NOMBOR SEGITIGA
Topik yang berkaitan : Gandaan dan Faktor, Kuasa Dua dan Kuasa Tiga, Integer & No. Negatif
Aras : Tingkatan 1 dan 2
Pengetahuan sedia ada : Pelajar mempunyai kemahiran asas prinsip pengiraan
Masa : 80 minit
Jenis Tugasan : Penyelesaian masalah
Pendekatan Pembelajaran : Penerokaan dan Generalisasi
Objektif :
o Membolehkan murid-murid mengalami induktif penyelesaian masalah dengan teknik mengumpul data
o Menyusun dan memperolehi data, mencari pola dan membuat generalisasi berdasarkan pola yang ditemui
Bahan Bantu Mengajar : Lembaran kerja, transparensi, pen transparensi, OHP
Panduan
Guru
o Edarkan lembaran kerja satu per satu ,iaitu edarkan lembaran kerja 2 setelah selesai lembaran kerja 1, lembaran kerja 3 setelah selesai lembaran kerja 2.
o Pelajar boleh melengkapkan lembaran kerja secara individu atau kumpulan kecil 3-4 orang.
o Apabila pelajar sudah melengkapkan lembaran kerja 1, pelajar berbincang jawapan dan penemuan-penemuan mereka.
o Pelajar bentang jawapan dengan menggunakan OHP manakala pelajar-pelajar lain memberi komen secara bertulis/lisan
o Ulangi prosedur yang sama bagi lembaran kerja 2 dan 3
o Guru dan pelajar buat rumusan aktiviti-aktiviti yang dijalankan
o Pelajar membuat refleksi tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan
o Beri penekan bahawa pengiraan perlu tepat dan ramalan-ramalan disemak
o Guru perlu menerima penyelesaian yang separa lengkap atau pola penaakulan yang tidak lengkap.
o Beri penekanan bahawa apa-apa generalisasi yang dibuat belum dibukti.
Nama : ………………… Lembaran Kerja 1 SEGITIGA INTEGER
Baris 1 1
Baris 2 1 2 1
Baris 3 1 2 3 2 1
Baris 4 1 2 3 4 3 2 1
_ _ _ _ _ _ _ _ _
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Kaji Segitiga Integer yang ditunjukkan di atas. Lengkapkan hingga ke tiga lagi baris atau lebih.
Cari Sebutan Tengah bagi setiap tujuh baris pertama. Ramalkan sebutan tengah bagi baris ke 100
Baris | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | .... | 100 |
Sebutan Tengah |
3. Cari Bilangan Sebutan bagi setiap tujuh baris pertama. Ramalkan bilangan sebutan
bagi baris ke 100.
Baris | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | .... | 100 |
Bilangan Sebutan |
sebutan bagi baris ke 100
Baris | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | .... | 100 |
Hasil Tambah Sebutan |
5. Segiempat empat nombor (berwarna merah) telah dibentukkan dalam segitiga integer.
Hasil tambah pasangan sebutan bertentangan bucu pada segiempat ialah 4 :
2 + 2 = 4 , 1 + 3 = 4
Hasil darab pasangan sebutan bertentangan bucu pada segiempat ialah 4 dan 3:
2 x 2 = 4 , 1 x 3 = 3
Cari hasil tambah dan juga hasil darab beberapa lagi segiempat empat nombor.
Tentukan dua hubungan yang selalu wujud dalam segiempat empat nombor.
Nama : ........................... Lembaran Kerja 2 Segitiga Fibonacci
Baris 1 1
Baris 2 3 5
Baris 3 7 9 11
Baris 4 13 15 17 19
Baris 5 21 23 25 27 29
_ _ _ _ _ _
_ _ _ _ _ _ _
1. Kaji sebahagian daripada Segitiga Fibonacci yang ditunjukkan. teruskan hingga
ke dua lagi baris.
2. Cari Bilangan Sebutan bagi setiap tujuh baris yang pertama. kemudian ramalkan
bilangan sebutan bagi baris ke 100
Baris | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | .... | 100 |
Bilangan Sebutan |
3. Min atau purata bagi sebutan pertama dan terakhir dalam baris 4 ialah
(13 +19)/2, iaitu 16. Cari min bagi setiap tujuh baris yang pertama.
Kemudian ramalkan min bagi baris ke 100.
Baris | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | .... | 100 |
Min bagi sebutan pertama dan terakhir | 16 |
4. Sebutan Pertama dalam baris 3 ialah (2 x 3) + 1 = 7
Sebutan Pertama dalam baris 4 ialah (3 x 4) + 1 = 13
Sebutan Pertama dalam baris 5 ialah (4 x 5) + 1 = 21
Kenal pasti jika sebutan pertama dalam baris-baris yang lain boleh dicari
dengan cara yang sama. kemudian ramalkan sebutan pertama bagi baris ke 100
Baris | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | .... | 100 |
Sebutan Pertama | 7 | 13 | 21 |
5. Hasil Tambah nombor-nombor dalam baris 4 ialah 13 + 15 + 17 + 19 = 64 = 43
Cari hasil tambah nombor-nombor dalam setiap baris yang lain. Wakilkan Hasil
Tambah dalam bentuk nombor kuasa. Kemudian ramalkan hasil tambah
nombor-nombor bagi baris ke 100
Baris | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | ... | 100 |
Hasil Tambah | 64 | ||||||||
Hasil Tambah Dalam Bentuk Nombor Kuasa | 43 |
Nama : ........................... Lembaran Kerja 3 Segitiga Pascal
Baris 0 1
Baris 1 1 1
Baris 2 1 2 1
Baris 3 1 3 3 1
Baris 4 1 4 6 4 1
Baris 5 1 5 10 10 5 1
_ _ _ _ _ _ _
_ _ _ _ _ _ _ _
Kaji sebahagian daripada Segitiga Pascal yang ditunjukkan. Setiap baris bermula dan berakhir dengan 1. Setiap sebutan bermula dan berakhir dengan 1. Setiap sebutan yang lain adalah sama dengan hasil tamabah dua nombor yang berada di sebelah atasd kiri dan kanan. Perhatikan nombor 10 adalah hasil tambah 4 dan 6 . Semak hubungan ini untuk sebutan-sebutan yang lain, kemudian lengkapkan segitiga untuk dua lagi baris yang seterusnya.
Hasil Tambah Sebutan dalam baris 3 ialah 8. 8 boleh dinyatakan sebagai 23 . Cari hasil tambah sebutan bagi setiap tujuh baris yang pertama. Wakilkan Hasil Tambah dalam bentuk nombor kuasa. Kemudian ramalkan hasil tambah sebutan dalam baris ke 100.
Baris | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | ... | 100 |
Hasil Tambah | 8 | ||||||||
Hasil Tambah Dalam Bentuk Nombor Kuasa | 23 |
3. Hasil Tambah semua sebutan hingga baris 2 ialah 7 : 1 + (1+1) + (1+2+1) = 7.
7 adalah 1 kurang daripada 8, iaitu 23 - 1 = 7
Hasil tambah semua sebutan hingga baris 3 ialah 24 - 1 = 15
Hasil tambah semua sebutan hingga baris 4 ialah 25 - 1 = 31
Selesaikan perkara yang sama untuk baris-baris yang lain. Kemudian ramalkan hasil
tambah semua sebutan hingga baris 100
Baris | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | .... | 100 |
Hasil Tambah hingga baris ini | 7 | 15 | 31 |
4. Menolak dan menambah sebutan-sebutan dalam baris 4 secara selang seli akan
menghasilkan 0.
1 - 4 + 6 - 4 + 1 = 0
Buat dengan cara yang sama untuk setiap tujuh baris yang pertama. Kemudian ramalkan
keputusan untuk baris ke 100
Baris | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | .... | 100 |
Menolah dan Menambah secara selang seli | 0 |
Masalah-masalah Tambahan
Soalan-soalan berkaitan dengan Lembaran Kerja 1:
1. Dalam baris 100, apakah a) sebutan kelima b) sebutan ke 190 ?
2. Apakah min bagi semua sebutan dalam baris 100 ?
3. Cari hasil tambah semua sebutan dalam lapan belas baris pertama.
Soalan-soalan berkaitan dengan Lembaran Kerja 2
1. Nombor 10011 adalah dalam baris 100. dalam baris berikutnya, apakah nombor yang
berada di sebelah bawah dan ke kiri nombor itu ?
2. Cari hasil tambah nombor-nombor dalam 20 baris yang pertama.
Soalan berkaitan dengan Lembaran Kerja 3
1. Apakah sebutan pertama dan sebutan kedua dalam baris 1812 ?
BACK |