. |
| Tn Hj Khairan Pengarah SIRIM semasa kursus juruaudit di ULPL April 2006 |
Om ni kadang-kadang cerdik juga Om - panggilan untuk orang kaum Timor, Indonesia , selalunya pekerja am Om sedang pandu lori bawa gas. Tiba-tiba ada road block di depan. Dia jadi panik. Tak da lesen. Dia pun berhentikan lori dan lari tinggalkan lori tu. Tauke pun tanya Om " Mana lori tu..? Habislah lori aku tu dan gas-gas tu " Tauke pesan pada OM " Lain kali jangan tinggalkan lori !! . Mahal dan besar nilai semua tu..." Om " Ini Om la tauke..." " Negara pun saya tinggalkan " " Inikan lori .." |
![]() |
| Om ni tinggalkan negara dia pasal nak kerja di Sabah |
Ikan jadi apa ? Dalam laut ada banyak hidupan. Kalau la udang, sotong , dan ketam semua jadi ikan. Ikan jadi apa? banyak , kuang kuang kuang . |
![]() |
| Pak Ya semasa gotong royong Blok E Mei 06 |
| Saja nak Sembang |
| Tun Ghafar Baba Saya sukai kepimpinannya Saya ada juga mengikuti perkembangan yang berlaku dalam politik negara kita. Antara tokoh politik yang saya kenali adalah Allahyarham Tun Ghafar, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Cerita selanjutnya.. |
![]() |
| Cita-cita , Monyet memandu, Budak Gemuk timbang badan, Chewing gum Saya ada terbaca lawak dalam internet mengenai Cita-cita budak sekolah, Monyet penyebab kemalangan, Budak gemuk timbang badan, dan Kenapa chewing gum di ban di Singapore..... sepenuhnya |
![]() |
| Tn Hj Khairan Pengarah SIRIM semasa kursus juruaudit di ULPL April 2006 |
| Sekali kira Kami baru habis sarapan di sebuah restoran. Kami pun panggil lah pelayan kira. Pelayan pun datang, " Kira sekali kah untuk semua ni.?" maksud ada satu orang yang nak belanja ke untuk semua ini "Ya sekali saja. Jangan banyak kali kira. Teruklah saya nak bayar nanti..." jawab rakan kami ni |
H2O Mom " What is the chemical formula for water " Daughter " HIJKLMNO " Mom " Wrong .." Daughter " Didn't you tell me yesterday that it is H to O " |
| How do you spell Friend A " How do you spell crocodile " Friend B " K R O K O D I L E " Friend A " Wrong .." Friend B " I dont care whether it is right or wrong. But you asked me how I spell crocodile That is how I spell it " |
Nenek dalam kapalterbang Satu pasangan orang tua naik kapal terbang Mereka punya tiket kelas ekonomi untuk ke Mumbai Tapi bila mereka nampak tempat duduk kelas pertama mereka terus duduk Pramugari cuba pindahkan mereka ke bahagian ekonomi di belakang tetapi mereka tidak mahu Pilot beri amaran kepada mereka kalau tidak pindah kapal terbang tak jalan Mereka tetap tidak mahu pindah Lalu datang seorang budak cuba bantu Budak bisik kepada nenek-nenek itu lantas mereka pindah ke belakang Apakah kata-kata budak itu hingga berjaya memindahkan pasangan itu? "Kalau nenek nak ke Mumbai tempat duduknya di belakang sana. Yang nenek duduk ini ke Culcutta" .......hehe........ contoh tauladan yang orang bawah pun boleh buat sesuatu, tidak semestinya setiap perkara itu mesti ditangani oleh pihak atasan sahaja... pada perhimpunan bulanan PKK |
| Charim |
| Fauzi |
| Yaccub JKM |
| Daily Tayuk pada Toastmaster aktiviti |
| Daily Tayuk pada Toastmaster aktiviti |
| Mustafar Kamar pada Perhimpunan Bulanan |
![]() |
Memang Kuat Ada satu orang tu memang kuat. Ke mana saja dia pergi orang akan kata dia tu memang kuat. Kalau dia pergi ke Korea, orang Korea akan kata yang dia tu memang kuat. Pergi ke Arab Saudi orang Arab pun kata dia memang kuat. Orang England pun akui dia memang kuat. Orang US pun akui dia memang kuat. Anda tahu siapa dia ? Saya bagi hint. Dia asal dari China Tak tahu lagi...? Nama dia ialah....... Mei Mang Quat ...hehe |
| More Democratic A russian and an american were talking about politics. The russian say his country is a freedom country. The american denied and say his country is more democratic. The american then said we can do this..." We americans can go to the White House and say we dont like you Mr President" The russian then replied " We also can go the Kremlin and say this ....We dont like the americans" |
Radat Tasim in his Humor Sesion during Toasmasters meeting |
![]() |
Isteri menangis baca buku Satu petang seorang suami pulang dari pejabat. Tiba di rumah dia terkejut lihat isteri sedang menangis kesedihan. Suami tanya " kenapa sayang menangis ?..." Isteri menjawab ".. saya sedih bang " Suami " Pasal apa ?" Isteri " sebab baru lepas baca buku " Suami " baca buku ?? ... cerita apa tu yang sayang sampai menangis ni...? " Isteri " ..bukan buku cerita tapi Buku ......" Buku apakah yang dibaca oleh isteri itu... ? Jawapan ... Buku Akaun suami " Lepas ini jangan tunjuk pada isteri buku simpanan ya..." kata kata En Mus pada perhimpunan , hadirin pun semua gelak.... hehe |
| Mustafar Kamar pada Perhimpunan Bulanan Jan 2008 |
Golf dikatakan antara satu sukan paling popular di dunia Tetapi ada orang tidak suka golf Kata-kata ejek tentang golf pun ada pelbagai Tetapi kata ejek yang ini lain sedikit. Fauzi " ...Nazari , you tak main golf ke ? " Nazari " ..Den kalau main untuk kalah ni berat sikitlah" Bukannya den tak tahu ....bila kita lawan golf dengan orang atasan ni kita kena buat-buat kalah, bola dekat lubang pun kita kena pura-pura pukul tak masuk...hehe" |
| Nazari Pegawai Peperiksaan Putrajaya semasa duduk semeja pada satu majlis perkahwinan di Bahau Jan 2008 |
The Boss Is Always Right Dalam modul Kawalan Pembuatan ada topik elemen pengurusan. Tentang bagaimana hendak menguruskan organisasi atau bahagian organisasi. Lalu teringat kata-kata "The Boss is always right " If you work in this company always remember these rules :- Rule No1 - The boss is always right Rule No 2 - If the boss is wrong then ....... Pensyarah tanya pelajar apa dia agaknya pada dot-dot itu Pelajar kata " beritahu bos yang lebih besar" " nasihat bos secara baik dan ikhlas " " laporkan kepada ibu pejabat kesalahan bos kita.. " " maklum pada bos guna ayat sindiran .." Pensyarah kata " tulis ini ..." " please read rule No 1" Pelajar kata " Tidak adil macam ini." Pensyarah " Habis tu macamana ? Dah kamu bekerja dengan dia, kamu nak dengar kata siapa lagi...? Hehe... " |
![]() |
| Pensyarah Kawalan Pembuatan DTP6 Politeknik Port Dickson 2000 |
Nelayan dapat rusa Kisah benar di Papar pada 1997 Lewat satu petang sekumpulan nelayan turun ke laut dalam jarak 500 meter dari pantai dan memasang jaring. Pada jam 4 pagi mereka pergi semula untuk mengambil tangkapan. Ketika menghampiri jaring mereka terkejut melihat sepasang mata kemerahan dalam cahaya suluhan lampu mereka, kerana ketakutan mereka bergegas semula ke pantai Sedang hendak memusingkan bot nelayan itu terdengar bunyi binatang mengeluh, lalu ada antara mereka yang pujuk agar pergi juga ke jaring melihat apakah benda itu. Mereka memberanikan diri dan terkejut ada seekor rusa lekat di jaring. Setelah diangkat rupanya ada luka pada peha rusa. Kerana bimbang rusa akan mati mereka pun sembelih rusa itu dan bawa pulang ke pantai bersama ikan. Penduduk kampung yang mencari ikan segar pada hari itu dapat pula membeli daging rusa selain ikan. Kemudian baru diketahui rupanya ada pemburu yang keluar memburu telah menembak seekor rusa pada malamnya tetapi tidak dapat mengesan rusa yang telah terkena tembakan, agaknya rusa telah melompat ke laut dan berenang menyelamatkan diri. Jika tidak kerana jaring itu berapa jauhlah agaknya rusa itu boleh berenang ke tengah laut.... |
| Talip Staf politeknik yang berasal dari Papar |
| Azlan KJKE 2001 |
| Azlan KJKE 2001 |
Mee Bandung Kisah suami dengan pembantu rumah Seorang suami telah berlaku curang dengan pembantu rumahnya yang asal Indonesia. Kerana telah terlanjur dengan pembantu itu dia pun menghantar pembantu itu pulang ke tempat asal di Bandung. Si lelaki ini pesan nanti jika lahir anak beritahulah dia dengan mengantar kad, tapi tulis Mee Bandung pada kad supaya isteri dia tidak faham. Setelah sampai masa isteri bagi tau suami " Ada orang hantar kad untuk abang. Tapi saya tak faham apa dia tulis ni bang. Abang bacalah ..." Suami pun ambil dan baca kad itu. Dia bertukar jadi biru....kemudian ungu.. lalu pengsan. Yang ditulis pada kad itu " Mee Bandung Mee Bandung Mee Bandung Mee Bandung. Dua ada telur dan dua tiada telur. Hantar kuah segera dan banyak sikit ya..." Sudah faham kenapa suami itu pengsan ? Dia ingat dapat seorang anak, rupanya dua pasang kembar, iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan Wanita itu minta wang segera dihantar dan banyak. |
![]() |
| Mustafar Kamar pada Perhimpunan Bulanan April 2008 |
Tangga Batu Kenapa banyak rumah di Melaka bertangga batu Kalau ke Melaka kita akan nampak banyak rumah disana bertangga batu. Negeri lain tidak pula begitu, kenapa tu ? Haha... Anda tahu kan yang negeri Melaka asal usulnya punyai pahlawan Hang Tuah. Percaya atau tidak Hang Tuah lah yang menyebabkan ada banyak tangga batu di sana. Tak percaya ? Sebabnya begini... Dulu rumah-rumah di Melaka tangganya dibuat dari buluh. Oleh kerana Hang Tuah dan Hang Jebat bertarung silat sesama mereka akhirnya Hang Tuah terbunuh. Anda tahu bagaimana Hang Tuah itu terbunuh ? Dia terbunuh bukan kerana terkena tikaman keris Hang Jebat.. Hang Tuah terbunuh kerana mengelakkan tikaman Hang Jebat tetapi terjatuh di tanggga rumah. Dia tertusuk buluh tangga. Saat-saat menghembuskan nafas terakhir Hang Tuah pesan pada generasi akan datang agar membina tangga batu ... |
| Isa KJPA 2008 |