SINOPSIS                                                                                                             

KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN

 

KONSEP FASILITATOR

        Fasilitator merupakan seseorang yang memimpin perbincangan dan bukannya memberi maklumat perbincangan . Kata pepatah dalam bahasa Inggeris "From a sage on the stage to a guide by the side " . Fasilitator  akan menanyakan soalan yang betul daripada memberikan jawapan soalan yang betul . Ia lebih mementingkan komunikasi dua hala daripada komunikasi sehala . Ia lebih berpusatkan kumpulan daripada berpusatkan pemimpin. 

        Di sekolah , guru boleh bertindak sebagai fasilitator . Oleh itu , pembelajaran seharusnya beranjak daripada pembelajaran yang terlalu bergantung kepada guru kepada pembelajaran secara autonomi . Guru harus beranjak daripada hanya memberi maklumat kepada membantu pelajar mengurus pembelajaran mereka sendiri .

 

PERLAKSANAAN STRATEGI PEMUDAHCARAAN  

1.    Strategi Sumbangsaran ( Brainstorming )

Langkah-langkah :

(a)    Nyatakan persoalan atau topik perbincangan .

(b)    Tetapkan masa yang diperuntukkan .

(c)    Nyatakan peraturan-peraturan perbincangan .

        Keperluan kuantiti ide melebihi kualiti ide .
        Biarkan kritikan ide pada penghujung perbincangan.
        Menyokong perkembangan ide-ide yang luar biasa dan tidak terbatas .
        Mengembangkan ide ahli yang lain dibenarkan .
        Semua ide direkodkan .
        Setiap ahli dan setiap ide sama pentang .

Kegunaan :

Strategi ini baik untuk menjanakan pilihan ide atau alternatif  ide .

 

2.   Strategi 'Response Rounds'

Langkah-langkah :

(a)    Berikan satu tugasan atau persoalan kepada setiap ahli kumpulan secara individu .

(b)    Tanya jawapan atau pandangan ahli kumpulan secara individu .

(c)    Jawapan atau pandangan direkodkan .

(d)    Teruskan pertanyaan jawapan atau pandangan ahli kumpulan sehingga kehabisan .

(e)    Buat kesimpulan setiap pusingan jikalau sesuai .

Kegunaan :

Stratregi ini sesuai digunakan jika kita menjangkakan konflik yang tinggi akan wujud semasa perbincangan berlangsung . Strategi ini juga berguna apabila majoriti ahli kumpulan mempunyai pendapat umum yang sama .

 

3.    Strategi 'Buzz Groups'

Langkah-langkah :

(a)    Pecahkan kumpulan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada 2 hingga 5 ahli .

(b)    Berikan satu tugasan atau persoalan kepada kumpulan-kumpulan kecil ini .

(c)    Tetapkan masa perbincangan dan setiap kumpulan kecil harus melantik seorang jurucakap dan 

        pencatat .

(d)    Masa bagi laporan jawapan atau pandangan setiap kumpulan kecil juga ditetapkan .

(e)    Rekodkan laporan jawapan atau pandangan .

Kegunaan :

Strategi ini mengalakkan lebih banyak perbincangan dalam kumpulan yang kecil .

 

4.    Strategi 'Silent Reflection Pause'

Langkah-langkah :

(a)    Setiap ahli kumpulan diminta memikirkan satu persoalan atau cadangan dalam masa 1 atau 2

        minit tanpa berbincang dengan orang lain , kemudian mencatatkan refleksi masing-masing .

(b)    Refleksi ahli kumpulan akan ditanya secara individu dan secara rawak .

Kegunaan :

Strategi ini membolehkan setiap ahli kumpulan berpeluang sama rata dalam menyatakan jawapan atau pandangan mereka .

 

5.    Strategi 'Helps And Hindrances"

Langkah-langkah :

(a)    Nyatakan sasaran atau masalah yang ingin dibincangkan .

(b)    Setiap ahli kumpulan  menyumbangsarakan faktor-faktor kekuatan dan kelemahan tentang

        sasaran atau masalah yang diperbincangkan . 

Kegunaan :

Strategi ini boleh digunakan oleh kumpulan yang mempunyai banyak faktor yang perlu diasingkan mengikut faktor kekuatan dan faktor kelemahan .Faktor menyokong perlulah diperkukuhkan sementara faktor menghalang perlulah dikurangkan atau diatasi .

 

PERSONALITI SEORANG FASILITATOR YANG BERKESAN

        Seseorang fasilitator  harus mementingkan dan berubah mengikut keadaan semasa perbincangan . Ia harus memimpin ahli kumpulan ke arah proses perbincangan dan mengalakkan interaksi sesama ahli-ahli kumpulan . Perbincangan itu harus dibenarkan berterusan dengan sedikit campur tangan daripada fasilitator jikalau  perlu . Fasilitator harus mendengar perbincangan kumpulan secara teliti dan terbuka dan kalau boleh jangan campur tangan dalam perbincangan . Ia bolehlah mengulas kenyataan ahli kumpulan perbincangan yang kurang jelas supaya pemikiran dan penerangan menjadi lebih jelas . Perkara yang lebih penting ialah fasilitator  dilarang menggunakan kuasa beliau dan penghakiman ke atas ide-ide atau kentyatan-kenyataan ahli kumpulan perbincangan .

 

BEBERAPA CADANGAN IDE UNTUK FASILITATOR

Fasilitator harus sedar tentang persekitaran fizikal tempat perbincangan dan bagaimana ini akan mempengaruhi tingkah laku anggota-anggota perbincangan . Bentuk susunan meja kerusi , bilik perbincangan , keperluan peralatan audio visual , makanan dan minuman , jarak antara kerusi dan lain-lain lagi harus diambil kira dalam menjayakan proses perbincangan kumpulan . Lokasi tempat perbincangan dan kepelbagaian budaya ahli kumpulan perbincangan harus dirancangkan dengan teliti .

Fasilitator mesti menyedari kedudukan dan pandangannya tentang topik perbincangan . Ini disebabkan ia mungkin akan mempengaruhi keputusan perbincangan .       
Masa perbincangan harus ditetapkan dan tugasan  haruslah jelas kepada ahli-ahli kumpulan perbincangan 
Peraturan-peraturan perbincangan dan pembahagian tugas kepada ahli-ahli kumpulan perbincangan harus diberitahu .
Fasilitator mesti memantau perkembangan proses perbincangan dan mengetahui kedududkan perbincangan yang sepatutnya supaya proses perbincangan berada dalanm landasan yang betul dan tamat dalam masa yang ditetapkan .
Fasilitator harus memilih kaedah membuat keputusan sebelum diperlukan . Beberapa pilihan dicadangkan kepada kumpulan perbincangan untuk difikirkan .
Fasilitator harus bersedia menghadapi konflik dalam kumpulan perbincangan disebabkan kewujudan ahli kumpulan yang tidak bersetuju dengan apa yang dibincangkan .
Fasilitator harus memantau permikiran ahli kumpulan perbincangan terutamanya apabila mereka menghadapi kebuntuan atau keliru tentang apa yang dibincangkan .
Adalah satu langkah yang bijak jika fasilitator  dapat mengenal pasti dan mengiktiraf  kumpulan perbincangan yang menunjukkan prestasi yang baik .
Fasilitator harus mempunyai komunikasi yang berkesan . Beliau harus dengar dengan teliti pemikiran seseorang , menjaga tingkah laku beliau serta bergurau pada masa dan tempat yang sesuai . Beliau harus menarik perhatian kumpulan perbincangan kepada topik yang dibincangkan  serta melibatkan semua ahli kumpulan dalam perbincangan . Beliau juga harus sabar dalam menanti jawapan ahli kumpulan perbincangan . Akhir sekali , jangan lupa memberi pujian ke atas pencapaian kumpulan perbincangan .   

 

BACK

 

Hosted by www.Geocities.ws

1